Saturday, 04 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Johor Online > Berita Kerajaan
Aug 03, 2010 - 03:25 PM •    Bookmark and Share

Kenyataan media oleh YB Menteri Besar Johor, merangkap pengerusi Johor Corporation

Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation kali ke 153 yang berlangsung pada 29 Julai 2010 (Khamis), menerima perletakan jawatan YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation; berkuatkuasa pada tarikh tersebut.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Johor Corporation.

Sehubungan dengan perletakan jawatan ini, Naib Presiden Kanan Kewangan dan Khidmat Korporat Johor Corporation, Tuan Haji Kamaruzzaman Abu Kassim akan memangku tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, Ahli Lembaga Pengarah dan anggota pekerja dalam Kumpulan Johor Corporation, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim di atas khidmat bakti beliau selama ini.

Sepanjang tempoh 28 tahun menerajui Johor Corporation, YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim telah banyak membawa pencapaian bagi kumpulan Johor Corporation.

Berita ini telah dibaca sebanyak 3635 kali