Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

Terbitan / Risalah Jabatan

Soalan Pilihan (FAQ)

Portal e-Syariah

 

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Pendaftaran Peguam Syar'ie

Pendaftaran Kes Jenayah

Pengiraan Faraid

Status Kes

 
STATISTIK

Kes-Kes Mahkamah Syariah

Pencapaian Piagam Pelangan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online

E-Jawab

 
 
AKHBAR UTAMA
 
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
02 April 2012
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com
Panduan Dalam Talian-->Jenis-jenis Penceraian-->Khulu

  • Pengertian
  • Fenomena
  • Hukum Khulu'
  • Rukun Khulu'
  • Syarat Khulu'
  • Kadar Bayaran Khulu'
  • Hukum Berkaitan Khulu'

 

Pengertian Khulu

Segi bahasa bererti tanggal, cabut dan buang.

Segi istilah mengikut mazhab Syafie :

Perceraian yang berlaku dengan cara bayaran ganti menggunakan lafaz talak atau khulu’.

Istilah bahasa melayu digunakan perkataan’tebus talak’ dengan erti si isteri rela membayar atau mengeluarkan hartanya dalam jumlah tertentu bagi membebaskan diri daripada ikatan perkahwinan, setelah suami melafazkan lafaz khulu’ dan isteri menerimanya.

 

 

 

 

 

 

 

Fenomena Khulu

Khulu’ tidak boleh dilakukan kerana semata-mata mahu bebas tanpa sebab yang membawa kepada keharusan menggunakan hukum khulu’ sebagai jalan penyelesaian terakhir bagi meleraikan perkahwinan. Faktor utamanya ialah suami isteri sudah tidak dapat hidup bersama sehingga berlaku krisis yang berpanjangan.

  1. Kesalahan atau kelemahan suami isteri seperti tidak sealiran dan tidak sehaluan tentang prinsip hidup, daya fikiran, emosi dan gaya hidup.

  2. Kesalahan atau kelemahan suami atau isteri seperti akhlak yang buruk lagi mengaibkan.

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan namun usaha untuk mengatasi krisis sehingga ke peringkat majlis tahkim dan khidmat perunding keluarga tidak berkesan, malahan keadaan lebih buruk lagi.

Dengan kata-kata lain khulu’ merupakan satu peruntukkan bagi isteri untuk melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan dengan sebab-sebab tertentu, setelah usaha-usaha menyelamatkan tidak berkesan

 

 

 

 

 

Hukum Khulu

1. Khulu’ harus , disebabkan oleh antara sebab – sebab yang berikut.

  • Perselisihan dan hubungan yang tidak harmoni antara suami isteri.

  • Isteri tidak suka perangai suami yang buruk.

  • Suami tidak bertanggungjawab terhadap agama atau cuai menunaikan tanggungjawab agama.

  • Isteri tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri atau berperangai buruk.

  • Suami melakukan kekasaran terhadap isteri , sekalipun untuk mengajar.

Jelasnya khulu’ diharuskan bagi menjaga maslahah kedua-dua pihak dan bagi mengelakkan mudharat yang berterusan yang menghapuskan tujuan baik perkahwinan itu.
 

2. Khulu’ makruh, jika sebab isteri membenci suami yang berpunca daripada sikap negatif suami terhadap isteri seperti tidak memberi layanan, bengis, mudah marah dan tidak menunaikan tanggungjawab terhadap isteri.
 

3. Khulu’ haram, antaranya disebabkan oleh :

  • Suami mendera isteri dengan kekasaran seperti memukul sehingga isteri meminta khulu’.

  • Suami menyakiti hati isteri secara berterusan sehingga ia meminta khulu’.

 

 

Rukun Khulu

  1. Suami yang mukhalaf dan masih mempunyai kuasa menceraikan isteri.
  2. Pembayar tebus talak samada isteri, bapanya atau orang lain.
  3. Benda yang bernilai dari pandangan syarak.
  4. Lafaz khulu’ : Ijab dan Qabul

 

 

 

 

 

 

Syarat Khulu

1. Syarat suami dan isteri :

  • Suami hendaklah orang yang mempunyai kuasa menceraikan iaitu mempunyai akal yang sempurnba dan baligh, bukan kanak-kanak dan orang gila.

  • Isteri hendaklah orang yang dapat mentadbir hartanya iaitu mempunyai akal yang sempurna.

 2. Syarat benda yang menjadi tebus talak :

  • Hendaklah benda itu harta yang berharga atau mempunyai faedah dari segi syarak.

  • Hendaklah benda itu halal lagi suci.

  • Benda itu menjadi milik isteri atau pihak isteri yang diredhai oleh pemiliknya.

 3.Syarat lafaz :

  • Lafaz khulu’ sama ada syarih atau kinayah dengan niat.

  • Diucapkan lafaz itu.

  • Berlaku ijab qabul pada satu masa dalam majlis, melainkan lafaz ijab dengan takliq.

 

 

Kadar Bayaran Khulu

Imam Syafie bependapat kadar bayaran khulu’ itu mengikut kerelaan kedua-dua pihak, boleh lebih daripada mahar misel atau kurang daripadanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hukum Berkaitan Khulu

Terdapat lima hukum yang berkaitan dengan khulu’ :

  • Khulu’ dihukumkan harus, jika ada benda atau harta yang dijadikan ganti atau tebusan daripada pihak isteri yang diberikan kepada suami yang dikenali dengan istilah tebus talak.

  • Khulu’ hanya boleh berlaku pada isteri yang sihat akal fikiran dan dapat mengurus hartanya. Jika tidak, maka khulu; itu menjadi talak raj’ie dan pihak suami tidak berhak mendapat tebus talak.

  • Apabila suami telah menceraikan isteri secara khulu’, maka isterinya bebas menguruskan dirinya dan suami tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadapnya. Dia tidak boleh merujuknya semula ketika dalam eddah kerana cerai secara khulu’ menjadi talak bain sughra.

  • Isteri yang telah diceraikan secara khulu’ tidak terikat pada apa-apa peraturan berkenaan dengan talak, zihar atau iylak ketika dalam eddah kerana selepas dia diceraikan dia telah menjadi oerang lain yang tidak ada lagi apa-apa hubungan dengan bekas suami yang menceraikannya.

  • Suami boleh menceraikan isteri secara khulu’ semasa isteri dalam keadaan haid atau suci yang telah disetubuhi, kerana khulu’ merupakan kecenderungan isteri untuk memutuskan hubungan perkahwinan, dengan talak yang merupakan kecenderungan daripada suami untuk berpisah

 

 

MEDIA SOSIAL

Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2012 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z