Makluman penting permohonan rumah bagi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
Ditulis pada 13/03/2012 12:36:48Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan) mendapati terdapat agen yang menjalankan permohonan rumah dengan melibatkan bayaran kepada orang awam. Agen ini mengambil kesempatan terhadap orang awam dengan adanya program PR1MA yang di laungkan oleh Perdana Menteri.
Bagi mengelakkan orang awam terpedaya dengan sendiket ini, pengumuman penting di bawah telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan):
- TIADA SEBARANG PERMOHONAN RUMAH bagi Program Perumahan Rakyat Malaysia (PR1MA) didaftarkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan).
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan) TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana agen untuk sebarang permohonan projek perumahan. Oleh itu, orang ramai diingatkan tidak menggunakan khidmat mana-mana agen untuk mengemukakan sebarang permohonan projek perumahan.


