Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

Terbitan / Risalah Jabatan

Soalan Pilihan (FAQ)

Portal e-Syariah

 

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Pendaftaran Peguam Syar'ie

Pendaftaran Kes Jenayah

Pengiraan Faraid

Status Kes

 
STATISTIK

Kes-Kes Mahkamah Syariah

Pencapaian Piagam Pelangan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online

E-Jawab

 
 
AKHBAR UTAMA
 
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
02 April 2012
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com

Permohonan Poligami

1.

Pemohon perlu ke Pejabat Agama Daerah yang berhampiran iaitu mengikut tempat tinggal.

 

2.

Pemohon perlu membeli Borang Nombor 5, berharga RM 10.00

 

3.

Lengkapkan borang permohonan bersertakan affidavit yang mengandungi :-

I. Nama
II. No. Kad pengenalan
III. Alamat Tempat Tinggal
IV. Pekerjaan
V.

Pendapatan

(Disertakan eksibit seperti Penyata Taksiran Pendapatan atau Penyata Gaji terakhir atau buku akuan simpanan/semasa yang telah dikemaskini atau apa-apa penyata aset seperti geran tanah, sijil saham dan lain-lain sumber pendapatan )

VI. Alasan / sebab perlu permohonan berpoligami.
VII.

Maklumat mengenai Isteri yang di cadangkan iaitu:-

Nama bakal isteri
No.kad Pengenalan
Alamat
Umur
Pekerjaan
Taraf (Anak Dara / Janda Berhias / Janda / Balu )
Tanggungan

4.

Pemohon perlu meletakkan kadar nafkah yang dicadangkan mengikut kemampuan kepada isteri sedia ada dan tanggungannya serta bakal isteri yang dicadangkan dan tanggungannya.

Contoh : Katakan pemohon berpendapatan RM 1500.00 sebulan

Di cadangkan isteri sedia ada serta tangungannya
=
RM 500.00
Bakal Isteri serta tanggungannya
=
RM 300.00
Baki =
RM 700.00

5.

Bahawa dengan perkahwinan yang dicadangkan pemohon tidak akan / berjanji tidak akan memudaratkan isteri-isteri yang sedia ada atau isteri yang dicadangkan ( akan memberi layanan sama rata kepada isteri-isteri dan orang di dalam tanggunganya

 

6.

Cadangan giliran yang bersesuaian kepada isteri-isteri sedia ada dan isteri cadangan mengikut Hukum Syarak.

 

7.

Semua kandungan dari nombor 3 hingga 6 hendaklah di masukkan di dalam Affidavit Permohonan yang di ikrarkan di depan Pendaftar atau Hakim.

Menurut Seksyen 112 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003 adalah sebagaimana berikut :-

Fasal 112. Membuat afidavit

Sesuatu afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding di Mahkamah hendaklah dibuat dengan sumpah -

a) di Negeri Johor, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar;

b) di negeri lain di Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar mengikut kehendak kes;

 

8.

Permohonan boleh dibuat sama ada dengan izin isteri-isteri atau tanpa izin isteri sedia ada.

 

9. Permohonan Poligami boleh di failkan di Mahkamah oleh Pemohon sendiri atau melalui Peguamnya. Di nasihatkan sebaik-baiknya menggunakan khidmat peguam.

NOTA :

PERMOHONAN BOLEH DIFAILKAN OLEH RAKYAT NEGERI JOHOR ATAU ORANG-ORANG ISLAM YANG TELAH BERMASTAUTIN DI DALAM JOHOR DENGAN PERAKUAN PENGHULU ATAU KETUA KAMPUNG DI DALAM MUKIMNYA ATAU KETUA JABATAN.

 

MEDIA SOSIAL

Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2012 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z