Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

Terbitan / Risalah Jabatan

Soalan Pilihan (FAQ)

Portal e-Syariah

 

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Pendaftaran Peguam Syar'ie

Pendaftaran Kes Jenayah

Pengiraan Faraid

Status Kes

 
STATISTIK

Kes-Kes Mahkamah Syariah

Pencapaian Piagam Pelangan

Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online

E-Jawab

 
 
AKHBAR UTAMA
 
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
02 April 2012
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com
Panduan Dalam Talian-->Jenis-jenis Penceraian-->Talak


  • Pengertian
  • Hukum Talak
  • Rukun Dan Syarat
  • Bahagian Talak
  • Jenis Talak
  • Adab Talak
  • Hikmah Talak

 

Pengertian Talak

Menurut bahasa arab talak bererti meleraikan atau menghuraikan ikatan seperti meleraikan tali pada sesuatu benda atau barang yang berikat.

Dalam bahasa melayu perkataan talak dikhususkan pada peleraikan hubungan antara lelaki (suami) dengan perempuan (isteri) dengan perkataan cerai atau perceraian.

Menurut istilah fiqh dalam mazhab Syafie sebagai meleraikan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak atau kata-kata yang seumpamanya.

Contoh lafaz  talak sharih (terus terang atau nyata)

    : "Abang talakkan engkau Jamilah"

Contoh lafaz talak kinayah (berkias)

   : "Jamilah balik sahajalah ke rumah ayah dan ibu  Jamilah, abang tidak akan menghalang"

 

 

 

 

 

Hukum Talak

TALAK HARAM
Talak itu dilakukan ketika isteri sedang haid atau nifas atau selepas melakukan persetubuhan walaupun dalam keadaan bersih.

TALAK MAKRUH
Perceraian itu dilakukan tanpa sebab yang mendesak untuk bercerai, kerana perceraian yang sedemikian telah menghilangkan segala kebaikan yang disunatkan dalam perkahwinan yang telah menyebabkan penderitaan kepada kedua-dua pihak.

TALAK WAJIB
Talak wajib dilakukan oleh suami apabila berlaku iyla' (suami bersumpah tidak mempergauli isteri), enggan membayar kifarah serta tidak melakukan persetubuhan dengan isteri selama empat bulan. Kewajipan menjatuhkan talak ke atas suami bagi melindungi isteri daripada tekanan jiwa dan berbagai-bagai kemudharatan yang lain.

Talak wajib juga dilakukan oleh pihak hakam yang dilantik untuk menyelesaikan krisis rumahtangga, apabila hakam memutuskan bahawa kedua-dua pihak tidak akan dapat meneruskan kehidupan bersama dan kemungkinan bahaya kemudharatan lebih besar daripada kemungkinan kebaikan apabila kedua-dua pihak terus hidup sebagai suami isteri.

TALAK HARUS
Terdapat gejala-gejala yang memerlukan kedua-dua pihak berpisah seperti akhlak yang buruk, kemungkinan keburukan yang menimpa mana-mana pihak (suami isteri),  suami isteri pembawa kuman HIV atau mengidap AIDS, suami suka bertindak kasar dan liar (penderaan), atau suami isteri sudah tidak sehaluan.

TALAK SUNAT
Talak menjadi sunat apabila isteri melampaui batas hukum agama, cuai terhadap tanggungjawab terhadap hak Allah Taala seperti cuai menunaikan solat dan puasa. Suami pula tidak berjaya memujuk dan mendidik untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Begitu juga dihukumkan sunat menceraikan isteri yang tidak amanah terhadap dirinya seperti melakukan perbuatan sumbang, isteri yang sentiasa menyusahkan suami, selalu berkelahi dan tidak sefahaman. Talak juga dihukumkan sunat apabila suami terlalu benci terhadap isteri sehingga ia tidak dapat menunaikan tanggungjawab terhadap isteri dan rumahtangga.

 

Rukun Dan Syarat Talak

LIMA RUKUN TALAK

1. Suami               : Orang lelaki yang mempunyai hubungan dengan perempuan melalui nikah yang sah.

2. Isteri  :               : Orang perempuan yang telah dinikahi oleh lelaki secara sah yang disebut mahal

(tempat jatuh talak).

3. Qasad               : Suami ketika melafazkan perkataan talak atau sebagainya mempunyai tujuan (niat)

untuk menceraikan isterinya.

4. Wilayah           : Isteri yang mahu ditalakkan oleh suami iaitu berada dalam kekuasaannya dengan

maksud bahawa suami mempunyai kuasa ke atas isteri

5. Siqhah              : Perkataan yang membawa maksud peleraian tali perkahwinan samada perkataan yang

nyata (sarih) atau qias ( Qinayah).

 

 

PEREMPUAN YANG BOLEH DITALAKKAN

  1. Isteri berada dalam ikatan suami isteri yang sah.

  2. Isteri yang sedang dalam eddah talak rajiee.

  3. Isteri berpisah badan daripada suami seperti pisah badan sebab suami tidak mahu memeluk Islam sedangkan isterinya telah memeluk Islam atau iylak (suami bersumpah tidak mahu melakukan persetubuhan dengan isteri).

  4. Isteri berpisah sebab fasakh kerana terbukti ia murtad yang menjadi halangan yang membatalkan ikatan perkahwinan.

PEREMPUAN YANG TIDAK BOLEH DITALAK

  1. Perempuan asing yang tiada ikatan perkahwinan (bukan isteri), sekalipun dengan lafaz takliq.

  2. Isteri yang telah ditalak sebelum disetubuhi.

  3. Isteri yang dikahwini dengan akad nikahnya yang terbatal.

  4. Isteri yang difasakh kerana suami tidak sepadan, atau mahar kurang daripada mahar missal, atau sebab khir talak (contohnya iylak).

  5. Isteri sudah habis tempoh eddah rajiee.

  6. Isteri yang ditalakkan dengan talak tiga.


 

Bahagian Talak

TALAK RAJIE

Talak yang membolehkan suami isteri untuk hidup bersama(rujuk) dalam naungan suami sesudah jatuh talak tanpa perlu melakukan akad nikah dan mahar yang baru selama masih dalam tempoh eddah disebut eddah rajiee.

  1. Talak rajiee ini hanya  dibolehkan bagi isteri yang telah disetubuhi.
  2. Talak yang dijatuhkan itu ialah talak yang pertama dengan satu talak atau yang kedua yang sebelumnya telah dijatuhkan satu talak.
  3. Bukan talak yang ketiga, kerana rujuk hanya boleh dua kali sahaja dengan maksud dua bilangan talak, bilangan ketiga menjadi talak bain.

TALAK BAIN

 Talak bain ialah talak terus menerus yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya terbebaslah isterinya daripada naungannya (wilayahnya).

Talak bain terbahagi dua :

  1. Bain Sughra iaitu talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya untuk hidup bersama dalam naugannya berlaku talak melainkan dengan akad nikah dan mahar yang baru dengan izin dan keredhaannya.

Talak yang termasuk dalam bain sughra :

i. Talak yang melebihi tiga talak

ii. Talak yang dilakukan secara tebus talak(khulu').

iii. Fasakh (putus akad nikah)yang bukan haram Muabbad.

iv. Talak rajiee yang sudah habis eddah.

v. Talak yang disebabkan suami menghilang dan tidak dapat dikesan.

vi. Talak yang disebabkan suami dipenjara.

vii. Talak yang disebabkan suami membahayakan kesalamatan isteri seperti suami mengidap HIV atau AIDS dan mendera isteri.

  1. Bain kubra iaitu talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya untuk hidup bersama dalam naungannya selepasa berlaku talak melainkan setelah bekas isterinya itu berkahwin dengan lelaki yang lain secara sah, kemudian telah melakukan persetubuhan sehingga berlaku perceraian yang sah( bukan dirancang) dan selesai eddahnya. Selepas itu suami itu barulah boleh bernikah semula dengan bekas isteri itu dengan mahar yang baru.

Talak yang termasuk dalam bain kubra ialah talak tiga samada sekali gus atau berperingkat peringkat sehingga tiga.

 

Jenis Talak

TALAK SUNNI

Talak Sunni bererti talak yang dilakukan mengikut sunnah iaitu mengikut kaedah yang ditentukan oleh syarak yang merangkumi cara menjatuhkan talak dan keadaan isteri semasa talak itu dijatuhkan ke atasnya berpandukan al-Quran dan hadis Rasulullah. 

1. Talak dijatuhkan dengan semangat ikhsan iaitu satu, lepas satu dan tidak sekaligus. Ini bertujuan memberi ruang untuk menilai diri setiap yang terlibat dan akibat perceraian, positif dan negative, kesan baik dan kesan buruk sehingga suami boleh merujuk ister setelah talak satu, tetapi masih dalam eddah rajiee, begitulah juga berlaku talak kedua sehingga tiada jalan lain terpaksa mengharungi perceraian terakhir iaitu talak tiga.

2. Keadaan isteri hendaklah suci pada waktu dijatuhkan talak. 

Maksud suci  ialah isteri dalam keadaan bersih (eddah) selepas haid atau nifas dan belum disetubuhi lagi bagi menjaga kepentingan perempuan kerana jika dijatuhkan talak pada masa haid, nifas atau selepas disetubuhi, akan memanjangkan waktu eddah dan ini akan  membebankan perempuan.

TALAK BID'IE

Talak yang dijatuhkan dengan tiada mengikut kaedah syarak samada cara-cara menjatuhkan talak atau keadaan isteri ketika talak dijatuhkan ke atasnya. Islam mengharamkan suami menjatuhkan talak secara bidie.tetapi hukumnya tetap sah (jatuh talak).

Talak Bidie yang dilarang :

  1. Menjatuhkan talak tiga sekaligus samada menyebut tiga kali talak atau menyebut satu, satu, tetapi berturut-turut pada satu tempat dan satu masa.

  2. Menjatuhkan talak ketika isteri tidak suci (diluar eddah) iaitu ketika isteri sedang haid atau nifas.

  3. Menjatuhkan talak ketika isteri suci, tetapi setelah disetubuhi.

TALAK BUKAN SUNNI DAN BUKAN BID'IE

Hukumnya harus, jatuh talak dan tidak haram kerana perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa kesusahan atau kesulitan kepada isteri yang diceraikan. Talak yang termasuk  dalam jenis ini ialah :

  1. Talak isteri yang terlalu kecil yang belum datang haid.

  2. Isteri yang terlalu tua yang sudah putus haid.

  3. Isteri yang disahkan mengandung, hanya eddahnya ialah selepas ia melahirkan bayi.

  4. Isteri yang melakukan khulu'.

  5. Isteri yang belum pernah disetubuhi.

TALAK TAFWIDH

Tafwidh  bermaksud menyerahkan talak kepada isteri. Para Fuqhaha' berpendapat bahawa suami boleh menyerahkan kuasa talak kepada isteri yang sudah baligh dan sihat akal seperti dengan kata " Talakkanlah dirimu daripada ku" Tafawidh menjadikan isteri mempunyai kuasa untuk menceraikan dirinya daripada suaminya, dengan syarat ia hendaklah melakukan talak dengan segera setelah diserahi kuasa tersebut (tafawidh talak) leh suaminya, seperti berkata " Saya ceraikan diri saya". Hal ini perlu segera seperti ijab qabul. Tetapi, jika suami  menggunakan takliq, seperti " Talaklah diri kamu, bila-bila kamu kehendaki". Maka isteri tidak perlu melakukan segera. Malahan, suami boleh menarik balik tafawidh sebelum isteri melaksanakanya.

SYARAT TALAK TAFAWIDH

  1. Hendaklah talak itu berlaku serta-merta, tidak sah ditakliqkan dengan sesuatu.

  2. Hendaklah suami yang menyerahkan tindakan kepada isteri mukalaf, baligh dan sempurna akal, tidak sah penyerahan talak oleh kanak-kanak atau orang gila.

  3. Isteri diserahi tindakan talak itu juga hendaklah mukalaf, tidak sah jika ia kanak-kanak atau gila.

  4. Isteri yang diserahi talak hendaklah melakukan dengan segera setelah suami melafazkan lafaz talak tafawidh. Jika tertangguh hingga terputus ijab dan qabul, maka tidak sah talak itu.

 

Adab-Adab Talak

Walaupun perceraian dibauri oleh berbagai-bagai perasaan negatif antara kedua-dua  pihak (suami isteri) namun talak perlu dilakukan mengikut adab kerana talak bukan bererti kemusnahan, tetapi talak sebagai suatu permulaan bagi hidup baru suami isteri yeng memilih jalan sendiri. Lebih jauh daripada itu hendaklah diinsafi bahawa keharusan talak itu adalah ketentuan daripada Allah Subhanahu Wataala.

 Antara adab-adab talak :

  1. Mematuhi hukum syarak.

  2. Mematuhi undang-undang dan peraturan nikah dan cerai yang ditentukan oleh pihak Jabatan Agama.

  3. Menghormati hak dan kebebasan masing-masing.

  4. Bersopan samada pada kata-kata atau tingkah laku.

  5. Mengekalkan hubungan slaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

 

 

 

 

Hikmah Talak

  1. Menjamin keselamatan hak serta kehormatan diri dan keluarga.

  2. Menghentikan gejala buruk yang memudharatkan diri dan keluarga supaya tidak berterusan.

  3. Mengelakkan perbalahan yang lebih besar daripada berlaku , jika suami isteri terus dilanda krisis rumahtangga.

  4. Memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang menjadi punca perbalahan, pergisiran dan krisis rumahtangga.

  5. Membolehkan suami dan isteri yang bercerai memulakan hidup baru, semangat baru dan perancangan baru.

  6. Menjaga maruah diri sebagai orang Islam yang patuh pada ajaran Islam yang tidak bertolak ansur terhadap perkara-perkara mungkar sekalipun perkara tersebut dilakukan oleh orang yang paling akrab atau disayangi..

  7. Memberi kesedaran kepada suami isteri yang terlibat untuk menilai akan keperluan hidup berrumahtangga dengan sikap terbuka menghadapi asam garamnya, susah senangnya melalui pengalaman bercerai.

 

 

 

MEDIA SOSIAL

Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2012 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z