Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

FAMA Johor perkenal pasar pagi

Ditulis pada 14/05/2009 15:45:00

JOHOR BAHRU 13 Mei – Lembaga Pemasaran Pertanian Per sekutuan (FAMA) Johor hari ini memperkenalkan produk baru ‘pasar pagi, 7 hingga 10 pagi’ yang mena warkan pelbagai barangan segar di Bandar Baru UDA di sini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Radzuan Mohd. Shahid berkata, pa sar yang beroperasi mengikut masa yang ditetapkan itu bertujuan me masarkan barangan dengan harga ber patutan yang beralih daripada konsep desa raya kepada pasar rakyat.

“Peringkat permulaan, kita perke nalkan di Bandar Baru UDA beri kutan kemudahan sedia ada serta ko munitinya yang cukup komited ter hadap apa juga program yang di anjurkan oleh FAMA seperti pasar tani yang diadakan pada setiap Ahad.

“Pada masa ini, sebanyak lima peserta terlibat yang terdiri daripada peniaga ayam proses, hasil tangka pan laut, barangan proses dan sa rapan pagi, sayur-sayuran dan buah- buahan,” katanya kepada Utusan Ma laysia selepas pelancaran pasar itu di sini hari ini.

Jelas Radzuan, menerusi pasar pagi yang memaparkan konsep segar itu, ia menawarkan pelbagai promosi sebagai tarikan untuk para pelanggan.

“Kami yakin menerusi kaedah ini, ia mampu meletakkan para peniaga terbabit terus berdaya saing khusus nya dalam kelembapan ekonomi glo bal,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Nora Sahaza Hathir, 31, berkata, dia yakin kaedah yang diusahakan FA MA mampu meningkatkan jualan kerana ia mendapat sambutan meng galakkan daripada pembeli.

Katanya lagi, sudah menjadi trend masyarakat Bandar Baru UDA yang mencari barangan keperluan rumah seperti sayur-sayuran dan lauk-pauk pada waktu pagi.

“Sebagai insentif serta menghargai sokongan para pelanggan yang ber kunjung ke premis pasar pagi ini, saya menawarkan promosi tauhu dan air tauhu.

“Kalau harga pasaran tauhu lima keping RM1, tapi saya tawarkan enam keping RM1 dan diberi satu bungkus air tauhu sebagai pencuci mulut,” ka tanya.

Nora Sahaza yang telah berniaga di Desa Raya selama 12 tahun berkata, konsep baru itu diyakini dapat me ningkatkan hasil jualannya sekitar 30 peratus berbanding biasa.

Begitu juga dengan penjual ayam proses dan daging, Razif Mahmod, 26, yang turut menawarkan harga istimewa iaitu harga pasaran ayam proses daripada RM6.50 sen kepada RM5.50 sekilogram iaitu penurunan sebanyak RM1.

“Secara jujur, saya katakan cara yang diamalkan oleh FAMA mampu menarik kehadiran pelanggan lebih ramai daripada biasa, yang secara langsung meningkatkan hasil jualan para peniaga di sini,” katanya.


Sumber: Utusan Malaysia, 14 Mei 2009

Halaman ini telah dibaca sebanyak 3473 kali

^ Atas