Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dibatalkan

Ditulis pada 29/09/2009 08:54:01

Majlis Rakyat Mengadap sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Besar dan Istana Pasir Pelangi pada tahun ini, tidak akan diadakan sebagai langkah pencegahan penularan wabak H1N1.

Begitu juga dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman dan kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof.

Abdul Latiff berkata, dengan mengambil kira jangkaan akan berlaku penularan gelombang kedua, maka langkah-langkah pencegahan terutamanya semasa musim perayaan akan diambil.

“Antaranya ialah dengan mengurangkan majlis-majlis yang melibatkan perhimpunan orang ramai,” katanya.

Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Menteri Besar

Halaman ini telah dibaca sebanyak 1765 kali

^ Atas