Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Tambang teksi ke Singapura RM15

Ditulis pada 03/04/2009 11:59:00

JOHOR BAHRU 2 April – Tambang teksi dari Johor Bahru ke Singapura yang dahulunya hanya RM10 dinaikkan kepada RM15 berkuatkuasa hari ini.

Pemangku Pengerusi Gabungan Teks Johor Bahru-Singapura, Ahmad Othman berkata, kenaikan sebanyak RM5 itu telah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), baru-baru ini.

Beliau berkata, kenaikan itu bagi menampung kos bahan api dan kadar sistem pembayaran elektronik (ERP) yang perlu dibayar di dua laluan memasuki Singapura iaitu sekitar RM8.

Menurutnya, kenaikan tersebut turut mengambil kira kesesakan jalan raya yang perlu diharungi oleh pemandu teksi laluan itu.

“Kadar tambang baru itu masih murah berbanding dengan bayaran S$10 (RM24) yang dikenakan jika menggunakan teksi dari Singapura ke Johor Bahru.

“Saya harap penumpang tidak terkeliru dengan kadar baru tambang yang dikenakan berkuat kuasa hari ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu Ahmad berkata, pihaknya perlu memberikan perkhidmatan setimpal dengan kadar bayaran yang dikenakan ke atas penumpang.


Sumber: Utusan Malaysia, 3 April 2009

Halaman ini telah dibaca sebanyak 7760 kali

^ Atas