Friday, 30 July 2010 | W3C | Tukar Bahasa: English | MISTI 2010 di Facebook

 
Laman Utama > Johor Online > Pelaburan
Jul 02, 2009 - 04:04 PM •    Bookmark and Share

Irda sentiasa rapat dengan PBT

JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) sentiasa mengadakan kerjasama rapat dengan lima Pusat Sehenti (OSC) pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam kawasan Iskandar Malaysia bagi merancang, mempromosi dan memudah cara pembangunan koridor pembangunan ekonomi berkenaan.

Irda dalam satu kenyataannya semalam berkata, lima OSC PBT dalam Iskandar Malaysia ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Majlis Daerah Pontian (MDP).

“Dua tahun lalu, Irda mewujudkan OSC untuk Iskandar Malaysia bagi melaksanakan proses kelulusan dan ia dikenali sebagai Pusat Khidmat Iskandar (ISC), selain mempunyai pusat panggilan yang juga sebahagian daripada ISC,” katanya sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Khamis lalu, yang mahu Irda mendekati OSC PBT dalam kawasan Iskandar Malaysia bagi memastikan pembangunan seimbang dapat dijalankan.

Irda berkata, ISC menerima lebih daripada 500 pertanyaan, dengan 42 peratus daripadanya adalah pertanyaan daripada orang ramai yang juga pelabur berpotensi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Iskandar Malaysia.

Katanya, pertanyaan lain turut diterima daripada perunding, kontraktor dan pembekal untuk mengetahui peluang yang ada dalam wilayah ekonomi ini.

Pada masa sama, Irda berkata, ia juga mendekati pihak berkepentingan utama yang lain seperti jabatan kerajaan, pihak berkuasa serta agensi berkaitan bagi memastikan semua pandangan dan cadangan diberi perhatian sebelum sebarang projek dilaksanakan.

Sumber: Berita Harian, 2 Julai 2009

Berita ini telah dibaca sebanyak 455 kali