Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Bantuan

22/08/2013 15:53:32

Apa itu RSS?

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar Kerajaan Negeri Johor dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor dengan lebih pantas dan berkesan.

Melalui RSS ini juga:

  1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak
  2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)
  3. Anda dapat mengetahui?maklumat terkini mengenai negeri Johor dengan lebih cepat dan berkesan
  4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini

Bagaimana menggunakannya?

  1. Menerusi browser:
    1. Anda memerlukan akaun Google untuk menggunakan RSS Reader secara online ini. Jika belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftar sebagai pengguna melalui pautan Google Accounts.
    2. Jika anda sudah mempunyai akaun Google, sila layari pautan The Old Reader untuk login akaun anda.
    3. Kemudian, tekan butang image di atas sebelah kiri.
    4. Masukkan pautan ini di dalam kotak tersebut. Pautan http://www.johordt.gov.my/site/siterss_2.0/.
    5. Anda sudah selesai melanggan RSS Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor. Jika terdapat berita terbaru yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor, berita tersebut akan dipaparkan melalui The Old Reader anda.
  2. Menerusi desktop:
    1. anda perlu memuat turun perisian RSS Reader melalui pautan Free RSS Reader.
    2. Sebelum anda install Free Rss Reader ini, sila pastikan komputer anda mempunyai Microsoft .NET Framework.(— Langkau langkah no. 3 jika anda sudah install Microsoft .NET Framework)
    3. Muat turun dan install Microsoft .NET Framework melalui pautan Microsoft .NET Framework.
    4. Install Free RSS Reader.
    5. Letakkan mouse anda di ikon RSS, kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut" (Bagi Internet Explorer) atau "Copy link address (Bagi Google Chrome). Buka perisian RssReader dan pergi ke?"add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan?ok.
    6. Anda sudah selesai melanggan RSS Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor. Jika terdapat berita terbaru yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor, berita tersebut akan dipaparkan melalui perisian Free RSS Reader anda.

^ Atas