23 May 2012 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Insentif bulanan diberikan untuk penghafaz Al-Quran

Ditulis pada 24/03/2010 10:21:35

MUAR, 20 Mac: Penghafaz Al-Quran di negeri ini akan menerima insentif bulanan melalui elaun galakan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata mereka yang berkelayakan perlu mendaftar dengan MAIJ bagi mendapatkan elaun yang disediakan.

“Pendaftaran ini bukan bertujuan untuk mencari populariti atau mengharapkan insentif tertentu, tetapi adalah baik jika kelebihan hafazan Al-Quran dapat didedahkan kepada pihak yang boleh menyalurkan menfaatnya kepada masyarakat.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada , Sabtu lalu.

Abdul Ghani berkata, pelbagai pendekatan diambil oleh kerajaan negeri dan MAIJ bagi melahirkan lebih ramai golongan tahfiz dan penghafaz Al-Quran.

Antaranya ialah amalan menghafaz bermula dari peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi melalui kelas tahfiz di samping menjalankan aktiviti serupa di masjid-masjid terpilih.

Katanya, pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan melihatkan peningkatan yang menggalakkan apabila jumlah penghafaz meningkat daripada 92 orang pada tahun 2008 kepada 167 pada tahun berikutnya.

Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Menteri Besar Johor

Berita ini telah dibaca sebanyak 1408 kali

^ Kembali ke atas