Pejabat Tanah Muar telah menyertai Konvensyen Kumpulan Meningkat Kerja (KMK) Sektor Awam ke Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 yang diadakan pada 03 hingga 05 Ogos 2009 bertempat di Pulai Springs Resort, Skudai, Johor.
Penubuhan KMK
Ditubuhkan pada hari Isnin 4 Ogos 2009. Dianggotai seramai 10 kakitangan terdiri daripada 5 orang dari Unit Hasil, seorang dari Unit Pelupusan, 3 orang dari Unit Petempatan dan seorang dari Unit Kewangan.
Tajuk Persembahan
Tajuk yang dipilih adalah KESUKARAN MEMUNGUT HASIL PERMIT BAHAN BATUAN DI PEJABAT TANAH MUAR.
Tujuan
• Untuk meningkatkan hasil permit.
• Penjimatan masa kedua-dua pihak dalam pengeluaran permit Pejabat Tanah dan Pelanggan.
• Memudahkan pelanggan untuk membeli permit (hanya pengusaha kuari membeli permit di Pejabat Tanah).
• Kefahaman kepada semua pihak tentang perundangan tanah.