Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

SWM sediakan tong sampah

Ditulis pada 16/09/2009 11:45:00

JOHOR BAHRU 15 Sept. - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) menyediakan tong sampah RORO (roll on roll off) dan jenis REL (rear end loaded) di beberapa lokasi bagi kegunaan orang ramai sempena sambutan Aidilfitri ini.

Pengurus SWM Johor, Lim Cheng Seng berkata, SWM menyediakan tong sampah bersaiz 10 meter padu tong RORO di empat lokasi tumpuan.

Menurutnya, lokasi berkenaan ialah Denai 12 (Kempas), Jalan Syukor (Kampung Melayu), Jalan Nangka (Kampung Pasir) dan Pusat Peniaga Gerai Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Jalan Bunga Orkid (Kampung Datuk Sulaiman Menteri).

“Tong berkenaan akan diletakkan pada 19 hingga 24 September ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebanyak 75 tong REL bersaiz 1.5 meter padu pula akan diletakkan di kawasan seperti Kampung Melayu Majidee, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri (KDSM), Kampung Pasir, Taman Sri Amar, Taman Sri Pandan, Kampung Bendahara, Kampung Setanggi dan Bandar Baru Uda.

Turut disediakan tong REL adalah Kampung Oren Ulu Tiram, Plentong, Kampung Melayu Skudai, Mutiara Rini, Taman Sri Pulai, Taman Impian Emas, Kempas, Larkin dan beberapa lokasi lain yang sedia ada di samping kawasan protokol.

Cheng Seng berkata, orang ramai perlu membawa sendiri sampah untuk dibuang ke dalam tong yang disediakan.

SWM menasihati orang ramai agar mengikat sampah berkenaan dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 September 2009

Halaman ini telah dibaca sebanyak 4052 kali

^ Atas