Saturday, 04 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Johor Online > Komuniti
Aug 25, 2010 - 09:35 AM •    Bookmark and Share

Sultan Johor berkenan mencemar duli menghadiri majlis berbuka puasa

imageSULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli menghadiri majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota polis di Masjid Jamek Depoh, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di Johor Bahru kelmarin.

Turut berangkat ke acara tahunan berkenaan ialah dua putera baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff serta isteri turut hadir.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan raya kepada 100 penerima termasuk 41 balu, 10 pesara dan anak yatim.

Selain duit raya, mereka menerima kain pelekat dan kain batik serta kuih raya.

Berita ini telah dibaca sebanyak 3534 kali