Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Klinik 1 Malaysia Ditubuhkan Untuk Golongan Kurang Mampu di Bandar

Ditulis pada 25/11/2009 15:29:01

KOTA ISKANDAR 25 Nov: Kerajaan negeri akan mewujudkan klinik 1Malaysia di kawasan bandar bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Dr Robia Kosai, berkata selaras dengan pendekatan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, akses masyarakat bandar untuk mendapatkan rawatan ringan dapat ditingkatkan.

“Lima lokasi telah dikenal pasti, iaitu tiga di Johor Bahru,  satu di Kulaijaya dan satu di Kluang,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (Adun) Panti, Dato’ Baderi Dasuki, pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.

Katanya lagi, kesemua klinik yang dijangka beroperasi awal tahun depan itu akan oleh dikendalikan penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

“Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan susulan rawatan penyakit kronik,  perkhidmatan makmal, pendispensan ubat, khidmat nasihat dan menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital,” katanya.

Jelasnya, penubuhan klinik-klinik itu secara tidak langsung akan membantu mengurangkan kesesakan klinik kesihatan di kawasan bandar yang berlaku pada masa ini di samping memberikan perkhidmatan perubatan yang lebih cekap.


Sumber : Pejabat Menteri Besar Johor

Halaman ini telah dibaca sebanyak 8430 kali

^ Atas