Setiap permohonan tanah akan diberi jawapan tolak atau diproses dalam tempoh 2 minggu.
Setiap permohonan yang diproses akan diperakukan kepada kerajaan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima.
Notis tuntutan 5A akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diterima.
Permohonan Tanah Umum
Setiap permohonan akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan selepas pengumuman.
Perakuan kepada kerajaan akan dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas temuduga.
Notis tuntutan 5A akan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan selepas kelulusan diterima.
Objektif Seksyen Pelupusan
Memberi perkhidmatan berkualiti dan bertanggung kepada pelanggan-pelanggan yang terdiri dari Inddividu, Jabatan / Agensi Kerajaan dan Pertubuhan / Swasta.
Menjadi pusat maklumat dan rujukan dalam pengurusan tanah.
Melaksanakan undang-undang dan peraturan tanah dipatuhi.
Membantu meningkatan kutipan hasil Kerajaan Negeri.
Memastikan keselamatan dokumen jabatan terkawal.
Membentuk kakitangan yang berdisiplin, cekap, amanah dan berkemahiran
Memproses permohonan tanah kerajaan, Lesen
Pendudukan Semenatara dan permohonan melanjutkan tempoh pajakan dengan berklualiti, adil dan cekap untuk diperakukan kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor.
Mengawalselia keselamatan dokumen-dokumen berkaitan perakuan permohonan tanah dan keputusan kerajaan.
Sebagai pemungut hasil kerajaan melalui proses pelupusan tanah.
Fungsi Seksyen Pelupusan
Memproses permohonan tanah kerajaan, Lesen
Pendudukan Semenatara dan permohonan melanjutkan tempoh pajakan dengan berklualiti, adil dan cekap untuk diperakukan kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor.
Mengawalselia keselamatan dokumen-dokumen berkaitan perakuan permohonan tanah dan keputusan kerajaan.
Sebagai pemungut hasil kerajaan melalui proses pelupusan tanah.
Objektif Seksyen Pembangunan
Memproses pembangunan tanah secara efektif dan progresif dengan pematuhan kepada dasar, undang-undang dan peraturan kerajaan.
Mewujudkan punca hasil untuk pembangunan negeri.
Mempastikan perancangan gunatanah dapat dijayakan secara teratur mengikut sektor pertanian, perindustrian, pembinaan, perdagangan, pelancongan dan lain-lain.
Menyediakan perkhidmatan bertaraf profesional dan mesra pelanggan
Fungsi Seksyen Pembangunan
Memproses permohonan Serahbalik Kurniasemula, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, Penyatuan Tanah, Pecah Sempadan dan Ubahsyarat Tanah dan memperakukannya kepada pihak PTG Johor.
Memproses permohonan Ubahsyarat Tanah Pertanian ke Bangunan dan memperakukannya kepada pihak PTG Johor.
Memproses permohonan Ubahsyarat Tanah Pertanian Kepada pihak UPENJ.
Mengemukakan Laporan Tanah bagi permohonan Penswastaan kepada pihak UPENJ (Bhg. Penswastaan).
Menyampaikan keputusan dan menyediakan Notis Bayaran Premium dan bayaran lain.
Menyediakan ulasan untuk Laporan Tanah bagi permohonan Pelan Bangunan kepada pihak PBT.
( UNIT SBKS )
∙ Serahbalik Kurniasemula (SBKS)
∙ Pecah Sempadan
∙ Pecah Bahagian
∙ Cantuman Tanah
∙ Permohonan Ulasan Pelan Bangunan / Jalan, Parit dan Kerja Tanah.