Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

 
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
AKHBAR UTAMA
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
24 November 2011
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com
  • Sejarah Penubuhan
  • Matlamat Jabatan
  • Perundangan Syariah
  • Sumber Manusia
  • Kewangan
  • Unit ICT
LATAR BELAKANG / SEJARAH

Mahkamah Syariah di Negeri Johor telah wujud sejak tahun 1873 iaitu sebelum Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor diperkanunkan secara bertulis pada tahun 1895 yang diperk enalkan oleh Maharaja Abu Bakar Johor, tetapi tidak mempunyai Enakmen Khas ketika itu.

Sebelum tahun 1895 dikatakan bahawa telah wujud jawatan Mufti dan Kadi. Rekod separa rasmi yang terawal ditemui menunjukkan jawatan Mufti disandang oleh Dato' Syed Salim Al-Attas dan jawatan Kadi yang disandang oleh Dato' Haji Abdul Rahman dalam tahun 1873.

Kedua-dua orang penyandang jawatan ini juga telah dilantik oleh Maharaja Johor sebagai Ahli Dewan Negeri dan dengan perlaksanaan tradisi menganugerahkan Pingat Kebesaran Negeri,  kepada Penyandang jawatan Mufti dan Kadi  Darjah Mahkota Kelas Pertama iaitu Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato'.

Sehingga tahun 1895 agak sukar diterangkan tugas Mufti dan Kadi kerana tidak ada Jabatan Agama ketika itu, yang jelas Mufti adalah juga sebagai Pengapit Hakim dalam perbicaraan di Mahkamah-Mahkamah Negeri Johor iaitu suatu amalan hingga ke tahun 1909 masihi

SEJARAH PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH JOHOR

Mahkamah Kadi di Kampung-Kampung

SEJARAHMahkamah Kadi bermula di kampung-kampung iaitu selain di bandar-bandar sebagaimana dinyatakan mengikut fasal 27 Peraturan Mahkamah Kadi Syariah 1934 antara lain dijelaskan.

"Adalah kampung-kampung dalam bahagian daerah tersebut di bawah ini dipersetujukan bagi kadi-kadi di tiap-tiap daerah mengadakan Mahkamah Kadi masing-masing bagi menjalankan perbicaraan yang berkenaan dengan Mahkamah Kadi. Kadi tiap-tiap daerah bolehlah berbuat ketentuan pada mengadakan bicara di kampung-kampung yang tersebut di mana tempat yang telah ditentukan maka lebih dahulu daripada ia menjalankan bicara di dalam Mahkmah kampung itu hendaklah ia memberi tahu kepada Kepala Polis yang di dalam daerahnya lebih dahulu tiga hari dengan menyatakan haribulan dan jam serta beberapa kes yang hendak dibicarakan disitu.  Adapun tentang mengadakan bicara Mahkamah Kadi yang ada di dalam bandar-bandar itu berjalanlah bagaimana biasa hanyalah bila mengadakan Mahkamah di kampung-kampung sahaja dikehendaki berbuat seperti di atas."

Halaman Berikut : Jabatan Agama Johor dan Mahkamah Kadi

Jabatan Agama Johor dan Mahkamah Kadi

Berdasarkan penguatkuasaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, fasal 28, Jemaah Menteri telah diinstitusikan secara bertulis dan telah berlaku rombakan besar-besaran dalam struktur perjawatan Kerajaan Johor dan diantara Jabatan baru yang dicipta ialah Jabatan Agama dan Pelajaran dengan memperkenalkan penjawat Yang diPertuanya iaitu Yang Mulia Ungku Mohammad Khalid .

Pada 20 Ogos 1932 satu Muktamar Tahunan Kadi-Kadi Johor telah diadakan untuk membincangkan mengenai Mahkamah Kadi , Daftar Nikah Cerai , Pungutan Zakat , Pembahagian Harta-Harta Zakat dan Baitul Mal.

Yang Dipertua Jabatan Agama Johor semasa menutup muktamar ini menyifatkan " Inilah satu kumpulan orang yang dipertanggungjawabkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang memelihara Agama Islam bagi orang Johor ".

Pada 1 Januari 1978 Jabatan Agama Johor telah menubuhkan Mahkamah Syariah yang dikenali dengan nama Mahkamah Kadi mengikut peruntukan seksyen 58 ceraian (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 dengan had bidangkuasa jenayah membicara mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan yang berhubung dengan Enakmen ini yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali . Dalam bidangkuasa Malnya , mendengar dan memutuskan semua pembicaraan dalam mana pihak beragama Islam.

Perlantikan Kadi

Semua kadi-kadi terdiri daripada mereka yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku Wali Al-Amr dalam Negeri sebagaimana yang diwajibkan perlantikannya itu dibuat menurut Hukum Syarak.

Pengasingan Pentadbiran Mahkamah Syariah Dari Jabatan Agama

Sebagai langkah awal kearah melaksanakan tujuan pengasingan itu suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan pada perkara 121 (1A) telah diluluskan dalam tahun 1984 dan seterusnya berkuatkuasa yang memperuntukkan : "Bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan Mahkamah-Mahkamah dibawahnya tidaklah ada bidangkuasa di dalam mana-mana perkara yang termasuk di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah ."

Enakmen Mahkamah Syariah 1993

EMS93 adalah suatu Enakmen bagi menyatu dan meminda undang-undang berkaitan dengan Penubuhan , Penyusunan dan Pentadbiran Mahkamah Syariah telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor pada 22 Disember 1993 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor pada 27 Disember 1993.

Perlaksanaan Pengasingan Mahkamah Syariah Dari Jabatan Agama

Seksyen 5 Enakmen Mahkamah Syariah 1993 memperuntukan Penubuhan Mahkamah Syariah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Menteri Besar selepas berunding dengan Majlis dan seksyen 31 Enakmen yang sama memperuntukan , Mahkamah-Mahkamah Kadi hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah dan hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah Rendah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini . Dengan itu Mahkamah Syariah telah diasingkan dari Jabatan Agama Islam dengan rasminya pada 1 Januari 1996

Halaman Berikut : PUNCA - PUNCA KUASA

PUNCA - PUNCA KUASA

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor menjalankan fungsi-fungsi utamanya berbekalkan kuasa yang diberi oleh beberapa buah Enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Johor. Jabatan Kehakiman Syariah tidak boleh berfungsi tanpa Enakmen-Enakmen ini:-

  • Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Johor 2003

  • Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Johor 2003

  • Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003

  • Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003

  • Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003

  • Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah 1997 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.


 

VISI
Melaksanakan pengadilan, pengurusan Mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara profesional, berkesan dan sistematik berasaskan peruntukan Undang-undang Islam yang seragam untuk mencapai keredhaan Allah.

MISI
Menjadi Institusi Kehakiman Syariah Yang Berwibawa

OBJEKTIF

  • Menyegerakan pengendalian kes-kes Syariah dengan adil, teratur dan berkesan.
  • Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan kakitangan dari aspek perundangan dan pengurusan.
  • Menyediakan dan mempertingkatkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pentadbiran.
  • Menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan dan insfrastruktur yang terbaik dan mencukupi
  • FUNGSI

  • Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah mengikut Hukum Syara' dan peruntukan Undang-undang.
  • Memutus, menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan Hukum Syara' dan undang-undang bertulis.
  • Menyegerakan pengendalian S kes-kes Syariah dengan adil, teratur dan berkesan.
  • Menerima, mendengar dan memutuskan permohonan pembahagian Harta Pusaka.
  • Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi.
  •  

    Terdapat tiga Bahagian di Dalam Pentadbiran Perundangan Syariah iaitu :

  • Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Johor
  • Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Johor
  • Mahkamah Rendah Syariah Negeri Johor

  • Kesemua Bahagian ini mempunyai peranan dan bidangkuasa yang tersendiri.

    Bahagian ini diletakkan di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor , Johor Bahru . Ia merupakan pusat pentadbiran jabatan ini .

    Fungsi bahagian ini adalah :-

  • Mengurus dan menyelaras perjalanan pentadbiran hal ehwal am pejabat seperti penggunaan ruang pejabat , pengurusan fail, surat menyurat , pengangkutan , stor dan kenderaan ;
  • Mengurusan kewangan dan akaun seperti penyediaan anggaran belanjawan tahunan , gaji , elaun-elaun , projek pembangunan , pembelian barang-barang dan perkhidmatan , denda dan pembayaran tuntutan kewangan ; dan

  • Pengurusan sumber tenaga manusia termasuk mengenai perjawatan , perkhidmatan personel , latihan dan kursus , disiplin dan tatatertib .

    Fungsi-fungsi Am Bahagian Sumber Manusia

  • Pentadbiran dan penyelenggaraan pejabat
  • Keselamatan Pejabat
  • Pendaftaran Kes-kes Mal danJenayah
  • Pengurusan Fail dan Rekod
  • Pengurusan Personel dan Perkhidmatan Kakitangan
  • Mengaturkan Jadual Perbicaraan
  • Urusan Surat menyurat
  • Pengendalian Kaunter Pelanggan
  • Pengendalian Kenderaan Jabatan
  • Pengendalian Kebersihan dan Keceriaan pejabat
  • Mengendalikan Mesyuarat , Kursus , Bengkel dan Seminar.
  • FUNGSI BAHAGIAN KEWANGAN

    • Pengurusan Kewangan dan Belanjawan Jabatan

    • Pengurusan Perolehan Jabatan dan Stor

    • Pengurusan Gaji dan Elaun Kakitangan

    • Pengurusan Wang Denda dan Jaminan

    • Pengurusan Harta Modal / Inventori Jabatan

    • Penyelenggaraan bangunan dan Peralatan Jabatan

    • Pelan Pembangunan dan Penyelenggaraan . Tanah dan rumah kakitangan .
    FUNGSI UNIT ICT

  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan teknologi maklumat kepada kakitangan mahkamah dalam usaha meningkatkan kecekapan dan efisiensi mereka;
  • Merangka dan Mengadakan latihan bagi latihan/kursus komputer untuk semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.
  • Membuat pemantauan dan penyelarasan sistem-sistem yang digunakan di Jabatan Antaranya adalah seperti berikut :-
    1. E-Syariah
    2. SPEKS
    3. HRMIS / SISPEN
    4. LAMAN WEB JABATAN
  • Memberi bantuan dalam pengguna perkakasan ICT
  • Menyediakan bajet tahunan bagi keperluan ICT di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.
  • Memantau, mengemaskini keluar masuk inventori perkakasan komputer.
  • Memantau tahap keselamatan ICT
  • MEDIA SOSIAL
    Anda adalah Pengunjung Ke
    mobile phones

    [ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
    Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
    Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
    Hak Cipta © 2011 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
    JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

    PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
    z