Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang sedang berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin hendaklah memohon melalui pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di mana tempat perempuan itu bermastautin.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes yang perlu dirujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin. Kes-kes tersebut ialah:-
- Permohonan lelaki dibawah umur 18 tahun dan perempuan dibawah umur 16 tahun.
- Permohonan seseorang perempuan yang mendakwa telah bercerai sebelum disetubuhi
oleh suaminya.
- Permohonan perkahwinan Wali Hakim:-
- Tiada wali yang sah dari nasab
- Wali ghaib
- Saudara baru atau Muallaf
- Anak tak sah taraf
- Wali Enggan
- Wali dalam ihram haji/ umrah
- Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat.
- Permohonan berpoligami
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah ditempat pemohon bermastautin. Dokumen-dokumen yang diperlukan pemohon ini adalah seperti berikut:-
- Notis permohonan
- Afidavit sokongan
- Eksibit-eksibit seperti salinan kad pengenalan, sijil memeluk Islam, borang perkahwinan bagi perempuan, borang perkahwinan bagi lelaki dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Surat sokongan daripada Pendaftar Nikah
- Fee yang secukupnya
- Wakalah peguam syarie bagi yang menggunakan khidmat peguam syarie
|