Portal E-Syariah dinobatkan sebagai portal kerajaan elektronik terbaik.
Portal E-Syariah telah dinobatkan sebagai portal kerajaan elektronik terbaik dalam kajian "Benchmarking and Comparative Study of Malaysia Government Portals and Websites pada penghujung tahun 2006 oleh MDEC.
Dalam kajian tersebut, Portal E-Syariah telah mendapat tempat dalam kategori seperti berikut:
- Best Federal Websites/Portals - Tempat Pertama
- Best Citizen Insight Generation - Tempat Kedua
- Best Service Provider - Tempat Kedua
- Best Support - Tempat Pertama
Hasil kajian tersebut telah dibentangkan pada Mesyuarat Koordinasi Aplikasi Perdana (FCC) yang ke-23 pada 18 Mei 2006 dan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada 26 Jun 2006 yang kedua-duanya dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara. Mesyuarat FCC telah mengesyorkan untuk memberi anugerah kepada portal jabatan terbaik. Untuk makluman, Portal E-Syariah telah mendapat tempat terbaik bagi kategori Aplikasi Perdanan Kerajaan Elektronik.
|