Saturday, 11 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Johor Online > Pelaburan
Aug 13, 2008 - 10:33 AM •    Bookmark and Share

Tanda kasih Tunku Ibrahim

SETIAP tahun rakyat negeri Johor sememangnya ternanti-nanti peluang untuk bertemu dan mengenali dengan lebih dekat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ).

Pendekatan baginda yang melupakan soal protokol apabila berdampingan dengan rakyat pelbagai kaum amat disenangi penduduk negeri di selatan tanah air itu. Tidak hairanlah jika Tunku Ibrahim disambut meriah setiap kali singgah di destinasi program ini.

Seringkali penjelajahan ini menggunakan motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson yang dicat warna kuning berbelang hitam seperti seekor harimau. “Ia memang dipanggil motor harimau,” kata Tunku Ibrahim ketawa. Gambar kepala haiwan itu turut terpampang di sebelah kanan tangki motosikal itu.

Selepas menumpukan pengembaraan ke pulau-pulau sekitar Johor tahun lalu, motor harimau itu kembali mengaum. johor

KMJ 2008 bermula hari ini. Ia melibatkan perjalanan dari Johor Bahru sejauh 910 kilometer. Tempat persinggahannya termasuk Pontian, Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat, Labis, Kluang, Felda Endau, Mersing, Kota Tinggi dan berakhir di Kulai Jaya, Ahad ini.

Masih mengekalkan konsep mesra rakyat, Tunku Ibrahim memberi jaminan ada kelainan pada program selama empat hari tiga malam ini berbanding kembara terdahulu.

Menurut baginda, pada tahun ini terdapat sedikit perubahan pada jadual perjalanan bagi membolehkan baginda mempunyai lebih banyak masa bersama rakyat. Program yang diatur tidak terlalu padat.

“Jika banyak sangat atur cara, ia akan membataskan masa saya untuk berdampingan dengan rakyat jelata. Lagipun saya perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam tempoh yang singkat.

“Jadi mengurangkan atur cara sebenarnya lebih bijak,” kata baginda dalam satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini.

Selepas menumpukan pengembaraan ke pulau-pulau sekitar Johor tahun lalu, motor harimau itu kembali mengaum.

KMJ 2008 bermula hari ini. Ia melibatkan perjalanan dari Johor Bahru sejauh 910 kilometer. Tempat persinggahannya termasuk Pontian, Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat, Labis, Kluang, Felda Endau, Mersing, Kota Tinggi dan berakhir di Kulai Jaya, Ahad ini.

Masih mengekalkan konsep mesra rakyat, Tunku Ibrahim memberi jaminan ada kelainan pada program selama empat hari tiga malam ini berbanding kembara terdahulu.

Menurut baginda, pada tahun ini terdapat sedikit perubahan pada jadual perjalanan bagi membolehkan baginda mempunyai lebih banyak masa bersama rakyat. Program yang diatur tidak terlalu padat.

Jika banyak sangat atur cara, ia akan membataskan masa saya untuk berdampingan dengan rakyat jelata. Lagipun saya perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam tempoh yang singkat.

Jadi mengurangkan atur cara sebenarnya lebih bijak,” kata baginda dalam satu pertemuan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini.

Pada KMJ 2008 ini, Tunku Ibrahim Ismail ingin mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dengan mengadakan acara getah gundu pada acara sukan rakyat, selain tarik tali dan basikal polo.

Kata baginda, getah gundu ada nostalgianya sendiri kepada baginda. Jadi baginda mahu kanak-kanak pada zaman serba canggih ini mengenalinya agar ia tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

“Kanak-kanak sekarang hanya tahu membeli permainan yang diminati di kedai. Tapi dulu saya membuatnya sendiri termasuk getah gundu ini,” ujar baginda tersenyum.

Bercakap tentang ahli rombongan, baginda menegaskan selain isteri, baginda gemar anak-anaknya menyertai KMJ setiap tahun.

Tapi tidak semua yang kita hendak itu akan tercapai kerana masing-masing ada komitmen yang perlu dilakukan.

Raja Muda Johor, Tunku Ismail mungkin dapat bersama KMJ selama dua hari kerana terikat dengan jadual di kem.

“Begitu juga dengan Tunku Idris. Tetapi anak-anak yang lain, saya rasa tidak ada masalah untuk bersama sepanjang kembara. Kalau tidak ada anak-anak, kemeriahan kembara akan terasa kurangnya walaupun program yang disusun cukup padat,” ujar baginda.

Sambil menunjukkan lesen memandunya, Tunku Ibrahim berkata, selain bermesra dengan rakyat jelata, tujuan bermotor ialah untuk mengajak golongan muda supaya menghindari gejala tidak sihat.

Saya hendak ajak rakyat supaya sentiasa menunggang motosikal dalam keadaan cermat dan selamat. Semaikan dalam diri agar kita menjadi penunggang motosikal yang sentiasa mengamalkan disiplin khususnya ketika berada di jalan raya.

Kalau jatuh motosikal pun sakit, inikan pula jika terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Hendak paksa supaya ikut cara saya menunggang motosikal memang tidak boleh tetapi itulah nasihat yang dapat saya berikan kepada mereka sempena kembara bermotosikal tahun ini,” jelas baginda.

Mengakhiri perbualan, baginda berharap KMJ 2008 akan berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. “Kalau ditakdirkan hujan, saya akan teruskan juga seperti yang telah dirancang,” ujar baginda.

Oleh : Azimi Mustapha dan Hamdan Othman

Berita ini telah dibaca sebanyak 16181 kali