20 May 2013 · Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

37 pelajar UTHM tanam pokok

Ditulis pada 08/06/2012 10:03:31

Kesedaran mencintai alam sekitar dan kehijauan perlu dipupuk sejak di peringkat awal.

Menyedari kepentingan itu, sekumpulan 37 siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai aktiviti gotong-royong menanam 100 pokok pinang ekor kucing, pulai dan salam di Kampung Gembut, Tanjung Sedeli dekat sini baru-baru ini.

Program berkenaan merupakan salah satu daripada aktiviti akademik dan khidmat sosial siswa UTHM bagi mempromosi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan masyarakat setempat.

Program berkenaan diadakan sempena kempen menanam 26 juta pokok sehingga 2014 yang dilancarkan pada April lalu.

Selain menanam pokok tersebut, penuntut UTHM turut melakukan pelbagai aktiviti komuniti membantu penduduk kampung. Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman.

Turut hadir Pengarah Program Khidmat Masyarakat UTHM Bersamamu, Ahmad Hakimi Zizan dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur, Khamin Jalil.

Mesran berkata, aktiviti tersebut mampu memupuk golongan mahasiswa khususnya generasi muda memahami mengenai pentingnya keseimbangan dari segi pembangunan serta pemuliharaan alam sekitar.

“Ia dapat memberi gambaran sebenar kepada mahasiswa untuk mempraktikkan amalan CSR yang perlu dilaksanakan oleh setiap organisasi supaya dapat membentuk imej positif sesebuah organisasi di mata masyarakat,” katanya.

Halaman ini telah dibaca sebanyak 669 kali

^ Atas