Fakta

Apakah Cukai Tanah?

- Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh tuan tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah(KTN Sek.5).
- Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

Apakah terjadi jika Cukai Tanah tidak dibayar?

- Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan menghantar Notis 6A kepada tuan tanah supaya membayar cukai dan tunggakan dalam tempoh 3 bulan. Bayaran Notis 6A sebanyak RM 10.00 akan dikenakan.(KTN Sek. 97).

- Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah akan mengisytiharkan tanah tersebut dirampas MENJADI MILIK KERAJAAN sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.(KTN Sek.100, Sek. 129, Sek. 130 dan Sek. 131)

- Perampasan akan diisytiharkan dalam Notis 8A dan diwartakan dalam warta Kerajaan Negeri .(KTN Sek. 131)

- Dengan terjadinya perampasan, anda tidak lagi mempunyai hak ke atas tanah tersebut.
Bagaimana Anda Boleh Membayar Cukai Tanah?

- Anda boleh membayar Cukai Tanah di kaunter Pejabat Tanah Muar atau di mana-mana kaunter Pejabat Tanah seluruh Negeri Johor secara "on-line"

- Anda juga boleh membayar Cukai Tanah melalui pos menggunakan wang pos, cek berpalang(A/C Payee Only) dan Bank draft di atas nama Pentadbir Tanah Daerah Muar.

Apakah akan terjadi jika Cukai Tanah TIDAK dibayar sebelum 1 Jun?

-Jika tidak dibayar sebelum 1 Jun, cukai tanah akan menjadi tunggakan atau hutang anda kepada Pihak Berkuasa Negeri. Tunggakan ini akan dikenakan DENDA LEWAT kepada kadar 20% daripada jumlah tunggakan anda(tertakluk kepada bayaran minimum RM 3.00 bagi setiap hakmilik).(KTN Sek. 93,94(2)).


Contoh 1
Cukai Tahun 2004 =RM 100.00
Denda Lewat yang dikenakan selepas 31 Mei 2003= RM 100.00 X 20% = RM 20.00
Jumlah Besar tunggakan =RM 120.00

Pada tahun berikutnya, jika jumlah besar tunggakan tidak dibayar sepenuhnya sebelum 1 Jun 2004, jumlah keseluruhan tunggakan akan mengambilkira Cukai Tanah tahun 2004 ditambah dengan denda lewat 20%.

Contoh 2
Jumlah Besar Tunggakan(dari Contoh 1 di atas) = RM 120.00
Cukai Tanah Tahun 2004 = RM 100.00
Denda Kewat yang dikenakan selepas 31 Mei 2004 = RM 220.00 X 20%= RM 44.00 S
Jumlah Besar Tunggakan = RM 264.00

Pemberitahuan

Pejabat Tanah Muar akan membuka kaunter bayaran cukai pada setiap hari Sabtu mulai 09 Januari 2010 dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

 

Pembayaran akhir cukai Tanah hendaklah dijelaskan sebelum 01 Jun pada setiap tahun.

 

"Garis Panduan Permohonan Kebenaran Memindahmilik Tanah Antara Orang Perseorangan Borang PM.1"

Download Borang

Carian Pejabat Tanah Daerah di Negeri Johor

 

Pautan Lain

a

-------------------------------------------------

a

a

a

a

-------------------------------------------------

a

a

a_a

-------------------------------------------------

a