Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan
Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
B.Malaysia | English
 
banner1
menu banner
 
 

 
Laman Utama

MENU PILIHAN
 
AKHBAR UTAMA
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
KOMEN
Sebarang komen bolehlah isi borang pertanyaan dimenu sebelah atas
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
19 November 2008
PAUTAN PILIHAN
   

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com

Halaman Nusyuz

Nusyuz

Daripada : Tuan Lokman Hakim Bin Tuan Kamaludin

NUSYUZ DARIPADA PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG SYARIAH



1. Nusyuz tiada ditafsirkan di bawah EUUKIJ 1990 atau 2003.
2. Ianya perkara yang abstrak. Tidak banyak diketengahkan oleh suami.
3. Tidak banyak kes nusyuz diterima (rujukan kepada tulisan Prof Ahmad Ibrahim)

Piah v Che Lah (1983)3 JH 220: Defendan menggunakan pembelaan ‘nusyuz’ terhadap plaintif, bahawa plaintif telah lari meninggalkan rumah dengan tanpa izinnya dan tiada sebab munasabah. Tuntutan asal plaintif nafkah eddah ditolak.

Jaliah v Abu Bakar (1987)7 JH 72; dalam tuntutan eddah, hakim yakin isteri tidak nusyuz dan dapat nafkah eddah.

Di Kedah, Salma v Mat Akhir; dakwaan nusyuz tidak diterima oleh mahkamah (pembelaan defendan).

4. Perintah nusyuz hanya menggugurkan hak nafkah harian bagi isteri. Dan nafkah eddah bagi isteri yang diceraikan. Tidak kepada perkara-perkara lain (mutaah, nafkah kebelakangan yang tidak termasuk di dalam kuatkuasa perintah, tunggakan nafkah anak dan sebagainya)

5. Kebanyakan kes berlaku adalah perintah nusyuz setelah berlaku perceraian dan wujudnya kes tuntutan berbangkit.

Kedapatan juga kes yang mahkamah kaitkan perintah nusyuz dengan hak mutaah. Rujukan terhadap kes Tengku Anum Zahrah v Dato’ Dr. Hussein (1980)3 JH 125; Mahkamah mendapati Defendan gagal mengmukakan apa-apa perintah berkaitan plaintif pernah diisytiharkan nusyuz.

Begitu juga di dalam kes Abdullah v Sharifah Munira (1971)2 JH 108; suami gagal membuktikan perkara nusyuz dan engkar isteri di dalam tuntutan mutaah.

6. Perbezaan antara NUSYUZ, TIDAK TAAT (contohnya didalam taklik nikah) dan DERHAKA (Surah al-Nisa’ ayat 34).

7. Mahkamah: Ianya 3 istilah yang berbeza. Istilah adalah perkara yang diambilberat.

8. Hanya terdapat tiga seksyen yang merujuk kepada nusyuz:-

8.1. Kaitan nusyuz dan nafkah yang wajib diberikan oleh suami.

60. (2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain-
(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
(c) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.

Ringkasan:-
8.1.1. Ungkapan “antara lain” adalah bermaksud “sebagai contoh keadaan yang dimaksudkan” adalah.
8.1.2. Hanya Mahkamah sahaja berkuasa menentukan seseorang isteri dapat atau tidak hak nafkahnya, samada nusyuz atau tidak.
8.1.3. Suami tidak boleh mengisytiharkannya sendiri. Perlu dirujuk ke Mahkamah contohnya dalam permohonan kembali taat.
8.2. Hak wanita bercerai terhadap nafkah.

66. (1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz.

Ringkasan:-
8.2.2. Temppoh masa wanita menerima nafkah daripada suami terdahulu.
7.3. Panalti keengganan seseorang isteri.

130. Seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Ringkasan:-
8.3.1. Keengganan isteri mematuhi perintah suami boleh dikenakan hukuman yang dinyatakan.

9. (Kebanyakan) Suami tidak berminat merujuk masalah isteri nusyuz ke Pejabat Agama atau Mahkamah.

10. Arahan Amalan JKSM/Ketua Hakim terhadap kes nusyuz:-

Arahan bil. 11 Tahun 2001 (2/2/2001)
“..... arahan berhubung kes nusyuz. Kes ini hendaklah didengar dalam kes induk dan tidak perlu dibuat secara berasingan. Mana-mana kes nusyuz yang telah diputuskan sebelum daripada permohonan cerai, tidak boleh dibuka semula dalam kes permohonan cerai tersebut............”

Arahan bil. 1 Tahun 2000 (18/12/2000) 058 - Tuntutan Sabitan Nusyuz

*(Digunapakai di semua negeri)

Arahan amalan ini bermaksud tuntutan pengesahan nusyuz tidak boleh difailkan bersendirian kecuali mempunyai kes induk. (Contohnya; perceraian seksyen47)

Biasanya: Ada suami yang memfailkan permohonan kembali taat. Terdapat pilihan jika isteri gagal mentaati suami, diisytihar dan diperintah sebagai nusyuz.

(Keperluan permohonan kembali taat dinyatakan dibawah)



11. Dalihan nusyuz biasa digunakan oleh suami di dalam kes pembelaan (Statement of defence). Namun ramai yang gagal membuktikannya, tiada bukti dan tiada saksi menyokong dakwaannya.

12. Dalam hal ini, amalan Mahkamah turut menerima laporan polis selain daripada aduan di Pejabat Agama.

13. Tiada bukti yang dikemukakan dalam dakwaan, kerana tiada apa-apa aduan atau laporan yang dibuat.

14. Terdapat banyak sebab isteri nusyuz. Sebab yang biasa ditimbulkan:
Wujud pihak ketiga, tiada persefahaman hingagkan mereka ingkar kepada arahan suami, lari tinggalkan rumah suami dan sebagainya.

15. Rujukan al-Qur’an dan hadis berkaitan hal taat, nusyuz dan seruan menanganinya.

Firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ ayat 34:
“… perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah, (pulaukanlah) mereka ditempat tidur dan kalau juga mereka masih berdegil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguh Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

Tafsir Pimpinan al-Rahman: “awaslah kamu daripada berlaku zalim kepada kaum perempuan”

Firman Allah di dalam surah al-Nisa’ ayat 128:
“Dan jika seorang perempuan bimbang (akan timbul) dari suaminya nusuz (kebencian), atau tidak melayannya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian diantara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) kerana perdamain itu labih baik (bagi mereka daripada bercerai berai), sedang sifat bakhil kedekut (tak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman) maka sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan.”

Dari Abu Hurairah, Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu menerima amanah terhadap orang perempuan dengan cara yang baik, iaitu berlemah lembut. Sesungguhnya orang perempuan itu berasal dari tulang rusuk. Bahasanya sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah tulang rusuk yang sebelah atas. Jika engkau hendak meluruskan tulang rusuk yang telah bengkok itu bererti engkau hendak mematahkannya. Dan jika engkau biarkan begitu saja, tentulah selama-lamanya tulang itu dalam dalam keadaan bengkok. Maka kamu terimalah amanah terhadap orang perempuan dengan cara yang baik iaitu berlemah lembut.” (Muttafaq alaih)

Sabda Rasulullah bermaksud: “……Hendaklah isteri taat kepada perintah suaminya….” (Riwayat al-Tibrani)

Sabda Rasulullah bermaksud: “Jika aku mampu menyuruh seseorang sujud, akanku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya disebabkan besar tanggungjawabnya.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “…tidak boleh seorang isteri keluar rumah kecuali dengan izin suaminya dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya.” (Riwayat al-Tibrani) Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang mati dan suaminya redha kepadanya, baginya syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila seorang suami memanggil isterinya kerana suatu hajat, hendaklah ia datang kepada suaminya sekalipun sedang memasak di dapur.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke hamparan (tempat tidur), lalu isteri enggan. Suami kecewa dengannya, maka Malaikat akan melaknat isteri hingga waktu pagi.” (Muttafa’ alaih)

Sabda Rasulullah bermaksud: “…tidak boleh bagi isteri berpuasa sunat kecuali dengan izin suaminya. Maka jika isteri itu berpuasa juga, maka dia mendapat lapar dan dahaga sahaja dan tiada pahala baginya.”

Sabda Rasulullah: “Tidak boleh taat kepada seseorang pada perkara-perkara maksiat kepada Allah. Sesungguhnya taat itu adalah pada perkara kebajikan sahaja.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’i).


NAFKAH ISTERI DALAM UUKI 2003

ISTILAH KEWANGAN:-

a. Istilah-istilah yang disebutkan di dalam UUKI 03, Ada perbezaan:-

"nafkah" ertinya perbelanjaan yang wajib mengenai makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi isteri, anak-anak janda dan orang-orang lain di bawah tanggungan seorang suami atau bekas suami mengikut Hukum Syarak;

"pemberian" ertinya pemberian sama ada dalam bentuk wang atau benda-benda yang diberikan oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan; (sama UUKIJ 1990)

'Harta sepencarian" ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;

"mas kahwin" ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang;

"mut'ah" ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Bahagian VI UUKIJ 2003 :
Nafkah Isteri, Anak Dan Lain-Lain

SEKSYEN 60

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain-
(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.

Ringkasan:-
• Bersandarkan Hukum Syarak, Mahkamah boleh keluar perintah tetap berkaitan nafkah.
• Pertimbangan penetapan kadar adalah kepada kaedah: keperluan dan kemampuan.
• “seseorang lelaki” adalah bekas suami
• “membayar nafkah” adalah nafkah diri yang disebutkan didalam tafsiran di atas.
• Seksyen ini menjelaskan isteri boleh menuntut di mahkamah untuk mendapatkan nafkah dirinya.
• Tuntutan dibuat samada masih dalam perkahwinan mahupun telah bercerai.
• Tuntutan dalam perkahwinan boleh berlaku:- jika suami menyediakan nafkah yang tidak mencukupi, culas, gagal dan/atau enggan. Tuntutan boleh dibuat sekalipun masih bersuami isteri.
• Pengecualian jika berlaku nusyuz oleh isteri.

SEKSYEN 61.
Mahkamah boleh memerintah mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.

Ringkasan:-
Seksyen 61 ada kaitan dengan seks.60.
Mahkamah berkuasa membenarkan suatu perintah penyaraan pihak lain, sekalipun ianya hanya ada hubungan darah. Bagi maksud seksyen ini, permohonan perlu dibuat dengan menama/menyatakan pihak yang berkemampuan untuk menyara nafkah.

SEKSYEN 62.
Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.

Ringkasan:-
Pertimbangan dalam menentukan jumlah sesuatu nafkah adalah mempertimbangkan kemampuan dan keperluan.

SEKSYEN 63.
Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

Ringkasan:-
Cara-cara yang boleh dibenarkan untuk mememrintahkan sesuatu nafkah.

SEKSYEN 64.
Sesuatu perjanjian untuk membayar, dengan wang atau harta lain, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat oleh Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.

Ringkasan:-
Cagaran yang boleh dibuat bagi jaminan nafkah akan datang.
Ianya perlu diluluskan oleh mahkamah, samada bersyarat mahupun tidak.
Jika tidak ianya masih boleh dipertikaikan dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah. Samada ianya dalam bentuk perjanjian/persetujuan bersama.

SEKSYEN 65.
Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau telah dibatalkan, dan tertakluk kepada seksyen 66, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kena membayar nafkah itu atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana yang lebih awal.

Ringkasan:-
Tempoh dan keadaan jika berlaku kematian antara pihak terhadap perintah nafkah.
Bagi mengelakkan masalah, perlu dirujuk ke mahkamah dengan menyatakan perakuan kematian pihak tersebut.

SEKSYEN 66.
(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz.
(2) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu.

Ringkasan:-
Terhentinya sesuatu pembayaran nafkah/pemberian jika tamat tempoh edah, menjadi nusyuz atau berkahwin


SEKSYEN 67
Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah nafkah yang masih berkuatkuasa, sama ada bercagar atau tak bercagar, atas permohonan orang yang berhak menerima atau yang kena membayar nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, jika Mahkamah berpuas hati, bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.

Ringkasan:-
Kuasa mahkamah bagi mengubah/membatalkan perintah yang masih berjalan. Nafkah umum (anak, isteri atau orang lain) Bila-bila masa sahaja. Boleh dipohon oleh kedua-dua pihka (pembayar atau penerima) Didengari di mahkamah yang sama. Tidak perlu kepada rayuan/semakan. Hakim yang sama boleh dengar. Alasan yang diterima adalah: asas perintah di atas salah pernyataan, kesilapan fakta atau berlaku perubahan matan. Contohnya: perubahan belanja sekolah anak.

SEKSYEN 68.
Tertakluk kepada seksyen 64, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami atau isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu.

Ringkasan:-
BOLEH: Ianya bukan ‘wajib’ Kuasa mengubah syarat perjanjian nafkah – ada perubahan matan.
Mahkamah yang sama.
Permohonan bertulis dan kes baru.

SEKSYEN 69.
Nafkah yang kena dibayar kepada seseorang di bawah sesuatu perintah Mahkamah tidak boleh diserah hak atau dipindahmilik atau kena ditahan, diasingkan atau dikenakan levi untuk, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan.

Ringkasan:-
Syarat nafkah yang telah diperintahkan tidak boleh di:
diserah hak, dipindahmilik, ditahan, diasingkan, dilevi untuk apa-apa hutang atau tuntutan.
Jumlah yang diputuskan atua harta yang dijadikan nafkah tidak boleh terikat dengan perkara di atas.
Pihak kena bayar perlu mencari alternatif lain, jika ianya berlaku.

SEKSYEN 70
(1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebangkrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pusakanya.
(2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.

Ringkasan:-
Bagaimana dikira ada atau tidak tunggakan nafkah?
Adakah perlu ada perintah dahulu, baru diterima sebagai hutang/tunggakan?
“Wakil diri”; seperti LA/ pemegang amanah.

SEKSYEN 71.
(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar nafkah sementara yang akan berkuatkuasa dengan serta merta dan terus berkuatkuasa sehingga perintah Mahkamah dibuat atas permohonan untuk nafkah.

(2) Suami boleh menyelaraskan nafkah sementara yang dibayar dengan amaun yang diperintahkan supaya dibayar untuk nafkah di bawah perintah Mahkamah, dengan syarat bahawa amaun yang diterima oleh isteri, setelah ditolak apa-apa potongan, adalah cukup untuk keperluan asasnya.

Ringkasan:-
Kuasa memerintahkan nafkah sementara – tidak boleh bertangguh. Dalam pendengaran yang sama terus buat perintah sementara.
Perintah sementara/interim order adalah kuasa Mahkamah Tinggi, namun di Syariah, Mahkamah Rendah turut dengar.

SEKSYEN 61.
Mahkamah boleh memerintah mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.

Ringkasan:-
Seksyen 61 ada kaitan dengan seks.60.
Mahkamah berkuasa membenarkan suatu perintah penyaraan pihak lain, sekalipun ianya hanya ada hubungan darah. Bagi maksud seksyen ini, permohonan perlu dibuat dengan menama/menyatakan pihak yang berkemampuan untuk menyara nafkah.

SEKSYEN 62.
Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.

Ringkasan:-
Pertimbangan dalam menentukan jumlah sesuatu nafkah adalah mempertimbangkan kemampuan dan keperluan.

SEKSYEN 63.
Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

Ringkasan:-
Cara-cara yang boleh dibenarkan untuk mememrintahkan sesuatu nafkah.

SEKSYEN 64.
Sesuatu perjanjian untuk membayar, dengan wang atau harta lain, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat oleh Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.

Ringkasan:-
Cagaran yang boleh dibuat bagi jaminan nafkah akan datang.
Ianya perlu diluluskan oleh mahkamah, samada bersyarat mahupun tidak.
Jika tidak ianya masih boleh dipertikaikan dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah. Samada ianya dalam bentuk perjanjian/persetujuan bersama.

SEKSYEN 65.
Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau telah dibatalkan, dan tertakluk kepada seksyen 66, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kena membayar nafkah itu atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana yang lebih awal.

Ringkasan:-
Tempoh dan keadaan jika berlaku kematian antara pihak terhadap perintah nafkah.
Bagi mengelakkan masalah, perlu dirujuk ke mahkamah dengan menyatakan perakuan kematian pihak tersebut.

SEKSYEN 66.
(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz.
(2) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu.

Ringkasan:-
Terhentinya sesuatu pembayaran nafkah/pemberian jika tamat tempoh edah, menjadi nusyuz atau berkahwin


SEKSYEN 72.
(1) Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.
(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti-
(a) jika tempoh iddah telah tamat;
(b) jika tempoh penjagaan anak telah tamat;
© jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau (d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah), dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Ringkasan:-
Syarat bagi nafkah tempat tinggal, dalam eddah dan syarat-syaratnya.
Mahkamah: perlu diminta baru boleh dibuat ketetapan. Jika tidak ianya tidak akan disentuh dalam bicara.

SEKSYEN 106
(1) jika-
(a) sesuatu perbicaraan hal ehwal suami isteri belum selesai;
(b) sesuatu perintah telah dibuat di bawah sesyen 58 (mut'ah), 60 (nafkah) atau 74 (nafkah untuk faedah mana anaknya) dan belum lagi dibatalkan; atau
nafkah kena dibayar di bawah sesuatu perjanjian kepada atau untuk faedah seorang isteri atau isteri yang dahulu atau anak, mahkamah adalah berkuasa atas permohonan-

(i) jika ia berpuas hati bahawa apa-apa perpindahan harta telah dilakukan oleh suami atau suami yang dahulu atau isteri atau isteri yang yang dahulu atau ibu atau bapa bagi orang telah membuat atau yang bagi pihaknya telah dibuat permohonan itu, dalam masa tiga tahun sebelumnya, dengan tujuan di pihak orang yang melakukan perpindahan itu hendak mengurangkan kemampuannya membayar nafkah atau kemampuan suami itu membayar mutaah atau hendak menghalangi isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana berkenaan, daripada apa-apa hak berhubungan dengan harta itu, tertakluk kepada subseksyen (2), menghendaki orang yang membuat perpindahan itu membatalkan perpindahan itu; dan

(ii) jika ia berpuas hati bahawa sesuatu perpindahan harta dicadangkan hendak dilakukan dengan sesuatu tujuan yang demikian, memberi suatu injunksi tegahan perpindahan itu.

(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini -

"harta" ertinya apa-apa jenis harta, alih atau tak alih dan termasuklah wang; "perpindahan" termasuklah sesuatu penjualan, pemberian, pajakan, gadai janji, atau apa-apa transaksi lain yang dengannya pemunyaan atau pemilikan harta itu adalah dipindahmilik atau dibebankan tetapi tidak termasuk sesuatu perpindahan yang dilakukan kerana wang atau sesuatu bernilai wang kepada atau untuk faedah seseorang yang bertindak dengan suci hati dan dengan tidak mengetahui tujuan perpindahan itu dilakukan.

(3) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.

Ringkasan:-
Seksyen ini memberi kuasa kepada mahkamah untuk menghalang mana-mana pihak yang ada niat jahat, memindah dan melarikan harta, bagi tujuan mengelak bayaran nafkah boleh dibenarkan injuksi.
Contoh terhadap; pembekuan akaun bank, kaveat tanah dan hartanah dan sebagainya yang diperlukan.

ISU NAFKAH SELALU BERBANGKIT,
antaranya:-
1. Kurang Nafkah.
Nafkah yang disediakan tidak mencukupi, ada kemampuan.

2. gagal/ enggan (refuse)/ dengan sengaja untuk memberi/menyediakan nafkah.
Sikap suami/bapa/ orang yang bertanggungjawab.

3. Cuai, culas dan kurang bertanggungjawab.
Tidak prihatin dengan tanggungjawab.

4. Isteri menyara suami.
Isteri bekerja, menyara suami. Tidak mahu bekerja dan sebagainya.

5. Amalan Suku-suku
Sama-sama berkongsi bayar hutang, bayaran pelbagai. Pembuktian?

6. Gagal membuktikan hak nafkahnya
Gagal menyimpan bukti sumbangan atua bayaran yang dibuat. Wujud dalihan suami.

7. Gagal melaksanakan perintah
Sikap memandang mudah terhadap perintah mahkamah.

8. Hak menuntut bermasa
Adakah sesuatu perkara ada jangka hayat? Atau ianya umum dan boleh dituntut pada bila-bila masa?

9. Perintah berkaitan tunggakan nafkah
Betul atau tidak nafkah tertunggak? Apa kaedah dalam menyelesaikannya.

Anda adalah Pengunjung Ke
PENAFIAN
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.