23 May 2012 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Johor Akan Bangunkan Taman Tema Kedua Di Puteri Harbour

Ditulis pada 20/10/2009 09:52:01

JOHOR BAHRU, 19 Okt: Selepas Legoland, Johor akan mempunyai taman tema kedua di Puteri Harbour, Nusajaya, bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Iskandar Malaysia, sekali gus menjadi pelengkap pembangunan sekitar kawasan berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata projek yang menempatkan pelbagai permainan dalam satu bangunan seluas 5,574.2 meter persegi itu akan dibangunakan mulai tahun hadapan oleh UEM Land Berhad.

Katanya, selain UEM, beberapa pelabur asing telah pun menandatangani memorandum usahasama untuk turut membangunkan taman berkenaan.

“Dengan adanya taman tema tertutup ini, ia memberi lebih pilihan kepada penduduk dalam kawasan Iskandar Malaysia khusunya dan pelancong amnya membuat pilihan bagi menghabiskan waktu senggang bersama keluarga.

“Kita sudah ada Legoland untuk kanak-kanak di bawah usia 10 tahun dan apabila siap nanti, taman tema tertutup itu akan menawarkan permainan bagi golongan tersebut yang berumur 10 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan rumah contoh Shakira- Rumah Teres Dua Tingkat oleh pemaju Denia Development Sdn Bhd di Taman Nusantara, di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) menjelaskan, pembangunan taman tema untuk golongan dewasa juga akan dipertimbangkan bagi memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat.

Katanya, dengan adanya pelbagai prasarana riadah untuk golongan kanak-kanak dan dewasa, ia menawarkan kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Sumber : Laman Web Rasmi Pejabat Menteri Besar Johor

Berita ini telah dibaca sebanyak 2105 kali

^ Kembali ke atas