Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

 
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
AKHBAR UTAMA
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
24 November 2011
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com

Halaman --> Penerbitan Majalah

 

PENERBITAN MAJALAH

 

Majalah Ahkam Johor

Majallah ini merupakan rentetan amalan menghasilkan ringkasan tentang bahan-bahan dari Timur Tengah yang berterusan sehingga ke abad ini apabila lebih banyak model sekular digunakan. Pada tahun 1331Hijrah/1913 Masehi, Mufti Johor ketika itu iaitu Al-Alamah Al-Syed Abdul Qadir bin Muhsin Al Attas Al-Alawi telah menerbitkan Majallah Ahkam Johor yang berdasarkan Majallah Al-Adliah atau Al-Ahkam Al-Syariah Fi Al-Ahwal Al-Sahsiah, yang diaturkan dan dikarangkan oleh Muhammad Bin Zaid Al Abyani Bik dalam mazhab Hanafi serta dipindahkan seberapa yang boleh ke mazhab Imam Syafie dari Turki yang diterbitkan pada tahun 1876. Versi Johor ini membincangkan prinsip-prinsip am dalam kontrak dan prosedur.

Ahkam Syariah Johor

Terbitan seterusnya adalah pada tahun 1935 iaitu Ahkam Syariah Johor yang disusun oleh Mufti pada masa itu Al-Syed Alwi bin Tahir Al-Haddad. Berbeza dengan kanun sebelumnya, teks ini mengandungi pilihan-pilihan tertentu daripada teks Al-Syafie standard dan hanya membincangkan undang-undang keluarga. Teks ini dihasilkan dengan permintaan Al-Alamah Al-Syed Abdul Qadir Bin Muhsin Al-Attas Al-Alawi bekas mufti Kerajaan Johor dan yang Berhormat Dato' Abdullah Bin Abdul Rahman Yang Dipertua Jabatan Agama supaya di sempurnakan dari mazhab Hanafi yang belum habis dipindahkan ke mazhab Syafie dan ditambah beberapa masalah yang mustahak bagi menyempurnakan faedah. Oleh itu ia telah ditambah di dalam juzuk yang pertama sahaja lebih dari tiga ratus tiga puluh tiga madah. Dan ditinggalkan beberapa madah yang tidak ada bandingan di dalam mazhab Syafie di dalam tambahan dan panduan itu ialah dari kitab Tuhfah bagi Al-Alamah tempat pegangan ulamak mutahirin As-Sheikh Ahmad Bin Hajar Al-Haitami dan beberapa hasyiahnya dan dari kitab Al-Anuar, karangan Al-Alamah Al-Mutbahar Al-Ardubili dan kitab Asna Al-Mutalib Syarhu Raudh Al-Talib karangan Sheikh Al-Imam Al-Alamah Al-Sheikh Zakaria Al-Ansari serta dari Kitab Bughyah Al-Mustarsyidin dan fatwa Al-Sheikh Ibnu Hajar dan lain-lain. Kanun ini masih digunakan sebagai rujukkan di negeri Johor sehingga kini.

 
MEDIA SOSIAL
Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2011 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z