Kerajaan Johor: RSS Johor Online & Pengumuman
Johor International Treasure Hunt 2013
USTICT: Tawaran Sebutharga USTICT/01/2013
1.
NO. SEBUTHARGA SHSO USTICT/01/2013
Membekal, Memasang, Mentauliah dan Menyelenggara 50 unit komputer peribadi bagi kegunaan Jabatan-Jabatan Kerajaan di Seluruh Negeri Johor
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun sebutharga sebagaimana di bawah
Makluman Potret Rasmi DYMM Sultan Johor , DYMM Raja Zarith Sofiah , Tunku Mahkota Johor
1 set Potret  / RM450.00
Sila hubungi:-
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
(Bahagian Pengurusan)
Aras 1, Bangunan Dato Jaffar Muhammad
Kota Iskandar, 79100 Nusajaya, Johor Darul Ta'zim.
General Line : 07-266 6070 / 07-266 6071
Jawatan Kosong: SUKJ Bahagian Perumahan
Gelaran Jawatan
Pekerja Awam (Lelaki)
Klasifikasi
Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir
Kump. Perkhidmatan
Pelaksana
Gred Gaji
R1
Taraf Jawatan
Tetap
Gaji Permulaan
P1T1 - RM823.98
Jadual Gaji
Peringkat
Gaji Minimum
Gaji Maksimum
P1
RM823.98
RM1,411.63
Tarikh Tutup Permohonan
31 Mei 2013
Maklumat lanjut boleh dimuat turun di bawah:
Iklan Jawatan Kosong
Penantian lebih 40 tahun berakhir
Bangunan yang mempunyai enam bilik darjah serta kemudahan lain seperti bilik guru dan kantin itu mula dibina pada 2009 dan siap sepenuhnya pada tahun lalu, merupakan bangunan sekolah agama kedua yang mula digunakan dalam daerah Segamat selain di Bukit Kledang, Jementah.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, penduduk setempat telah membuat permohonan untuk memiliki bangunan sendiri sejak 1969 dan kesabaran mereka berbaloi apabila mendapat bangunan yang serba lengkap dan moden.
“Bangunan ini merupakan hasil daripada penswastaan yang dijalankan oleh kerajaan Johor yang bercadang membina sebanyak 121 bangunan sekolah agama di seluruh negeri sepanjang tempoh 2010 hingga 2015 melalui sistem tersebut.
“Sebenarnya, kerajaan negeri hanya memberikan peruntukan sejumlah RM10 hingga RM12 juta setahun untuk membina bangunan sekolah agama di seluruh negeri setiap tahun dan sukar bagi memenuhi keperluan yang begitu banyak sekiranya sistem penswastaan tidak dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan program kemasukan murid ke sekolah agama itu semalam. Turut hadir Pegawai Pendidikan Agama Daerah Segamat, Zamri Mo’men.
Bangunan baru yang serba lengkap ini diharap memberi semangat baru dan keselesaan serta keputusan yang lebih cemerlang kepada pelajar berbanding ketika menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Pogoh sebelum ini.
Dalam pada itu, Ayub berkata, cabaran yang bakal dihadapi oleh umat Islam pada masa depan berbeza dengan apa yang ada pada hari ini dan memerlukan persiapan rapi dari segala aspek termasuk ilmiah dan rohani agar golongan generasi muda tidak mudah dipesongkan akidahnya apabila dewasa nanti.
Menurutnya, musuh umat Islam bukan sahaja dari satu arah yang sentiasa mahu memesongkan akidah, malah dari segenap penjuru termasuk dalam kalangan orang Islam yang mula berani membenarkan kalimah Allah digunakan orang bukan Islam.
“Membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam akan hanya menimbulkan kecelaruan dan bagaimana nanti sekiranya tertera kalimah Allah di pusat ibadat bukan Islam, bukankah itu akan mendatangkan kekeliruan bagi mereka yang kurang pendidikan agama,” katanya.
Pembukaan Kaunter Cukai Tanah di Pejabat Tanah Johor Bahru pada Hari Sabtu
Muat Turun Teks Ucapan Bajet Negeri Johor 2012
TAHUN 2013
Oleh:
YANG AMAT BERHORMAT DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
DK., SPMJ, PIS
MENTERI BESAR JOHOR
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
BERTARIKH 7 DISEMBER 2012
Wajah baharu Muar hampir siap
Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, antara aspek utama yang diberi tumpuan adalah menaik taraf infrastruktur dan kemudahan asas di bandar ini bagi memastikan sambutan itu meriah dan berjalan lancar.
“Dari segi infrastruktur sudah 95 peratus siap, contohnya jalan-jalan sudah dinaik taraf, Dewan Jubli Intan dan mercu tanda di Bulatan Sulaiman juga hampir siap selain bangunan di bandar Muar banyak yang sudah dicat.
“Begitu juga urusan pengurusan majlis, jamuan dan sebagainya boleh dikatakan sudah 90 peratus siap,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri Bentayan, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi JPMM DUN Bentayan, Chriss Lee Ching Yong; Pengurus Besar Kumpulan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), Adnan Ibrahim dan Pegawai Komunikasi Korporat SWM, Choo Chiau Seng.
Abdul Rahman berharap, penduduk Muar memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan bagi menjayakan sambutan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan di sini dan menjemput mereka menghadiri pelbagai acara yang diadakan sepanjang lima hari itu.
Sementara itu, Ching Yong yang juga Pegawai Khas Menteri Besar berkata, program gotong-royong perdana sempena sambutan itu yang dimulakan semalam di Jalan Yahya-Jalan Daud, Jalan Haji Abu dan Jalan Bentayan akan diteruskan hingga 20 November ini.
Beliau berkata, aktiviti itu melibatkan banyak pihak termasuk Pejabat Daerah Muar, Balai Bomba dan Penyelamat, Pejabat Pertanian daerah, SWM, Dewan Perniagaan Cina dan Persatuan Penjaja Jalan Ali dan Bentayan.
Beliau meminta orang ramai memberikan komitmen tinggi untuk menjayakan program tersebut supaya dapat dilakukan mengikut masa yang ditetapkan bagi memastikan bandar ini bersih dan bebas daripada sampah sarap.
Selain itu, Chiau Seng meminta orang ramai supaya mengikat bungkusan sampah sebelum membuangnya ke dalam tong yang disediakan dan bukan mencampakkannya ke longkang kerana tindakan itu boleh mengakibatkan banjir kilat.
Lebih 100,000 sambut Hari Keputeraan Sultan Johor
Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, sambutan dimulakan pukul 6 petang pada 21 November dengan majlis tahlil dan doa kesyukuran sempena pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini.
Beliau berkata, sambutan sebenar bermula pada 22 November bermula pukul 8 pagi dengan pemeriksaan barisan kehormat dan tabik hormat diraja di Jalan Arab sebelum majlis pengurniaan bintang kebesaran serta pingat berlangsung di Dewan Jubli Intan di sini.
“Ini adalah pertama kali majlis pengurniaan bintang kebesaran dan pingat dilakukan di luar dari Istana Besar, Johor Bahru selepas 125 tahun diadakan di situ. Kemudian diikuti jamuan teh bersama rakyat di Stadium Sultan Ibrahim, di sini (3 petang) dan forum perdana di Masjid Jamek Sultan Ibrahim (9 malam).
“Pada 23 November pula, Sultan Johor akan merasmikan Masjid Al-Ikhsan Batu 18, Air Hitam (9 pagi) sebelum berlangsungnya perarakan kereta berhias (9.30 malam),” katanya di sini baru-baru ini.
Abdul Rahman berkata, lebih 20 kereta berhias akan berarak sejauh empat kilometer bermula dari bandar ini sebelum berakhir di Dataran Tanjung Emas dan orang ramai diminta berada di sepanjang jalan itu untuk menyaksikannya.
Pada 24 November pula diadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring di stadium itu serta pertandingan futsal di Pusat Rakan Muda, Tanjung Emas yang bermula serentak (8 pagi) sebelum Majlis Istiadat Sempena Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di Dataran Tanjung Emas (8.30 pagi).
Sambutan diteruskan dengan Cabaran Jet Ski Antarabangsa di pesisiran Sungai Muar (2.30 petang) yang disertai lapan negara, antaranya Singapura, Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat sebelum berlangsung Majlis Kurniaan Bungkusan oleh Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah kepada golongan kurang bernasib baik di Dewan Nur, Jalan Junid (3 petang).
Beliau berkata, sambutan pada hari ketiga diakhiri dengan persembahan kebudayaan dan kesenian oleh artis-artis tempatan di stadium dan pada 24 November pula pertandingan jet ski disambung semula (8 pagi).
“Pada masa sama diadakan pertandingan bola sepak, futsal, bola jaring (8 pagi) sebelum acara yang disertai lebih 50 bot berhias berlangsung di tepi sungai Muar (8.30 malam) dan pertunjukan bunga api di Dataran Tanjung Emas (11.30 malam).
“Sambutan tersebut akan berakhir pada 26 November dengan Demonstrasi Sukan Teras Johor dan derma darah yang kedua-duanya berlangsung di Dewan Jubli Intan (9 pagi),” katanya sambil menjemput orang ramai memeriahkan sambutan tersebut.
Bazar Karat ‘Bus Stand’ tarikan baru Kulaijaya
Pengerusi Koperasi Wawasan Melayu Kulaijaya, Sameon Sahlan berkata, menggunakan konsep serupa dengan Bazar Karat di Johor Bahru, pembukaannya memberi peluang kepada penduduk daerah ini mendapatkan pelbagai barangan dengan harga lebih murah
Menurutnya, bazar karat ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menyediakan pelbagai barangan jualan yang tidak dijual di kebanyakan bazar seumpamanya malah kini sedang mengusahakan ruang niaga khusus kepada kaum Cina dan India yang mempunyai pelbagai barangan menarik seperti sari dan cheongsam.
“Selain menambah kepelbagaian barangan yang dijual di bazar itu, ia juga memberi ruang kepada masyarakat berkenaan berniaga. Pada masa sama, peniaga juga menawarkan harga diskaun menarik kepada pengunjung bertuah pada malam minggu.
“Dengan adanya bazar karat ini, pihaknya menjangkakan lebih ramai pengunjung akan hadir, sekali gus memeriahkan suasana terutama pada hujung minggu membabitkan penduduk sekitar yang tinggal berhampiran daerah Kulaijaya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Bazar yang beroperasi dari pukul 5 petang hingga 3 pagi ini turut mendapat sokongan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang memberikan amanat kepada Koperasi Wawasan Melayu Kulaijaya bagi membantu menjayakan usahawan kecil menjalankan perniagaan.
Sementara itu seorang peniaga, Jufri Mohd., 35 berkata golongan muda di daerah ini seharusnya merebut peluang yang ada kerana sektor perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah dan boleh memberikan keuntungan.
“Saya merasakan penguasaan dalam ilmu mengenai dunia perniagaan amat penting untuk memastikan impian saya dapat dicapai, sekali gus membantu keluarga saya,” ujarnya.