Thursday, 09 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Johor Online > Pelaburan
Dec 12, 2008 - 10:26 AM •    Bookmark and Share

Waterfront City dan Kemayan City akan dipulihkan

JOHOR BAHRU, 11 Dis: Bangunan kompleks membeli belah Waterfront City dan Kemayan City di bandar raya ini yang terbiar atau terbengkalai sejak beberapa tahun lalu akan dipulihkan tidak lama lagi di bawah pengurusan pemaju baru.

Bagi bangunan Waterfront City, Lot 1 sudah dibeli syarikat dari Dubai dengan harga RM600 juta, manakala pembeli runcit asal bangunan Kemayan City sudah bersetuju menyerahkan hak milik mereka kepada pemaju baru.

Ini dinyatakan Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, mengenai tindakan pemulihan yang diambil kerajaan negeri terhadap bangunan terbiar atau terbengkalai di Johor, semasa menggulung perbahasan portfolio beliau di sidang Dewan Negeri, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan itu juga berkata, selain dua projek berkenaa, projek terbiara atau terbengkalai lain turut diberi diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.

Katanya, usaha pemulihan itu dibuat melalui Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), yang meniliti status perundangan, pegangan saham dan kedudukan kewangan projek terbabit bagi memastikan ia dapat dipulihkan segera seiring dengan pembangunan di Iskandar Malaysia.

Jelasnya lagi, Majlis Bandaraya Johor Bahru pula mewujudkan dasar khas memberi insentif kepada pemaju yang berminat memulihkan projek terbiar atau terbengkalai, mengadakan perbincangan serta memberi khidmat nasihat kepada pihak yang berminat membangunkannya.

Abdul Ghani, berkata keselamatan penduduk di sekitar bangunan terbiar atau terbengkalai turut diberi perhatian melalui pemantauan pihak berkuasa tempatan sebelum kerja baik pulih dijalankan.

Usaha pemulihan bangunan terbiar atau terbengkalai sudah menampakkan hasil apabila Danga City Mall yang dulunya dikenali sebagai Best World mula beroperasi Julai lalu.


Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Menteri Besar, 12 Disember 2008

Berita ini telah dibaca sebanyak 17840 kali