Kerajaan Johor: RSS Johor Online & Pengumuman
    <dc:language>ms</dc:language>
RM12.3 j baiki, bina kemudahan asas
      <description>LEDANG 1 Feb. - Majlis Daerah Tangkak (MDT) memperuntukkan RM12.3 juta pada tahun ini untuk menambah baik dan membina infrastruktur serta kemudahan awam seperti jalan raya, parit dan lampu jalan di beberapa kawasan pekan, taman dan tempat rekreasi di daerah ini.
Yang Dipertua MDT, Ab. Han Ramin berkata, daripada jumlah itu RM2.7 juta diperuntukkan di Grisek, RM3.6 juta (Kundang Ulu), RM3 juta (Tanjung Agas), RM3 juta (kawasan rekreasi di kaki Gunung Ledang).
“Projek itu akan dilakukan secara berperingkat dan ini membuktikan MDT tidak hanya menumpukan pembangunan di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.
“Selain memberi keselesaan, projek pembangunan itu juga dapat mewujudkan persekitaran selamat misalnya penambahan tiang-tiang lampu di kawasan tertentu. Langkah itu dapat mencegah jenayah dan menghindarkan maksiat terutama di taman-taman perumahan dan tempat-tempat rekreasi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dan pelancaran Kempen Amalan Senyum 2012 peringkat MDT di bangunan majlis itu di Tangkak semalam.
Penambahbaikan itu katanya, akan meningkatkan imej daerah ini yang terkenal dengan keistimewaan gunung itu dan juga dikenali dengan jolokan bandar tekstil.
Mengenai kawasan letak kereta terhad di bandar Tangkak untuk pengunjung ke kedai kain, beliau berkata, masalah itu sudah diatasi dengan cara meletakkan kereta di belakang barisan lot kedai kain atau berdekatan Masjid Tangkak.
Dua kawasan tersebut katanya, dikhususkan untuk tempat meletak kereta dan dari tempat itu disediakan lorong pejalan kaki sehingga ke kedai-kedai kain.</description>
      <dc:subject>Pelaburan,</dc:subject>
MBJB peruntuk RM34 juta laksana 127 projek tahun ini
      <description>JOHOR BAHRU 30 Jan. - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntukkan dana RM34 juta bagi melaksanakan sebanyak 127 projek pembangunan kawasan industri, bandar selamat dan penyelenggaraan jalan utama sepanjang tahun ini.
Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, sebanyak 73 projek menyelenggara jalan raya yang berdaftar di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) dengan anggaran peruntukan RM28 juta akan dilaksanakan selain RM2.4 juta pula bagi menyelenggara jalan utama melibatkan tujuh projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta RM2.1 juta bagi 45 projek bandar selamat.
“Baki yang berjumlah RM1.8 juta pula akan melibatkan dua projek menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk pembangunan kawasan industri,” katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB di sini hari ini.
Beliau berkata, semua dana tersebut merupakan salah satu usaha memacu pembangunan sedia ada selain menambah baik prasarana yang terdapat di sekitar bandar raya ini.
Mengenai Unit Tindakan Cepat (UTC) MBJB, Burhan berkata, pihaknya akan menambah empat kumpulan bagi memantapkan unit berkenaan dengan jumlah keseluruhan menjadi lapan unit.
“Unit ini banyak membantu MBJB menyelesaikan aduan melibatkan kerja-kerja pembaikan jalan, pembersihan halangan seperti mencantas pokok serta pembersihan tumpahan bahan-bahan binaan di samping kerja-kerja penurapan jalan.
“Unit ini juga sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan dengan cepat tanpa mengira masa bagi menyelesaikan sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pengadu,” katanya.
Bagi memberi motivasi kepada unit tersebut, MBJB menambah 15 buah kenderaan seperti lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
Selesai mempengerusikan mesyuarat itu, Burhan turut menepung tawar kenderaan yang diperuntukkan kepada UTC di pekarangan Bangunan MBJB di sini.</description>
      <dc:subject>Pelaburan,</dc:subject>
Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Johor
      <description>Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor mempelawa Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim dan Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga ( 3 ) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  Adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut :
  Akauntan Gred W1-1
  Pegawai Syariah Gred LS1-1
  Penolong Pegawai Syariah Gred LS3-1
  Penolong Jurutera Gred J2-1
  Penghulu Gred NP3-1
  Penolong Pegawai Tanah Gred NT3-1
Muat turun Iklan Jawatan.
Borang Permohonan di isi secara pre-online pada Portal Rasmi SPAJ
  Tarikh Tutup Permohonan sebelum atau pada 17 Februrari 2012.</description>
      <dc:subject>Pengumuman,</dc:subject>
BR1M: Rakyat perlu menilai dengan bijak
      <description>KOTA TINGGI 26 Jan. - Rakyat perlu menilai dengan bijak dan rasional bagi setiap bantuan yang disediakan oleh kerajaan kerana pelbagai langkah pembangunan telah direncanakan untuk semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan politik.
Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pelbagai usaha kerajaan melalui beberapa program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap nasib golongan miskin dan berpendapatan rendah di negara ini.
“Ia secara jelas menterjemahkan keupayaan ekonomi negara serta kepimpinan yang cekap dan mampu memberi jaminan kesejahteraan terhadap golongan berpendapatan rendah.
“Keupayaan memberi kesejahteraan menerusi bantuan kebajikan itu hanya mampu dilakukan oleh kerajaan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan BR1M kepada seramai 272 orang penerima di Dewan Raya Taman Seri Saujana di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Abd. Halim Abd. Jalil.
Pembayaran BR1M dibuat secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan kesesakan selain memudahkan urusan bermula Ahad lalu di Dewan Taman Kota Jaya (491 orang), Isnin di Dewan Teratai Kampung Batu 4 (389 orang), Selasa di Dewan Bandaran Kejora Bandar Tenggara (260 orang) dan Dewan Kampung Semanggar Dalam (220 orang) dan semalam di Dewanraya Taman Seri Saujana (272 orang).
Menurut Halimah, 1,632 orang daripada 12,000 pemohon di kawasan Tenggara menerima bantuan itu bagi fasa pertama yang melibatkan peruntukan RM816,000 dan beliau berharap pemohon yang belum menerima surat daripada Pejabat Daerah dapat bersabar menunggu fasa seterusnya
Seorang penerima cacat anggota, Mohd. Hasri Abdullah, 25, bersyukur apabila terpilih menerima bantuan BR1M bagi fasa pertama yang akan digunakan untuk menyambut kelahiran anak sulungnya pada Mei ini.
“Terima kasih kepada kerajaan kerana bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat,” katanya yang cacat anggota bahagian tangan dan kaki kanan akibat kemalangan jalan raya kira-kira tujuh tahun lalu.
Buat pesakit kronik kencing manis, Abdullah Abas, 55, dari Taman Kemang di sini, dia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wakil rakyat dan semua petugas yang berjaya melaksanakan program itu dengan teratur.</description>
Jadual Kursus Komputer di Unit Sains Teknologi dan ICT Johor Bagi 2012
      <description>Nota:
  * Tarikh Adalah Tertakluk kepada perubahan
  ** Tempat kursus akan dinyatakan kemudian
*** Semua permohonan hendaklah dibuat secara online mulai 1 Januari 2011 di Sistem Maklumat Latihan ICT Negeri Johor
      Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.</description>
      <dc:subject>Pengumuman,</dc:subject>
19 pekebun kecil terima bantuan
      <description>LEDANG 25 Jan. - Seramai 19 pekebun kecil di Tangkak menerima bantuan peralatan di bawah skim Program Galakan Usahawan (PGU) serta insentif untuk kebun integrasi dan tanaman selingan sebanyak RM9,000 di Pejabat Pertanian Ledang, Tangkak di sini baru-baru ini.
Daripada jumlah itu, tiga pekebun kecil menerima peralatan antaranya mesin memproses makanan dan ketuhar manakala empat peserta kebun integrasi mendapat wang tunai RM750 setiap seorang dan 12 peserta tanaman selingan mendapat wang tunai RM500 seorang.
Bantuan dan insentif itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee pada majlis yang turut dihadiri Pegawai Pertanian Daerah Ledang, Abdullah Rashidi.
Tee Tee berkata, bantuan peralatan itu adalah bagi memastikan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dapat meningkatkan produktiviti selain mengembangkan perniagaan sementara insentif pula bertujuan menggalakkan tanaman selingan bagi membolehkan penggunaan tanah secara optimum.</description>
UTM tawar pendidikan perisian
      <description>JOHOR BAHRU 24 Jan. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama syarikat Hewlett-Packard (M) Sdn. Bhd. (HP) dan Technology Education Leader Sdn. Bhd. (TEL) dalam menawarkan Program Pendidikan Perisian kepada 100 mahasiswa universiti berkenaan.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, program tersebut ditawarkan kepada penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang akan menamatkan pengajian Jun ini yang mana mereka perlu melalui proses penapisan terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengikuti program selama enam minggu itu.
“MoU yang pertama kali diadakan di antara UTM dengan kedua-dua syarikat ini bertujuan meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa, khususnya dalam bidang perisian.
“Kedua-dua syarikat ini juga akan memantau perkembangan penuntut berkenaan, selain mendapatkan kerja bagi peserta terlibat di dalam syarikat berkenaan sebaik tamat kursus,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU bersama Pengarah HP Asia Tenggara, Ivan Ng dan Pengerusi TEL, Datuk Ibrahim Thamby Chik di Bangunan Canselori Sultan Ibrahim UTM di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TEL, Datin Zaharah Jelani dan Pengurus Negara HP, Chew Kai Peng.
Menurut Zaini, kedua-dua syarikat berkenaan akan menyediakan latihan peringkat industri, tenaga pengajar terlatih dan perisian latihan sepanjang program berkenaan.
“Kerjasama seumpama ini diharap dapat meningkatkan kualiti graduan dan program pengajian di UTM dalam memenuhi keperluan semasa industri terutama dalam bidang perisian komputer.
“Ia juga diharap menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih meluas dan perkongsian kepakaran seperti penubuhan makmal pengujian perisian di UTM pada masa akan datang,” katanya.
Katanya, program dua tahun itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang kerana dilihat banyak memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.</description>
96 buah Sekolah Agama  di bina di Johor
      <description>JOHOR BAHRU 20 Jan. - Kerajaan negeri akan membangunkan 96 sekolah agama dengan kos dianggarkan RM224 juta dalam tempoh dua tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, semua sekolah tersebut yang dijadualkan siap Mac 2013 akan dibina dalam empat fasa, dengan fasa pertama melibatkan pembinaan 25 sekolah.
Menurutnya, enam daripada 25 sekolah tersebut dijangka siap Mac ini, manakala 10 lagi pada April dan selebihnya sebelum penghujung tahun.
“Baki 71 sekolah lagi dijangka siap sepenuhnya pada 2013. Pembinaan semua sekolah itu bagi memenuhi keperluan sekolah agama yang semakin meningkat di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Sekolah Agama Taman Molek di sini semalam.
Selain Sekolah Agama Taman Molek, Zainal Abidin turut melawat tapak projek pembinaan Sekolah Agama Bandar Putra, Sekolah Agama Kota Kulai dan Sekolah Agama Taman Pulai Indah.
Menurutnya, bagi merealisasikan projek itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mencapai persetujuan untuk melantik syarikat bumiputera, MysysNet Development Sdn. Bhd. (MysysNet) bagi melaksanakan projek tersebut.
Mengulas projek Sekolah Agama Taman Molek, Ketua Pegawai Eksekutif MysysNet, Md. Sees Md. Ali berkata, projek itu sudah 70 peratus siap dan pembinaannya berjalan mengikut jadual.
“Apabila siap Mac nanti, sekolah ini yang dibina dengan kos RM2.2 juta akan mempunyai 10 kelas dan dijangka dapat diserahkan kepada kerajaan negeri dalam tempoh dua bulan,” katanya.</description>
UTHM bakal jadikan Kluang bandar ilmu
      <description>JOHOR BAHRU 19 Jan. - Dalam usaha meneroka, membangun serta mengembangkan ilmu pengetahuan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menubuhkan Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) di Kluang yang menfokuskan konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH).
Majlis perasmian yang diadakan pada 17 Januari 2012 tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Dr. Hou Kok Chung.
Beliau dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan CEC UTHM di bandar Kluang ini merupakan satu langkah bijak dan tepat kerana Kluang merupakan sebuah bandar yang berpotensi untuk dijadikan bandar ilmu pada masa akan datang.
“Sebagai Ahli Parlimen Kluang, pembukaan cawangan ini memberi peluang kepada saya untuk mempromosikan CEC dalam lawatan kerja saya ke dalam dan luar negara dan diharapkan usaha ini dapat menarik seramai mungkin pelajar tempatan mahupun pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah mereka di sini,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya juga merancang untuk meluaskan akses pengajian pasca siswazah di CEC, UTHM Kluang ini dengan menggandingkan lebih banyak universiti luar negara terutamanya dari China dan Taiwan dengan UTHM.
Terbaru, pihaknya bersama UTHM sedang merancang untuk menubuhkan program Kejuruteraan Keretapi di Kluang memandangkan daerah ini mempunyai stesen kereta api yang dapat memenuhi tuntutan pembelajaran dan pengajaran bagi program ini.
Sementara itu, Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin dalam ucapannya berkata, bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa releven dengan kehendak industri, pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan CEC ini telah diterapkan dengan elemen kemahiran insaniah dan kemahiran bahasa inggeris melalui kursus-kursus dan program yang ditawarkan.</description>
      <dc:subject>Pelaburan,</dc:subject>
Pertandingan Mencipta Logo Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)
Syarat-syarat dan Borang Penyertaan</description>
      <dc:subject>Pengumuman,</dc:subject>