Google
WWW http://www.johordt.gov.my/syariah
A++| A--
B.Malaysia | English
 
banner1
menu Perutusan Ketua Hakim Piagam Pelanggan Borang Pertanyan

Laman Utama

MENU PILIHAN
 
PERKHIDMAAN DALAM TALIAN

KATEGORI HALAMAN PILIHAN
AKHBAR UTAMA
PAUTAN KE JABATAN PENTADBIRAN ISLAM JOHOR
 
PETUA

Petua / pedoman bagi mengubati penyakit serta amalan-amalan bagi melakukan kerja seharian LIHAT

TARIKH KEMASKINI
Tarikh Akhir Kemaskini ialah
28 Desember 2009
 
PAUTAN PILIHAN
   
Untuk Paparan Terbaik di IE 6+
1280 x 1024

Sign Guestbook | View Guestbook
Powered by CGISpy.com

Artikel-->Anak Tak Sah Taraf Dari Aspek Hukum Dan Perundangan

Muqadimah

       Masalah anak luar nikah adalah suatu masalah yang perlu ditangani dengan sempurna, bagi mengelakkan banyaknya masalah susulan yang akan timbul ekoran daripadanya.

       Ekoran dari pernuatan tidak bertamadun, berzina/persetubuhan haram menghasilkan kelahiran anak taksah taraf, yang mengundang banyak masalah baik terhadap sistem perundangan mahupun kekeluargaan sendiri.

       Oleh itu, di dalam cacatan ringkas ini cuba menghuraikan secara pendek berkaitan kedudukan anak taksah taraf. Tinjauan dilakukan dari sudut hukum, perbahasan fuqaha’ dan perundangan yang dijalankan di tanahair kita. Mudah-mudahan dengan adanya catatan ringkas ini dapat membantu serba sedikit kepada kita untuk memahami situasi sebenar tajuk ini.

Takrifan anak tak sah taraf

       Seksyen 2(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 [En. 17/2003] menakrifkan anak "tak sahtaraf" ertinya seseorang anak yang dilahirkan dari hasil luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;

       Anak tak sahtaraf juga dipanggil sebagai “anak haram” atau “anak luar nikah”. Yang bermakna anak tersebut tidak dilahirkan di dalam perkahwinan yang sempurna tempohnya yang diiktiraf oleh fuqaha dan perundangan.

Cara Sabitan Nasab

       Sebelum memperkatakan tentang keadaan anak taksahtaraf, perlu mengetahui tentang nasab dan cara sabitannya. Setiap anak yang dilahirkan secara automatik dinasabkan (dihubungkan keturunannya) kepada ibunya, kecuali di dalam keadaan tertentu yang memenuhi syarat-syarat, barulah seseorang anak itu dinasabkan kepada bapanya.

       Sabitan nasab bermaksud menentukan nasab seseorang individu samada kepada bapanya disebutkan sebagai (ËÈæÊ ÇáÃÈæÉ) atau kepada saudara maranya yang disebutkan sabitan persaudaraan (ËÈæÊ ÇáÃÎæÉ).

       Tujuan sabitan nasab adalah memelihara maruah seseorang serta melindungi hak-hak peribadinya seperti perwalian, nafkah, hadhanah dan perwarisan. Selain itu untuk menghindarkan ibu dari sebarang tuduhan liar dan prasangka buruk.

       Di atas tujuan ini, ulama’ menjelaskan cara-cara yang tertentu di dalam menentukan nasab. Dan ianya ada dan masih digunakan di dalam perundangan kita. Malah penentuan nasab juga menerima kaedah baru yang diperkenalkan.

Firash

       Pada pendapat Dr. Wahbah adalah bermaksud wanita yang digauli dan dinikmati oleh seorang lelaki. Dan menurut al-Jurjaniy berpandangan perempuan yang ditentukan untuk melahirkan anak bagi seseorang tertentu.

       Kaedah firash terbahagi kepada firash isteri, firash hamba sahaya dan shibhu firash. Di dalam ini hanya disentuh firash isteri. Yang membawa maksud sebagai isteri dari perkahwinan yang sah, iaitu ikatan pernikahan berlaku di antara lelaki dan perempuan semasa kehamilan bermula. Malah fuqaha bersepakat bahawa anak yang dilahirkan oleh perempuan yang berkahwin secara sah dinasabkan kepada suaminya.

       Tujuan sabitan nasab adalah memelihara maruah seseorang serta melindungi hak-hak peribadinya seperti perwalian, nafkah, hadhanah dan perwarisan. Selain itu untuk menghindarkan ibu dari sebarang tuduhan liar dan prasangka buruk.

     Keadaan kaedah ini terpakai di atas syarat seperti berikut:-

  1. Suami berupaya menghamilkan isterinya, yang bermaksud suami adalah sihat, mempunyai anggota kelamin yang sempurna dan tidak cacat.
  2. suami isteri itu mempunyai kemungkinan bersama setelah bernikah.
  3. anak yang dilahirkan setelah 6 bulan dari tarikh akad mengikut Hanafi dan dari waktu boleh bersama menurut jumhur ulama’.

       Shibhu firash adalah sabitan nasab melalui persetubuhan syubhah yang bukan perzinaan.

Pengakuan

       Pengakuan nasab disebutkan sebagai dakwaan nasab, terbahagi kepada dua iaitu pengakuan hanya kepada pengaku sahaja dan pengakuan yang melibatkan orang lain.

       Pengakuan hanya kepada pengaku sahaja tidak membabitkan orang lain.

     Seorang lelaki jika mengakui seseorang anak adalah anaknya, tertakluk kepada beberapa syarat iaitu:-

  1. anak tersebut tidak diketahui nasabnya.
  2. pengakuan itu hendaklah dibenarkan oleh fakta seperti perbezaan umur dan sebagainya.
  3. pengakuan tersebut dibenarkan oleh orang yang diakui.
  4. pengakuan tidak melibatkan orang ketiga.

Pengakuan Yang Melibatkan Orang Lain

       Iaitu melibatkan orang lain seperti datuk dan sebagainya. Iaitu perlu kepada pengakuan tambahan bagi menguatkan pengakuan tersebut.

Tempoh Mengandung

       Ulama’ sepakat tempoh hamil minum ialah 6 bulan Qamariyyah. Rujukan dibuat terhadap ayat al-Qur’an al-Ahqaf, 46: 15, Luqman, 31:14. dan juga daripada kes di hadapan Saidina Uthman, di mana Ibn Abbas telah membela seorang sepasang lelaki dan perempuan yang melahirkan anak setelah 6 bulan berkahwin, di mana Saidina Uthman bersetuju dengan pandangan Ibn Abbas.

     Ulama’ berselisih pendapat tentang tempoh maksimum hamil, antara pendapat yang masyhur adalah:-

  1. Mazhab Hanafi berpegang kepada kata-kata Saidatina Aisyah iaitu 2 tahun.
  2. Mazhab Syafie, Hanbali 4 tahun, dengan menyandarkan alasan iaitu sesuatu perkara yang tidak mempunyai nas mengenai hukum perlu dirujuk kepada hakikat realiti.
  3. Mazhab Maliki 5 tahun (pendapat mazyhur mazhab ini iaitu Laith bin Sa’ad dan Abd bin al-Awwam) Iimam Malik berkata; “Pernah diberitakan kepadaku seorang perempuan mengandung selama 7 tahun.”
  4. 1 tahun qamariyyah iaitu pendapat Muhammad bin Abd al-Hakam (Maliki)
  5. 9 bulan qamariyyah iaitu pandangan Ibn Hazm al-Zahiriy dan Umar al-Khattab

       Fatwa Ibn Hajar; lelaki yang berkahwin dengan perempuan yang hamil dan melahirkan anak setelah genap 6 bulan atau lebih dari waktu akad dan waktu yang memungkinkan persetubuhan berlaku; maka anak dinasabkan kepada lelaki tersebut. Dan jika tidak diketahui dengan pasti adakah anak tersebut lahir sebelum atau setelah genap 6 bulan, nasabnya boleh disabitkan kepada sibapa mengikut pendapat yang rajih.

Undang-Undang

       Kes berkaitan tuntutan nasab atau dakwaan sebagai anak seseorang adalah kes terpinggir. Sukar dicari kes tersebut di Mahkamah Syariah. Ini bukan bermakna tiada berlaku di negara kita.

       Sebaliknya kes membabitkan anak tidak sah taraf banyak berlaku di setiap Mahkamah Syariah di Malaysia. Mengikut pengalaman, paling kurang terdapat satu kes bagi setiap bulan.

       Jika dikaitkan dengan situasi tidak sah taraf, adalah memperkatakan keadaan anak tersebut. Tidak disentuh kepada ibubapanya. Kerana kesalahan ibubapalah menyebabkannya menjadikanya tidak sahtaraf. Namun kesannya ditanggung oleh si anak.

       Anak tidak sah taraf tiada hubungan dengan suami ibunya. Nasab anak ini kepada ibu dan keturunannya. Ini bermakna si anak ini tiada bapa dan tidak layak menerima apa-apa daripada lelai yang bergelar bapa. Sebaliknya terdapat pandangan fuqaha’ yang mengharus atau menghalalkan anak luar nikah jika perempuan untuk berkahwin dengan lelaki yang membuatkan ibunya mengandung.

       Keadaan ini berlaku, kerana Islam hanya mengambil kira setiap anak diakui sebagai ‘anak kandung’ dan ‘anak sah taraf’ yang lahir hanya di dalam perkahwinan di dalam tempoh yang sah.

Amalan Perundangan Semasa

       Undang-undang syariah yang dijalankan sejajar dengan hukum syarak. Di mana anak tidak sah taraf diakui wujud dan diadakan peruntukan berkaitannya. Amalan ini tidak berlaku sebagaimana yang berlaku di mahkamah awam. Melalui seksyen 112 Akta keterangan 1950 dan Akta Sah Taraf 1961 boleh menghalalkan seseorang anak yang tidak sah taraf. Dengan ibunya berkahwin dan ia dilahirkan di dalam perkahwinan walaupun sehari selepas perkahwinan (atau setelah upacara perkahwinan tersebut).

       Perkara di atas tidak dapat berlaku di Mahkamah Syariah, di mana Islam menetapkan tempoh kiraan-kiraan di atas bagi melayakkan seseorang itu diiktiraf sebagai anak sah taraf ataupun sebaliknya. Ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Masalah Berlaku (Ringkasan).

  1. Penzinaan.

           Amalan dan gaya hidup tidak bertamadun mengundang berlakunya amalan persetubuhan haram (zina). Ianya perlu dibanteras dan dibendung dengan apa cara sekalipun. Di setiap negeri sudah ada dan diwujudkan peruntukan berkaitan kesalahan zina.

  2. Penzinaan Dalam Perkahwinan.

           Suatu masalah yang dikaitkan dengan perlakuan zina di dalam perkahwinan adalah nasab/keturunan anak. Masalah ini berhubungkait dengan pendaftaran. Kerana pada asas teorinya setiap anak yang dilahirkan dari perkahwinan adalah anak sah taraf.

           Kecuali di dalam keadaan tertentu dimana terdapat situasi yakin bahawa ada perlakuan persetubuhan haram ibu dengan orang lain atau ada jalan lain yang boleh mengesahkan perbuatan zina ibu, maka keadaan membenarkan anak tersebut tidak dinasabkan kepada suami.

  3. Pendaftaran Kelahiran.

           Tertakluk kepada arahan pendaftaran, setiap pasangan akan didaftarkan sebagai anak yang dilahirkan di dalam perkahwinan, namun ada masanya seseorang anak tidak layak dibin/dibintikan kepada nama suami/bapa kanak-kanak tersebut.

           Amalan ini tidak berlaku bagi pasangan yang berkahwin dan melahirkan anak pada era 1970an dan awal 1980an (di Johor) dan dengan keadaan ini dapat memudahkan urusan selainnya seperti perwalian dan sebagainya.

  4. Hadhanah.

           Penjagaan anak tak sah taraf adalah dibawah penjagaan ibunya. Seksyen 86. “Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.”/p>

  5. Nafkah.

           Seksyen 81(1) “Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal ini dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.”

           Seksyen ini memberi maksud bahawa anak tidak sah taraf dibawah saraan ibunya. Tidak kepada lelaki yang bersama ibunya.

  6. Perwalian.

           Seksyen 7(2) “Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.”

           Iaitu anak luar nikah tidak mempunyai wali dan perlu kepada wali hakim jika hendak bernikah. Anak luar nikah tidak dinasabkan kepada mana-mana lelaki, sebaliknya dinasabkan kepada ibunya/keturunanya.

  7. Perwarisan.

           Begitu juga dalam hal berkaitan pusaka, anak tidak sah taraf tidak memiliki apa-apa bahagian sekalipun daripada lelaki bernama bapa. Kerana nasabnya tidak ada dihubungkan kepada lelaki (bapa), nasabnya hanya kepada si ibu. Dan jika si ibu yang meninggal, dia berhak mendapatkan bahagiannya.

Kesimpulan

       Catatan ringkas ini cuba memberi gambaran dari awal hingga ke akhirnya berkaitan ketidaksahtarafan seseorang anak, dengan hanya menyentuh berkaitan hukum dan padangan ulama’, disamping melihat masalah yang berbangkit daripada keadaan tersebut.

       Realitinya, dengan memperkatakan tentang ketidaksahtarafan seseorang anak adalah sesuatu bebanan yang patut dihindarkan. Oleh yang demikian, apa-apa langkah yang mampu diambil bagi mengelakkan dari berlaku dan meramaikan golongan anak tak sah taraf patut disegera dan dijalankan.

Anda adalah Pengunjung Ke

[ DASAR PRIVASI DAN DASAR KESELAMATAN ]
Paparan Terbaik (Resolusi Skrin 1024 x 768 pixels)
Pelayar (Internet Explorer, Mozilla Firefox)
Hak Cipta © 2010, JKSNJ. Hakcipta Terpelihara
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR

PENAFIAN: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.