25 May 2013 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Kembara Mahkota Johor 2012 singgah di tiga daerah

Ditulis pada 15/05/2012 13:40:14

MERSING 14 Mei - Konvoi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 meneruskan misi pada hari kedua hari ini ke daerah Kluang, Batu Pahat dan Segamat bagi menemui rakyat jelata pelbagai kaum di negeri ini.

Misi yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bukan sahaja untuk beramah mesra dengan rakyat di beberapa lokasi persinggahan, malah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Pada setiap persinggahan konvoi tersebut, orang ramai kelihatan sentiasa sabar menanti kehadiran Sultan Ibrahim yang menyampaikan sendiri bantuan termasuk dua buah motosikal kurniaan baginda di setiap daerah.

Halaman ini telah dibaca sebanyak 1017 kali

^ Atas