Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

 
 

 
Laman Utama

KATEGORI PILIHAN
 

MENU PILIHAN

 
PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
AKHBAR UTAMA
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
24 November 2011
 
PAUTAN PILIHAN
medcom1

Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com
Panduan Dalam Talian-->Jenis-jenis Penceraian-->Talaq
  • Penceraian
  • Penceraian lafaz talaq
  • Pngesahan Lafaz Talaq
  • Fasakh
  • Cerai Taklik
  • Tebus Talak
  • Anggapan Mati

 

Penceraian yang terdapat di dalam Akta Ordinan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri adalah seperti berikut:-

  1. Penceraian dengan lafaz talaq
  2. Pengesahan lafaz talaq
  3. Fasakh
  4. Cerai Takliq
  5. Tebus Talaq
  6. Anggapan Mati

Akta Ordinan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri telah memperuntukan bahawa semua lafaz talaq hendaklah dilafazkan di hadapan Mahkamah dan dengan kebenaran Mahkamah. Adalah menjadi kesalahan sekiranya lafaz talaq tersebut dilafazkan di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

 

 

 

 

 

 

1. Penceraian Dengan Lafaz Talaq

Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya  berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma' ulama', Penceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah ( sindiran).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Pengesahan Lafaz Talaq

Talaq yang telah dilafazkan oleh pihak suami di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah sama ada dengan lafaz soreh atau lafaz kinayah. Pihak-pihak sama ada suami atau isteri , hendaklah melaporkan kepada Mahkamah dalam masa tujuh (7) hari. Mahkamah akan menyiasat dan memastikan samaada lafaz tersebut adalah sah atau tidak mengikut Hukum Syarak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Fasakh

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syara'.

      Di antara perkara-perkara yang menharuskan fasakh ialah apabila suami:-

  1. Tidak diketahui di mana suami berada selama lebih dari satu tahun.
  2. Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
  3. Telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
  4. Tidak menunaikan tanpa sebab munasabah nafkah batin selama setahun.
  5. Telah mati pucuk,
  6. Telah gila selama tempoh dua tahun,
  7. Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit

 

 

 

 

 

h. Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri  menderita,

i. Berkawan dengan perempuan -perempuan jahat,

j. Memaksa isteri hidup secara lucah,

k. Melupuskan harta isteri,

l. Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama

m. Berpoligami dan tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut Hukum Syara',

n. Tidak menyetubuhi isteri walaupun empay bulan telah berkahwin dengan  sengaja

o. Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syara'.

 

 

 

 


 

4. Cerai Ta'liq

Ta'liq ertinya perjanjian  yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syara' dan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai Ta'liq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas ta'liq dan setelah aduan dibuat serta di sahkan oleh Mahkamah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. Tebus Talaq ( khulu')

Penceraian tebus talaq ialah satu penceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau harta benda sepertimana yang dipersetujui  melalui ijab dan qabul. Cerai Khulu' adalah merupakan cerai bain sughra dan tidak boleh dirujuk melainkan dengan akad dan mas kahwin yang baru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6. Anggapan Mati

Anggapan mati ialah apabila suami seseorang perempuan telah mati atau dipercayai  telah mati atau tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan mati daripada Mahkamah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MEDIA SOSIAL
Anda adalah Pengunjung Ke
mobile phones

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar ( Mozilla Firefox, Internet Explorer )
Hak Cipta © 2011 Ict_JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
z