Saturday, 11 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Johor Online > Pelaburan
Dec 02, 2008 - 10:52 AM •    Bookmark and Share

Kemudahan WiMax di Johor

JOHOR BAHRU: Orang ramai kini berpeluang menikmati kemudahan perkhidmatan jalur lebar sistem Kebolehoperasian Global Capaian Gelombang Mikro (WiMAX) apabila syarikat penyedia perkhidmatan itu, Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1), melancarkan pakej jenama P1 W1MAX di bandar raya ini, akhir bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif P1, Michael Lai, berkata pihaknya sudah melabur kira-kira RM30 juta untuk pembangunan infrastruktur fasa satu bagi membolehkan penduduk bandar raya ini menikmati kemudahan teknologi terbaru itu selepas penduduk di Lembah Klang.

Beliau berkata, dengan kemudahan itu, orang ramai boleh melayari internet tanpa wayar melalui WiMAX di sebahagian besar bandar raya ini, termasuk Johor Jaya, Datuk Onn Jaafar, Desa Cemerlang, Tampoi, Permas Jaya, Pelangi, Taman Dato Onn, Taman Suria, Perindustrian Plentong, Sentosa, Desa Harmoni, Pelangi Indah, Maju Jaya, Tanjung Puteri, Persiaran Pantai dan Taman Abad.


Sumber: Berita Harian, 1 Disember 2008

Berita ini telah dibaca sebanyak 14622 kali