Kemudahan W3C · English · Edisi Mobil · Tema Default Theme Red Theme Green Theme Hubungi Kami · Peta Laman · Bantuan

Perbadanan Taman Negara Johor

Bahagian / Unit : Perbadanan Taman Negara Johor
Alamat :

Perbadanan Taman Negara Johor,
Aras 1,
Bangunan Dato' Mohamad Saleh Perang,
Kota Iskandar,
79576 Nusajaya, Johor

Ketua Jabatan : Haji Suhairi bin Haji Hashim
Tel : 07-266 1301
Faks :  


Objektif

Untuk memelihara dan melindungi hidupan liar dan juga untuk kepentingan geologi, arkeologi, sejarah, etnologi dan lain-lain kepentingan dalam sains dan fizikal, melalui pemeliharaan dan berfungsi untuk membangunkan pendidikan, kesihatan, nilai astetik dan rekreasi awam.

Misi

Membangunkan taman-taman negara Johor dan tapak-tapak Ramsar Johor sebagai Pusat Pemuliharaan Biodiversiti bertaraf dunia melalui aktiviti-aktiviti kajian, pendidikan alam sekitar dan eco-pelancongan, dan mencapai taraf Tapak Warisan Dunia 2010.

Visi

Membangunkan taman-taman negara Johor dan tapak-tapak Ramsar Johor sebagai Tapak Alam Sekitar bertaraf dunia menjelang 2015.

Fungsi

  1. Untuk mewujudkan taman-taman sejadi yang berpotensi sebagai Taman Negara Johor dan memaksimakan faedah-faedah daripadanya sesuai dengan konsep pelbagaiguna.
  2. Untuk menasihatkan Pihak Berkuasa Negeri mengenai perkara-perkara berhubung dengan pemeliharaan, penggunaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan taman-taman negara dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dirujuk kepadanya dari masa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  3. Untuk memulakan, menyelaraskan dan mengawal aktivit-aktiviti Taman Negara yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini.
  4. Untuk memperkenalkan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadi dan sebagai pusat tarikan pelancong.
  5. Untuk menjaga dan mengekalkan alam semulajadi mengikut satu sistem pengurusan secara bertaraf antarabangsa.
  6. Untuk mengurus dan menyelenggarakan kumpulan Wang Taman Negara (Johor) yang di tibuh di bawah Enakmen.

^ Atas