Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

 
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
AKHBAR UTAMA
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
24 November 2011
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com

Halaman Kesalahan Khalwat -->

Dewasa ini ramai pihak memperkatakan tentang agama, tentang ketelusan dalam beragama dan sebagainya. Tidak dilupakan apa yang turut dibincangkan samada secara tertutup mahupun terbuka adalah apa yang berlaku terhadap orang Melayu. Perbincangan ini merangkumi kesemua sudut dan aspek, baik dari sudut ekonominya, politik, pendidikan mahupun sosialnya. Pendek kata masalah keMelayuan ini dibincangkan secara serius di peringkat negara. Tetapi tidak juga dilupakan terhadap satu lagi sudut perbincangan yang sepatutnya dibincangkan iaitu masalah agama dan masalah moral Melayu. Dengan merujuk terhadap kesalahan dan perlanggaran norma-norma kehidupan sebagai seorang Islam, maka dapat dirumuskan bahawa Melayu Islam turut bermasalah dalam masalah ini.

Apa yang menariknya di dalam memperkatakan golongan ini yang disebutkan secara jelas dibawah Perlembagaan Malaysia adalah golongan yang beragama Islam, sebagaimana diperuntukkan: “ Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam…."

Dewasa ini ramai golongan cuba memperkatakan tentang kesalahan khalwat secara terbuka. Kebanyakan dari kita tidak memahami apa yang dimaksudkan dan dikehendaki dengan khalwat ini. dari hari ke sehari peningkatan pesalah khalwat semakin bertambah. Malah seolah-olah ianya memperlihatkan sikap mengambil mudah tentang larangan serta tidak mengendahkan keseriusan kesalahan ini.

Firman Allah Taala di dalam al-Qur’an: “dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina.” Di dalam ayat ini secara jelas telah dinyatakan oleh Allah terhadap larangan kepada orang Islam supaya tidak melakukan perbuatan zina. Malah secara simboliknya perbuatan menghampiri kepada perbuatan zina zina juga dilarang. Perbuatan yang menghampiri zina yang dilarang oleh Allah Taala antaranya seperti mukadimah zina ataupun berkhalwat antara lelaki dan perempuan.

Kesalahan berkhalwat adalah diperuntukkan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah di setiap negeri. Ianya dinyatakan di bawah seksyen 27 Enakmen (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997) yang berbunyi:

“(1) mana-mana  (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau (b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya; di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”

 

Ramai orang Islam sendiri tidak faham dan tidak mengerti terhadap kehendak ataupun syarat yang dimaksudkan sebagai berlakunya kesalahan ini. Kerana bagi kesalahan ini ianya mempunyai syarat-syarat tertentu yang sah yang dibuktikan bahawa ianya telah berlaku, maka mengikut peruntukan enakmen setiap negeri pelakunya boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

Kesalahan khalwat ini berlaku tidak mengira apakah ianya seorang bujang ataupun seorang yang sudah berkahwin. Kerana jika diqiaskan kepada pembahgian kesalahan persetubuhan haram, ianya dibahagikan kepada dua katogeri iaitu yang sudah berkahwin atau yang belum berkahwin. Bezanya jauh dari sudut hukuman kerana kenikmatan dan keseronokan alam perkahwinan yang membezakan kedua-dua golongan ini.

Kesalahan berkhalwat jika mampu hendkalha dihindari dari semua pihak, kerana pada mentaliti masyarakat jika tertangkap seseorang individu di bawah pertuduhan ini walaupun secara umumnya mereka tidak melakukan kesalahan tersebut, nama baik dan maruah pasti tercemar.

Terdapat dua keadaan yang mampu dibezakan oleh Mahkamah jika membicarakan kes khalwat ini. Pertamanya dengan dibentangkan fakta kes yang menunjukkan bahawa sememangnya ada berlaku kesalahan tersebut, seperti berdua-duaany di dalam bilik hotel jam 3 pagi. Walaupun rumah mereka dekat tetap tidur di hotel. Dan lain-lain keterangan fakta yang sememangnya dapat diyakini bahawa ada perlakuan yang menyokong terjadinya kesalahan tersebut.

Situasi kedua, jika perlakuan itu sememangnya ditangkap berdua-duaan sebaliknya tidak ada bukti yang menunjukkan adanya perlakuan diluar tabii Islam, maka ianya bukanlah berkhalwat yang dimaksudkan sebagai kesalahan.

 

Perlulah diperhatikan kepada kandungan kertas pertuduhan, antara lain ianya menjelaskan tentang tarikh kejadian, masa kejadian samada siang atau malam, tempat kejadian, pasangan yang dituduh bersama yang mana tiada ikatan hubungan mahram malah bukan pula suami/isteri, maka dengan kandungan ini secara tidak langsung kerana tidak diketahui apa yang berlaku di antara mereka, maka dianggap bahawa keadaan ini telah menimbulkan syak berlakunya perbuatan yang tidak bermoral dan ianya adalah menjadi suatu kesalahan yang boleh disabitkan dan dihukumkan di bawah peruntukan tersebut.

Jika faktor berdua-dua diketengahkan sahaja tanpa mengambilkira faktor-faktor lain seperti masa dan tempat, sudah pasti ianya tidak sesuai dikatakan sebagai kesalahan khalwat. Kerana dalam kehidupan seharian baik ketika di pejabat, di mana-mana tempat sekalipun adakalanya tidak dapat ditolak yang kia perlu berdua-duaan untuk menyelesaikan tugasan dan kerja. Dirumuskan bahawa jika hanya berdua-dua semata-mata tanpa disokong oleh mana-mana fakta dan bukti bahawa ada perlakuan tidak senonoh telah dilakukan, telah terjadi maka ianya bukanlah kesalahan khalwat yang dimaksudkan di sini. Walaupun demikian ianya tidak digalakkan dan jika mampu biarlah dielakkan dan dijauhi. Kerana jika dirujuk kepada hadis rasulullah yang bermaksud: "Tidak boleh bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan perempuan, kecuali yang ketiganya adalah syaitan." Ini bermakna jika seseorang duduk berdua-duaan dan mampu pula baginya untuk mengelakkan situasi tersebut, maka wajiblah dia menjauhinya.

Terdapat juga beberapa kemusykilan berlaku, ada di dalam satu kes di mana telah ditangkap beberapa orang di dalam sebuah rumah. Bilangan mereka seramai  empat orang lelaki dan empat orang perempuan. Maka timbullah kekeluruan kepada kita, apakah rasionalnya mereka ini ditangkap? Sedangkan bilangan mereka ramai, malah manakan mungkin satu kejadian yang tidak bermoral boleh berlaku? Perlu kita rujuk balik kepada kandungan peruntukan undang-undang, dengan jelas menyatakan "berada dengan seorang atau pun lebih dari seorang " maka ada pula satu keraguan yang nyata bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka di sebabkan itu ramai yang dikenakan tindakan di bawah kesalahan ini.

 

Tidak dinafikan juga, mana-mana pihak yang berada di dalam satu tempat kejadian seperti di dalam sebuah rumah tetapi di dalam bilik yang berlainan, maka jika satu tindakan diambil terhadap pelaku, maka orang yang berada sekali di dalam rumah tersebut akan dianggap sebagai bersyubahat di dalam melakukan perbuatan mungkar. Iaitu dengan adanya kewarasan akal fikiran telah membiarkan satu perlakuan tidak bermoral berlaku di dalam rumahnya. Maka sepertimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 43 Enakemn Kesalahan Jenayah Syariah 1997: "seseorang menyubahati perlakuan sesuatu perkara jika dia: (c) dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang, perlakuan  perkara itu."

Dirujuk sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: "sesiapa dari dalangan kamu yang melihat sesuatu kejahatan hendaklah dia menghalangnya sengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah dengan kata-katanya dan jika dia masih tidak mampu hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci akan perbuatan tersebut)…". Dari hadis ini jelas bahawa hendaklah ada satu usaha dari sesiapa yang ada melihat dan menyedari wujudnya perlakuan kesalahan atau berlakunya perkara yang dilarang oleh agama. Jika sebaliknya, dengan ada perasaan redha dan suka terhadap perlakuan tersebut maka sesiapa yang redha itu tergolong kepada golongan pelaku itu jua.

Banyak kes telah diputuskan di Johor sendiri menunjukkan wujudnya percubaan untuk menyubahati kesalahan yang dilakukan oleh temannya, walaupun sudah tahu bahawa perbuatan berdua-dua di dalam bilik bukanlah satu perkara yang baik dan disukai oleh Allah. Oleh kerana itu perlulah disedari bahawa wujudnya hubungan yang dinamakan sebagai 'hubungan sesama manusia' di dalam diri kita.

 

 
MEDIA SOSIAL
Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2011 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z