25 May 2013 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Program pelihara alam sekitar

Ditulis pada 16/05/2012 16:00:46

JOHOR BAHRU 15 Mei - Seramai 15 penuntut dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan program kesedaran tentang alam sekitar di beberapa buah sekolah rendah di Skudai.

Program yang diberi nama Heroes of Nature itu merupakan aktiviti sampingan yang dilakukan di bawah program induk Trans Java-Bali Biodiesel Expedition 2012 bermula Mac lalu dan berakhir hujung bulan ini.

Menurut pengarah program, Ummu Qistina Kamarulzaman, murid-murid didedahkan dengan keadaan sebenar alam sekitar yang semakin membimbangkan dan langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar agar tidak terus dimamah bencana dalam program yang menggunakan moto Today’s Generation, Tomorrow’s World.

Halaman ini telah dibaca sebanyak 777 kali

^ Atas