|
Seterusnya -->
ii. Dari sudut layanan.
Isteri perlu memberi layanan kepada suami, di mana di dalam satu buku diceritakan bahawa layanan terhadap suami diumpamakan layanan terhadap anak kecil. Dia memerlukan layanan, belaian dan juga kemesraan. Oleh itu perlu dianggap sensitif oleh isteri dalam hal ini. Kerana ianya adalah skill isteri di dalam merapatkan hubungan berdua.
Selain itu, faktor untuk bermesra dan berkasih sayang sesama suami isteri turut menjadi satu objektif perkahwinan, oleh itu tepatlah sebagaimana seruan Rasulullah agar dilihat kepada faktor penyayang isteri disamping beragamanya dalam memilih isteri, sabdanya:
عن معقل بن يسار قال قال رسول الله تزوجوا الودود الولود فانى مكاثر بكم
Daripada Ma'qal bin Yasar katanya, Rasulullah bersabda: “kahwinilah perempuan yang bersifat penyayang lagi berketurunan kerana banyak anak kerana aku akan mempunyai ramai umat (hari kiamat). ( Abu Daud )
iii. Menghadirkan perasaan hormat ( respect ).
Wajib isteri memandang hormat terhadap suaminya. Ini bermakna tidak boleh pada hal tertentu isteri memandang dan memperlekehkan suaminya, apatah lagi di khalayak ramai. Sewajarnya suami yang juga ketua rumah dihormati. Di samping ianya mampu menjaga perasaan suami, kerana di sini timbulnya perasaan megah suami dengan hadirnya kehormatannya oleh isterinya. Walaupun adat berkongsi, segala kebaikan kita lihat, begitu juga dengan keburukannya, tetapi jangan diperbesar-besarkan keburukan dirinya hinggakan dirinya merasakan tidak dihormati lagi. Begitu juga jika ini yang dilakukan oleh isteri, bagaimana dengan kelakuan anak-anak terhadap bapanya? Sabda Rasulullah:
عن عبد الله بن سلام قال قال رسول الله: "خير النساء من تسرك اذا
أبصرت وتطيعك اذا أمرت وتحفظ غيبتك فى نفسها ومالك Daripada Abdullah bin Salam katanya, sabda Rasulullah: “sebaik-baik isteri ialah apabila engkau memandangnya dia akan mengembirakan hati engkau, apabila engkau menyuruhnya ia akan patuh dan ia sentiasa memelihara nama baikmu samada yang berhubungan dengan kehormatan dirinya dan harta benda engkau apabila engkau tiada di hadapannya.” ( al-Tabrani )
Selain itu di dalam kaedah kaunseling, gunakanlah taktik mengorat ( tackle ) suami, kerana diusia sebegini dan perkahwinan yang telah lama berpanjangan bagi mengelakkan kebosanan dan jemu, adalah wajar isteri membantu sama dalam usaha suami untuk mengekalkan ikatan perkahwinan yang sedia ada itu. Apalah sangat kiranya isteri menambat kembali hati suami?
|