PERASMIAN BANDAR MAHARANI MUAR
Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 12 Ogos 1887. Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA iaitu Maharaja Fatimah sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu (sekarang menjadi restoran makanan laut Muara yang terletak di tebing sungai Muar iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat). Bandar Maharani telah berkembang dengan pesat dengan adanya sebuah pelabuhan kecil di Kuala Muar. Ia merupakan ibu negeri bagi negeri Muar (Muar ketika itu diberi taraf negeri di bawah kerajaan Maharaja Sultan Abu Bakar).