Proses Pindah Hakmilik ( Borang 14A )

LANGKAH PERTAMA:

  1. Borang 14A boleh dibeli di kaunter 4 Bhg. Pendaftaran atau di kaunter bhg. Pentadbiran ( RM1.00 satu borang )
  2. Borang 14A hendaklah ditaip atau ditulis tangan dengan kemas dan terang ( ikut kad pengenalan ) dengan menggunakan pen dakwat basah berwarna hitam (Sila rujuk panduan)
  3. Setelah lengkap tandatangan hanya boleh diturunkan dengan disaksikan oleh PTD atau PPTD (bagi tanah simpanan melayu) bagi hakmilik bebas boleh dihadapan peguam atau dihadapan PTD @ PPTD.

 

LANGKAH KEDUA:

Sila Photostate:

  1. Borang 14A                                                              :           1 Salinan
  2. Kad Pengenalan Penyerah dan Penerima       :           1 Salinan
  3. Surat Beranak atau Surat Nikah                          :           1 Salinan

(Jika Pindahmilik melibatkan anak kandung atau suami / isteri)

  1. Geran Tanah dan pelan yang terlibat                 :           2 Salinan
  2. Sila lengkapkan Borang PDS 15 ( Sek. 5 )        :           4 Salinan

( boleh diperolehi di Lembaga Hasil Dalam Negeri )

 

LANGKAH KETIGA:

  1. Sila ke Pejabat LHDN untuk membuat permohonan nilaian dan pastikan anda membawa bersama borang 14A asal dan semua dokumen yang telah anda photostate dilangkah ke 2.  Setelah permohonan dibuat pastikan borang 14A asal dikembalikan kepada anda untuk disimpan.

 

LANGKAH KEEMPAT:

  1. Setelah menerima Notis Taksiran dari LHDN yang dikirimkan kepada anda.  Anda perlu membayar duti yang dikenakan di kaunter LHDN.  Anda perlu mendaftarkan borang pindahmilik yang telah dijelaskan duti setem dalam tempoh tiga bulan dari tarikh anda menurunkan tandatangan di PEJABAT TANAH MUAR, Bhg. Pendaftaran.  Sila bawa bersama:
    1. Hakmilik asal
    2. Cukai Tanah Semasa
    3. Surat Kebenaran Memindahmilik (bagi tanah yang ada sekatan)
    4. Bayaran pendaftaran sebagaimana jadual di papan kenyataan.

 

LANGKAH KELIMA:

Pentadbiran ini akan memaklumkan kepada anda apabila hakmilik telah siap didaftarkan bagi mengambil hakmilik tersebut.

 

Pemberitahuan

Pejabat Tanah Muar akan membuka kaunter bayaran cukai pada setiap hari Sabtu mulai 09 Januari 2010 dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

 

Pembayaran akhir cukai Tanah hendaklah dijelaskan sebelum 01 Jun pada setiap tahun.

 

"Garis Panduan Permohonan Kebenaran Memindahmilik Tanah Antara Orang Perseorangan Borang PM.1"

Download Borang

Carian Pejabat Tanah Daerah di Negeri Johor

 

Pautan Lain

a

-------------------------------------------------

a

a

a

a

-------------------------------------------------

a

a

a_a

-------------------------------------------------

a