Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

 
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
AKHBAR UTAMA
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
24 November 2011
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com

Artikel-->Hak Dan Tanggungjawab Isteri Dalam Perkahwinan

HakHak dan Tanggungjawab Isteri Dalam Perkahwinan

       Setiap pasangan di dalam sesebuah perkahwinan mempunyai hak dan tanggungjawab, yang mana ianya perlu dipenuhi agar hubungan yang dibina menjadi erat dan keluarga bahagia. Oleh kerana ada cendikiawan yang berpandangan bahawa perkahwinan diumpamakan sebagai syarikat, iaitu dalam perkongsian untung dan rugi. Maka sudah tentu semua ahlinya perlukan keuntungan disamping modal yang dikeluarkan. Di samping melaksanakan hak dan kewajipan ahli-ahli tersebut.

       Oleh itu di dalam kertas kerja yang ringkas ini akan membincangkan dua topik yang penting terhadap isteri. Pada hemah umum, pengetahuan berkaitan dengan tanggungjawab sudah maklum dan diajarkan sedari rumah lagi. Malah ianya adalah merupakan skill bagi setiap perempuan yang satu hari kelak akan berumahtangga dan berkeluarga jua. Ianya merangkumi skop pengurusan dan pentadbiran rumahtangga. Malah pendek kata peranan isteri begitu penting dalam sesebuah rumahtangga. Apakah suami mampu mengambil alih tanggungjawab tersebut?

       Begitu juga didalam menunaikan kewajipan berkaitan tanggungjawab, sudah pasti tidak ketinggalan perlu diperhalusi tentang hak yang wajib dimiliki oleh setiap isteri, ada yang perlu ditunaikan oleh pihak suami yang berbentuk semulajadi dan ada yang dicanang.

       Oleh itu dari perbincangan tidak formal hari ini, dapatlah kiranya ianya dijadikan satu muhasabah (rivision atau ulangkaji), memandangkan sememangnya ianya sudah sebati dengan diri para isteri. Apatah lagi apa yang dinamakan sebagai tanggungjawab seorang isteri sudah menjadi rutin harian kita. Malah siapa mampu menafikan bebanan tersebut yang dilakukan oleh para isteri?

       Sebelum itu, wajarlah seseorang isteri itu mengenali terlebih dahulu siapakah mereka dan dimanakah kedudukan mereka dalam perkongsian perkahwinan. Barulah dapat diketahui had batasan tentang hak dan juga tanggungjawabnya. Apakah ianya sebagai rakan perkongsian? Atau hanya seumpama orang suruhan? Atau selainnya?

Hak-Hak Berbangkit Dimiliki Oleh Isteri

       Secara ringkasnya, di dalam kertas kerja ini menyenaraikan beberapa hak yang patut dimiliki oleh setiap isteri. Ianya menjadi lumrah dan wajib dimiliki olehnya dan perlu diketahui dan disedari oleh para suami sebagaimana pesanan Rasulullah dalam sebuah hadisnya:

       عن جابر بن عبدالله قال قال رسول الله: " فاتقوا الله فى النساء فانها أخذتموهن بأمانة الله واستحللتم فروجهن بكلمات الله ... ولهن عليكم رزقهن وكسوتهن بالمعروف..."

       Daripada Jabir bin Abdullah katanya, Rasulullah bersabda: :"Takutlah kamu kepada Allah tentang tanggungjawab terhadap isteri , kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kamu menghalalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah. Hendaklah kamu memberi makan dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Ibn Majah)

       Di dalam hadis ini jelas menerangkan tanggungjawab untuk menunaikan hak-hak terhadap para isteri. Di mana ditekankan unsur perkongsian tersebut adalah berlandaskan kepada keredhaan Allah, oleh itu adalah wajib dipenuhi segala hak-haka berbangkit mereka dalam perkahwinan. Selain itu dengan berpindahnya tanggungjawab para isteri daripada kedua ibubapanya kepada suaminya.

 

  1. Perlindungan.

           Semua orang tahu kedudukan isteri adalah disamping suami. Maka isteri perlulah diberikan perlindungan yang termasuk tempat tinggal serta keselamatan dirinya. Ianya tanggungjawab suami yang perlu dipenuhi.

           Tempat tinggal adalah dilihat kepada kemampuan pihak suami, jika mampu memiliki rumah sendiri maka disitulah tempat bagi isteri, jika sebaliknya perlulah dia berada disamping suaminya. Dan begitu juga faktor keselamatan dirinya, perlulah dipastikan oleh suaminya tahap keselamatan isteri dan keluarganya. Termasuklah dari sebarang gangguan luar, pencerobonan dan sebagainya.

  2. Kasih Sayang.

           Selaku sebagai isteri dan bukannya orang suruhan perlulah pihak isteri diberikan kasih sayang. Ianya merangkumi penjagaan perasaannya, emosi serta isteri sedar bahawa dirinya dikasihi dan disayangi. Kerana tujuan berkahwin pun adalah di atas faktor kasih sayang di antara suami isteri. Maka unsur ini adalah penting, bagi menjamin kesinambungan perhubungan berterusan dan berpanjangan. Begitu juga bagi mengelakkan anasir tidak baik berlaku, seperti mencari kasih sayang di luar rumah atau tidak sehaluan suami isteri.

           Ianya juga sekaligus mencerminkan betapa perlunya suami berbuat baik terhadap isteri (dan keluarganya). Kerana bagi seorang suami segala-gala perkara adalah untuk keluarganya. Sejajar dengan matlamat hadis Rasulullah:

           عن عائشة قالت قال رسول الله (صلهم): " خيركم خيركم لاءهله وأنا خيركم لاءهلى

           Daripada Aisyah berkata, sabda Rasulullah: “sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya dan aku sendiri adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku.” (al-Tirmizi)

           عن ابن عباس قال قال رسول الله (صلهم): "خيركم خيركم للنساء

           Daripada ibn Abbas berkata, sabda Rasulullah: “sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya.”

  3. Nafkah.

           Di samping itu, adalah hak bagi isteri untuk memperolehi segala nafkah bagi dirinya. Kewajipan itu disediakan oleh suami yang merangkumi nafkah luaran dan juga dalaman. Keperluan ini perlu disoroti dari sudut kemampuan dari suami jua, agar ianya seimbang diatas kemahuan dan kehendak dengan kemampuan.

           Isteri bagi suami adalah sebagai tempat semaian, oleh itu segala hak berkaitannya perlu dipelihara. Oleh sudah tidak sewajarnya pengabaian dari sudut nafkah berlaku. Firman Allah:

           نسآؤكم حرث لكم فأتوا حرثكم أنى شئتم

           “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh sebab itu datanglah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai.” (al-Baqarah 2:233)

           وعلى المولود له رزقهن وكسوتهن بالمعروف

           “… dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepertinya…” (al-Baqarah 2:233)

           Nafkah zahir isteri secara kasarnya dirumuskan sebagai apa-apa bentuk sara hidup yang wajib disediakan oleh suami terhadapnya. Yang merangkumi makanan dan pakaian. Kerana kedua-dua perkara ini diperlukan oleh seorang isteri.

           Di dalam perkara nafkah ini juga, diingatkan oleh Rasulullah tentang nafkah yang disediakan oleh suami terhadap isterinya wajiblah dihindarkan dari segala unsur yang haram, sebagaimana sabdanya:

           عن ابي بكر قال قال رسول الله (صلهم): " كل جسد نبت من سحت فالنار أولى به"

           Daripada Abu bakar katanya bahawa Rasulullah bersabda: “setiap tubuh badan yang tumbuh membesar daripada benda yang haram maka api neraka adalah tempat yang lebih layak untuknya.” (al-Tabrani)

           Di sinilah terselitnya peranan isteri di dalam memastikan haknya itu tidak bercampur dengan unsur-unsur yang meragukan, apatah lagi ianya adalah yang diharamkan oleh Allah. Dalam memastikan kehidupan terus diberkati dan dipermudahkan oleh Allah. Tanpa komitmen dalam menjaga perkara halal haram di dalam nafkah, sudah pasti ianya berangkaian kepada aspek yang lain.

           Selain dari hak-hak di atas, kertas kerja ini mungkin tidak menyentuh lain-lain hak yang utama. Namun demikian ianya bukanlah tidak penting.

MEDIA SOSIAL
Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2011 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z