Saturday, 11 February 2012 | W3C

 
Laman Utama > Johor Online > Pelancongan
Nov 26, 2008 - 12:46 PM •    Bookmark and Share

Ayer Hitam pusat sukan permotoran

BATU PAHAT: Ayer Hitam yang cukup dikenali ramai kerana keunikan serta kepelbagaian tembikar buatan tempatan mahupun import akan menjadi pusat sukan permotoran utama Johor apabila satu lagi litar lumba dibuka, tidak lama lagi.

Ketika ini, Ayer Hitam memiliki satu litar motosikal lasak yang sudah berjaya menggamit penggemar sukan itu sejak ia dibuka setahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali, berkata litar motosikal lasak sepanjang 1.8 kilometer yang dibina berhampiran pekan Ayer Hitam kini semakin dikenali dan ramai pelumba dari seluruh negara sudah menguji kemahiran mereka di litar berkenaan.

Beliau berkata, kejayaan penganjuran kejohanan motosikal lasak tahun lalu menjadi pendorong pihaknya berusaha menjadikan Ayer Hitam sebagai pusat sukan permotoran utama di negeri ini.

“Litar motosikal lasak yang dibina tahun lalu ini bukan saja sesuai untuk penggemar motorcross dan cubcross, malah ia sesuai untuk penggemar kenderaan lasak lain seperti all terrain vehicle (ATV) dan juga basikal bukit.

“Dengan adanya litar ini juga, kami sudah berjaya mencungkil bakat baru sukan motorcross apabila beberapa pelumba muda yang menjadikan litar ini sebagai gelanggang latihan, sudah berjaya meraih kejuaraan pada peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan penganjuran Johor Motorcross Master 2008, di Litar Motorcross Johor Ayer Hitam, semalam.

Sumber: Berita Harian, 26 November 2008

Berita ini telah dibaca sebanyak 7510 kali