Panduan Pendaftaran Kes MAL
Terdapat 2 jenis pendaftaran kes mal yang boleh di buat di Mahkamah Syariah iaitu:-
Tuntutan
-
Permohonan
TUNTUTAN ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan saman beserta penyata tuntutan
PERMOHONAN ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes MAL yang dimulakan dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan.
Kes Permohonan Di Enakmen
Kes-kes yang berikut hendaklah dimulakan dengan tindakan atau prosidingnya dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan, iaitu:-
-
Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan seseorang belum dewasa.
-
Perlantikan wali am: (Tiada wali nasab, Wali Engkar)
-
Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang.
-
Anggapan kematian.
-
Perlantikan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
-
Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta seseorang belum dewasa.
-
Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa·
-
Kebenaran bagi perlupusan harta seseorang orang belum dewasa.
-
Kebenaran untuk menyara seseorang orang yang belum dewasa daripada pendapatan hartanya.
-
Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang yang belum
dewasa.
-
Perintah larangan yang berhubungan dengan harta seseorang orang belum dewasa.
-
Injuksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.
-
Perintah untuk mengenepikan dan injuksi yang menghalang pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah.
-
Injuksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isteri.
-
Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar negeri.
-
Pengesahan pengakuterimaan paternity oleh perempuan dalam eddah ( pembahagian harta pusaka)
Kes Dimulakan Dengan Saman
Semua jenis kes selain daripada disenaraikan, tindakan atau prosidingnya hendaklah dimulakan dengan saman beserta penyata tuntutan kecuali dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang. Antaranya ialah :-
Tuntutan Pengesahan Waqaf
-
Tuntutan Pengesahan Nazar
-
Tuntutan Gantirugi Pertunangan
-
Tuntutan Fasakh
-
Tuntutan Muta'ah
-
Tuntutan Harta Sepencarian
-
Tuntutan Nafkah Isteri
-
Tuntutan Nafkah kepada Pihak Tak Upaya
-
Tuntutan Cagaran Nafkah
-
Tuntutan Nafkah Eddah
-
Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah
-
Tuntutan Tunggakkan Nafkah
-
Tuntutan Nafkah Anak
-
Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/ Nafkah Anak
-
Tuntutan Hadhanah
-
Tuntutan Ganishmen/ Hiwalah
-
Tuntutan Penghutang Penghakiman
Prosedur Pendaftaran
-
Setiap pendaftaran kes hendaklah diserahkan sendiri oleh pemohon atau wakilnya kepada Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Penolong Pendaftar.
-
Tiap-tiap dokumen pendaftaran kes hendaklah dikemukakan dalam 4 salinan.
-
Pendaftaran kes permohonan hendaklah disertakan:-
Notis permhonan
-
Afidavit sokongan
-
Eksibit-eksibit ( jika berkaitan, contohnya salinan sijil nikah, sijil lahir dan lain-lain).
-
Fee secukupnya.
-
Wakalah Peguam Syarie bagi menggunakan khidmat Peguam Syarie.
-
Surat rujukan daripada Pendaftar Nikah Daerah kepada Hakim Syarie bagi permohonan wali am, perkahwinan bawah umur dan pengesahan janda berhias.
-
Pendaftaran kes tuntutan hendaklah disertakan :-
Saman
-
Penyata tuntutan
-
Ikatan dokumen ( jika berkaitan)
-
Wang Pendaftaran secukupnya
-
Wakalah Peguam Syarie bagi yang menggunakan undang - undang sahaja yang akan diterima.
Syarat-Syarat Pendaftaran Kes
Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat di bermastautin.
NOTA :
PENDAFTARAN KES BOLEH DIBUAT SENDIRI OLEH PEMOHON ATAU MELALUI KHIDMAT PEGUAM SYARIE YANG BERKEMAMPUAN ATAU YANG BERPENDAPATAN RENDAH MELALUI BIRO BANTUAN GUAMAN.