Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

Terbitan / Risalah Jabatan

Soalan Pilihan (FAQ)

Portal e-Syariah

 

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Pendaftaran Peguam Syar'ie

Pendaftaran Kes Jenayah

Pengiraan Faraid

Status Kes

 
STATISTIK

Kes-Kes Mahkamah Syariah

Pencapaian Piagam Pelangan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online

E-Jawab

 
 
AKHBAR UTAMA
 
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
02 April 2012
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com
Panduan Dalam Talian-->Jenis-jenis Penceraian-->Eddah

  • Pengertian
  • Tujuan Eddah
  • Jenis Eddah
  • Tempat Tinggal Dan Nafkah Eddah

 

Pengertian Eddah

Eddah dari segi bahasa ialah bilangan atau kiraan.

Ertinya : Suatu tempoh masa yang dilalui oleh seorang perempuan untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan Eddah

  1. Untuk mengetahui bersih rahim perempuan, sehingga tidak  tercampur keturunan seseorang lelaki dengan yang lain..

  2. Untuk memberi kesempatan kepada pasangan yang terlibat supaya melakukan muhasabah diri dan jika mungkin kembali hidup bersama. (rujuk)

  3. Untuk menghapuskan amalan jahilliah yang mewajibkan isteri yang diceraikan dengan cerai mati supaya mengurung dirinya di tempat gelap selama setahun, berpakaian hitam, comot dan kotor.

  4. Untuk memberi pengajaran kepada suami isteri dalam tempoh eddah bahawa perceraian yang disebabkan oleh angkara sendiri akan menyusahkan diri sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jenis-jenis Eddah

Eddah terbahagi dua iaitu eddah wafat (kematian suami) dan eddah firaq (perpisahan semasa hidup).

 Terdapat enam jenis eddah seperti berikut :

1.        Eddah isteri yang haid.

2.        Eddah isteri yang tiada haid.

3.        Eddah kematian suami.

4.        Eddah isteri hamil.

5.        Eddah isteri yang suaminya murtad.

6.        Eddah sebab nikah fasid (rosak) dan wathi (persetubuhan) subhah.

 

EDDAH ISTERI YANG HAID

Eddah isteri yang masih ada haid disebut juga eddah quru' iaitu suci dari tiga quru' (tiga kali haid).

 

EDDAH ISTERI YANG TIADA HAID

Perempuan yang tiada haid sama ada setelah putus haid atau anak-anak yang belum baligh, eddahnya tiga bulan mengikut bulan hilalah.

 

EDDAH KEMATIAN SUAMI

Perempuan yang kematian suami eddahnya empat bulan sepuluh hari. Jika ada perempuan yang ditalak rajie lalu suaminya meninggal dunia, maka eddahnya bertukar menjadi eddah kematian suami, yang dikira dari hari suaminya meninggal dunia, sebab waktu suaminya meninggal ia masih dalam hukum isteri.

 

EDDAH SUAMI MURTAD    


Mrtad membatalkan hbungan perkahwinan. Bagi isteri yang berpisah dengan suami yang disebabkan suaminya murtad eddahnya :

  1. Jika ia masih haid, eddahnya satu quru; (sekali suci daripada haid)

  2. Jika ia mengandung, eddahnya setelah melahirkan kandungannya.

Jika ia tiada haid, sama ada belum baligh atau sudah putus haid, eddahnya satu bulan.

 

EDDAH YANG FASID DAN WATHI SUBHAH

Perempuan yang terlibat dalam akad nikah yang fasid (rosak) yang telah disetubuhi lalu dipisahkan dan perempuan yang disetubuhi dengan wathi subhah seperti lelaki yakin yang disetubuhi isterinya, tetapi sebenarnya bukan, atau suami yang bersatu dengan isterinya, kemudian ternyata  nikahnya tidak sah sebab perempuan yang menjadi isterinya masih mahramnya, maka dalam kes-kes ini perempuan tersebut mempunyai eddah :

  1. Jika ia masih datang haid, eddahnya tiga kali suci daripada haid (quru')
  2. Jika ia tiada haid, maka eddahnya tiga bulan.

 

EDDAH MUSTAHADAH

Bagi perempuan yang mengalami keadaan istihadah (darah penyakit), maka eddahnya bergantung kepada keadaan :

  1. Jika ia masih ada haid sebelum mengalami keadaan istihadah, maka eddahnya ialah tiga kali suci daripada haid. Berdasarkan kelaziman eddah orang yang masih ada haid.

  2. Jika perempuan yang telah putus haid, eddahnya ialah tiga bulan.


 

Tempat Tinggal Dan Nafkah Eddah

Tempat tinggal adalah bergantung kepada Talak yang jatuh, iaitu:-

TALAK RAJIE

  1. Suami wajib menyediakan tempat tinggal.

  2. Suami wajib memberi nafkah sama sebelum bercerai, seperti makan, pakaian dan perhiasan dan segala keperluan sama ada isteri itu mengandung atau tidak kerana ia masih dalam hokum isteri, dalam wilayah suami.

  3. Isteri tidak boleh keluar rumah kecuali perlu.

  4. Isteri tidak boleh menerima sebarang pinangan, kerana ia belum lagi bebas daripada wilayah suaminya dan suami lebih berhak terhadapnya daripada orang lain. Dalam masa eddah mereka jika suami bertujuan untuk berdamai.

TALAK BAIN ISTERI HAMIL

  1. Suami wajib menyediakan tempat tinggal

  2. Suami wajib memberi nafkah.

  3. Isteri tidak boleh keluar rumah melainkan perlu seperti membuat kerja atu membeli makanan. Ia diharuskan keluar sebab keperluan.

TALAK BAIN ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG

  1. Suami wajib menyediakan tempat tinggal.

  2. Suami tidak wajib memberi nafkah. .

TALAK SUAMI MENINGGAL

  1. Berhadad (berkabung) atas kematian suami iaitu tidak berhias diri, bersolek yang mendorong kepada keghairahan atau menarik perhatian orang lain dan tidak memakai pakaian berwarna-warni, tidak bercelak dan tidak memakai perhiasan emas dan perak atau seumpamanya.

 

 

 

MEDIA SOSIAL

Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2012 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z