Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan
Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
B.Malaysia | English
 
banner1
menu banner
 
 

 
Laman Utama

MENU PILIHAN
 
AKHBAR UTAMA
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
KOMEN
Sebarang komen bolehlah isi borang pertanyaan dimenu sebelah atas
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
19 November 2008
PAUTAN PILIHAN
   

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com

Halaman Sinopsis E-Syariah -->

  • Pendahuluan E-Syariah
  • Objektif E-Syariah
  • Skop E-Syariah
  • Agensi Yang Terlibat
Pendahuluan E-Syariah

Perlaksanaan E-Syariah merupakan satu usaha penting Kerajaan Persekutuan dalam mempertingkatkan pengurusan dan pentadbiran institusi kehakiman Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia. Selaras dengan usaha Kerajaan Persekutuan mewujudkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan secara elektronik (Elektronik Goverment), maka perlaksanaan E-Syariah amatlah bertepatan dengan aspirasi umat Islam yang semakin berdaya saing di Malaysia juga diperingkat antarabangsa dalam menghadapi era globalisasi tanpa sempadan di serata dunia ketika ini.

Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah ini dibangunkan oleh Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) bagi mewujudkan rangkaian Kerajaan Elektronik di antara Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri seluruh Malaysia dan jabatan-jabatan kerajaan lain yang berkaitan.

Objektif E-Syariah

Antara objektif utama projek E-Syariah adalah seperti berikut:-

  1. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.
  2. Mempertingkatkan keberkesanan JKSM  di dalam menyelaraskan dan memantau agensi-agensi dibawahnya.
  3. Meningkatkan produktiviti dan efiensi pengurusan Mahkamah Syariah di seluruh negara.
  4. Memartabatkan syiar Islam melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Skop E-Syariah

  1. Mengkaji keperluan infrastruktur rangkaian, perkakasan dan perisian di JKSM dan Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara.
  2. Mengkaji proses dan borang-borang yang digunakan dalam pentadbiran Mahkamah Syariah dan mengemukakan cadangan perekayasaan (re-engineering)
  3. Membangunkan / meningkatkan rangkaian setempat dan rangkaian jarak jauh di JKSM dan mahkamah-mahkamah Syariah diseluruh negara.
  4. Melaksanakan sistem-sistem berikut:-
    1. Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS versi 1 dan versi 2).
    2. Sistem Pengurusan Perpustakaan
    3. Sistem Pendaftaran Peguam Syarie
    4. Portal E-Syariah
    5. Penyambungan Komunikasi dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM, JAKIM dan Jabatan Imigresen
    6. Sistem Automasi Pejabat
    7. Rangkaian E-Syariah (Rangkaian JKSM dengan semua Mahkamah Syariah di peringkat ibu pejabat negeri dengan daerah.)

Agensi yang terlibat dengan E-Syariah

  • Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
  • Mahkamah Syariah Negeri-Negeri seluruh Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Jabatan Imegresen Malaysia (JIM)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), JPM
Anda adalah Pengunjung Ke
PENAFIAN
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.