Panduan Peraturan Berada Di Mahkamah
Arahan:-
HORMAT
Hendaklah memberi hormat kepada Yang Arif Tuan Hakim ketika masuk dan ketika hendak keluar dari Dewan Bicara dengan berhenti dan menundukkan kepada mengadap Yang Arif Tuan Hakim
#TEMPAT DUDUK
Lelaki - Di kerusi bahagian hadapan
Perempuan - Di kerusi bahagian belakang
#PAKAIAN
Lelaki - Pakaian sopan/tertib
Perempuan - Pakaian sopan/tertib yang menutup aurat serta memakai tudung kepala
#SENYAP
Ketika mahkamah bersidang hendaklah senyap
Panduan Peraturan Berada Di Mahkamah
Larangan:-
#PAKAIAN
#Lelaki - Memakai baju T, berseluar pendek, berambut panjang lebihi paras baju dan memakai selipar.
#Perempuan - Memakai baju T, berseluar panjang @ pendek, memakai mini skirt dan tidak memakai tudung kepala.
#Dilarang menghisap rokok
#Dilarang makan dan minum dalam Dewan Mahkamah
#Dilarang membaca akhbar/majalah dan lain-lain
#Dilarang membuat bising/bersembang
#Dilarang duduk sebangku antara lelaki dan perempuan
#Dilarang duduk bersilang kaki atau berpeluk tubuh semasa berada di dalam dewan
#Dilarang memakai cermin mata hitam dan bertopi 
#Dilarang membawa senjata api/tajam dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kecederaan
#Dilarang membawa telefon bimbit 
#Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun tidak dibenarkan bawa masuk kecuali dengan kebenaran dan arahan pihak Mahkamah.
Panduan Peraturan Berada Di Mahkamah
Ingatan :-
#Larangan- larangan yang disebut di atas boleh dianggap sebagai salah laku dalam Mahkamah menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Johor) 2003