Tukar Bahasa : english English | | Edisi Mobil | 23 May 2012

Piagam Pelanggan


Tarikh dikemaskini : May 04, 2011 | Bookmark and Share

Kami berjanji :

• Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, pembangunan dan pemerkasaan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut :

* Cepat dalam semua tindakan;
* Tepat dan telus dalam membuat keputusan;
* Layanan yang mesra kepada pelanggan;
* Menepati masa yang dijanjikan;
* Adil dan saksama dalam pertimbangan;
* Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi dan boleh dipercayai dan;
* Mematuhi undang-undang, dasar dan peraturan.

• Membangunkan organisasi perkhidmatan awam negeri yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi dan perjawatan yang berterusan selaras dengan skop tanggung jawab semasa supaya dapat berfungsi dengan optimum;

• Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota perkhidmatan awam negeri melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika serta piawaian amalan yang ditetapkan;

• Meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kerjaya modal insan anggota perkhidmatan awam negeri melalui latihan pra-perkhidmatan dan perkhidmatan ke arah prestasi yang cemerlang;

• Memastikan hubungan yang harmoni antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara meluas dan menyeluruh bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama;

• Memastikan perancangan, pemantauan dan penyelarasan segala program di peringkat negeri seiring dengan matlamat dasar pembangunan negara serta menyediakan perancangan makro, pembangunan ekonomi, penduduk, pekerjaan dan pendapatan negeri bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang secara teratur, terancang dan berterusan;

• Meningkatkan pengurusan dan penyelarasan pembangunan ICT di semua agensi kerajaan, anggota perkhidmatan awam negeri dan rakyat secara menyeluruh dan berterusan;

• Memastikan penyediaan kemudahan perumahan yang bersesuaian dengan keperluan semua golongan sasar dan dasar kerajaan dilaksanakan dengan terancang dan berkesan;

• Memastikan perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan KPKT bagi meningkatkan kualiti hidup di semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor;

• Melaksana dan memberi khidmat nasihat protokol, istiadat dan aturcara rasmi bagi semua program di peringkan kebangsaan, negeri dan daerah secara teratur;

• Memastikan perancangan, perangkaan, pengawalan dan penelitian projek-projek pembangunan secara menyeluruh demi kemajuan Negeri Johor;

• Memastikan pengawalan, penyediaan dan penyelarasan kertas-kertas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diuruskan dengan teratur;

• Melestarikan hutan dalam bandar dengan melaksanakan pembangunan projek-projek landskap yang teratur serta terancang;

• Membangunkan perancangan kemajuan dan kemudahan sukan yang menyeluruh demi kesejahteraan rakyat;

• Memastikan pengurusan dan pemeliharaan sumber serta kualiti air di Negeri Johor terjamin, selamat dan bersih;

• Memastikan respons kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan;

• Mentadbir, menyemak, meneliti dan seterusnya memberi khidmat nasihat berkaitan aspek perundangan yang melibatkan UPEN, Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

• Mentadbir, mengkaji dan menggubal semua prosedur kerja, akta, undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan demi kelancaran urusan kerajaan negeri.


Pautan Pintas Dan Media Sosial