Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

Terbitan / Risalah Jabatan

Soalan Pilihan (FAQ)

Portal e-Syariah

 

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Pendaftaran Peguam Syar'ie

Pendaftaran Kes Jenayah

Pengiraan Faraid

Status Kes

 
STATISTIK

Kes-Kes Mahkamah Syariah

Pencapaian Piagam Pelangan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online

E-Jawab

 
 
AKHBAR UTAMA
 
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
02 April 2012
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com
Halaman Panduan Hak-hak

  • Hak Suami dan Isteri
  • Hak Jagaan Anak
  • Nafkah Anak
  • Tunggakan Nafkah
  • Tempat Tinggal
  • Cagaran Nafkah
  • Nafkah Sementara
  • Perintah Tegahan

 

1.    Nafkah diri.

Mengikut hukum syarak seseorang isteri yang taat berhak mendapat nafkah daripada suaminya. Undang- Undang Keluarga Islam pula telah memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki sama ada suami atau lelaki lain yang tertentu seperti anaknya yang berkemampuan )jika suami tidak upaya dari segi mental dan fizikal memperuntukkan nafkah sara keluarganya) membayar nafkah kepada seseorang isteri.

 

 

 

 

 

 

 

2.    Hak Jagaan Anak

Mengikut hukum syarak ibu adalah orang yang paling berhak menjaga anak kecilnya dalam masa perkahwinan dan juga selepas perkahwinan dibubarkan kecuali jika ia berkahwin dengan lelaki lain yang bukan mahram kepada anak itu, berakhlak buruk secara keterlaluan dan terbuka, murtad, cuai atau menganiaya kanak-kanak itu dan berpindah dengan tujuan mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu (melainkan berpindah ke tempat lahir perempuan tersebut). 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.    Nafkah Anak

Mengikut hukum syarak, bapa adalah paling wajib menanggung  nafkah anak-anaknya yang masih dibawah tanggungannya dan yang tidak berkemampuan. Mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah  untuk faedah mana-mana anaknya jika ia telah enggan atau cuai memperuntukan nafkah anaknya, meninggalkan langsung isteri dan anaknya itu dalam jagaan isterinya serta dalam masa menanti sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri.

 

 

 

 

 

 

 

4.    Tunggakan Nafkah

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamh Syariah.

 

 

 

 

 

 

 

 

5.    Hak Tempat Tinggal

Suami adalah berkewajiban  menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah untuk isterinya sama ada secara menyewa atau miliknya sendiri. Isteri boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sekiranya suami tidak menyediakan keperluan tersebut dan tidak menjadi nusyuz sekiranya isteri enggan mengikut suami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6.    Hak Cagaran Nafkah

Isteri yang berhak mendapat nafkah daripada suaminya boleh memohon kepada Mahkamah untuk memerintahkan ke atas suaminya supaya memberi cagaran dengan meletakkan apa-apa harta kepada pemegang-pemegang amanah yang ditentukan oleh Mahkamah bagi tujuan pembayaran nafkah atau sebahagian darinya bagi menjamin bayaran nafkah itu dapat di laksanakan dengan teratur dan dijelaskna pada masa yang telah di tetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

7.    Nafkah Sementara

Isterinya atau wakilnya, berhak memohon kepada Mahkamah satu perintah sementara nafkah bagi dirinya, semasa prosiding Mahkamah sedang berjalan sehingga satu keputusan Mahkamah Syariah muktamad dikeluarkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.    Perintah Tegahan

  1. Mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah satu perintah tegahan atau larangan kepada seseorang untuk menahan dirinya dari mengganggu, mencerca, memaki hamun, menceroboh, memukul, mendera atau menganiaya ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya.

  2. Mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah satu perintah tegahan atau larangan menahan transaksi harta yang akan mengurangkan keupayaan mana-mana pihak melaksanakan perintah-perintah nafkah isteri, nafkah anak, harta sepencarian dan mut'ah.

 

 

 

 

 

 

 

MEDIA SOSIAL

Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2012 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z