23 May 2012 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Bajet 2011: Terima kasih diberi tumpuan

Ditulis pada 17/10/2010 14:42:31

JOHOR BAHRU 16 Okt. - Kerajaan negeri berterima kasih kepada Kerajaan Pusat atas tumpuan yang diberikan terhadap negeri ini dalam Bajet 2011 yang memperuntukkan sebanyak RM6 bilion bagi membolehkan Iskandar Malaysia berkembang mengikut landasan yang ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, peruntukan itu membolehkan Iskandar Malaysia memberi tumpuan dari segi pertumbuhan dalam bidang minyak dan gas serta industri hiliran berkaitan.

“Iskandar Malaysia juga mendapat sokongan berterusan dengan peruntukan RM339 juta untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan pengangkutan awamnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Selain itu, kata Abdul Ghani, Bajet 2011 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, disifatkan sebagai satu bajet yang meneruskan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat keseluruhannya termasuk di luar bandar.

“Ia merupakan bajet yang tepat dengan asas-asas menuju tahap negara maju dan berpendapatan tinggi melalui pertumbuhan ekonomi secara berterusan,” katanya.

Berita ini telah dibaca sebanyak 3599 kali

^ Kembali ke atas