Saturday, 04 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Soalan Lazim
Tarikh Kemaskini: May 18, 2011 •    Bookmark and Share

Soalan Lazim

  1. Apakah itu Johordt?
    Johordt adalah singkatan untuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor. Johordt merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor melalui Internet.
  2. Mengapa Johordt diwujudkan?
    Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor telah disediakan secara online dan Johordt diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
  3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Johordt?
    Umumnya, Johordt boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.
  4. Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
    Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Johordt tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi' di bahagian bawah setiap halaman.
  5. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Johordt?
    Anda boleh menghubungi:-
    Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT)
    Tel: 07-266 6660 atau 07-266 6661
    Faks: 07-266 1667 atau 07-266 1668
    Emel: ustict@johor.gov.my
  6. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada agensi-agensi Kerajaan?
    Tekan pautan pada E-Jawab di bahagian atas, kemudian anda dikehendaki untuk mendaftar keahlian sebelum membolehkan anda untuk menghantar maklumbalas ataupun aduan.