You are welcome to TEST THIS guestbook:

Name (required):

Web site (without http://):

Message:

Image verification
Please insert value from the image above:

The messages:

Posted by: webmaster
Web site: ptmuar

Message:
Assalamualaikum.Selamat Datang kepada semua yang melayari Laman Web ini. Jika ada sebarang komen dan cadangan, sila tinggalkan di sini. From:webmaster, thanks.


Posted by: azhar
Web site:

Message:
Tahniah. dengan adanya ruangan maklumbalas ini, lebih mudah pengguna mengemukakan cadangan dan komen.


Posted by: Adam
Web site:

Message:
Beri kan garis pandu untuk permindahan milik tanah jika se-saorang itu bukan warga negara malaysia.


Posted by: jamal
Web site:

Message:
mcmana nak mohon kerja kosong di jabatan tanah muar?


Posted by: acit
Web site:

Message:
saya mencari sejarah pembinaan masjid jamek sultan ibrahim.hampir keseluruhan web saya cari tapi tidak ada satu pun web kerajaan yang ada menulis mengenai tarikh pembinaan,saiz dan wajah rekabentuk lama.


Posted by: Yusmani Bin Samot
Web site:

Message:
SAYA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN TANAH (BELI/PAJAK) DI KAWASAN BATU.18 AIR HITAM (SIMPANG PARIT KARIM KE PARIT YUSOF). KEDUDUKAKN TANAH TEPI JALAN DENGAN ANGGARAN KELUASAN 1 EKAR. BOLEH SAYA DAPATKAN BANTUAN MAKLUMAT DARIPADA PIHAK TUAN? TERIMA KASIH.


Posted by: Siti Hajar
Web site:

Message:
berapa bayaran untuk memansuhkan kaveat dalam geran?


Posted by: admin
Web site:

Message:
S: Beri kan garis pandu untuk permindahan milik tanah jika se-saorang itu bukan warga negara malaysia. Jawapan: Anda perlu membuat permohonan LEVI melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor(PTG) untuk ke FIC dengan mengisi borang-borang yang akan ditetapkan oleh PTG.


Posted by: admin
Web site:

Message:
S: mcmana nak mohon kerja kosong di jabatan tanah muar? Permohonan boleh dibuat melalui SPAJ. Sehingga kini, tiada kekosongan waran perjawatan di Pej. Tanah Muar.


Posted by: admin
Web site:

Message:
Untuk mendapatkan sebarang maklumat tanah di Daerah Muar, anda dinasihatkan untuk membuat 'Carian' di Pejabat Tanah Muar.


Posted by: admin
Web site:

Message:
S:berapa bayaran untuk memansuhkan kaveat dalam geran? J: Terdapat banyak jenis kaveat di dalam geran. Istilah mansuh tidak ada di dalam geran. Adakah anda maksudkan BATAL/TARIK KAVEAT? Untuk maklumat lanjut, sila datang ke pejabat tanah.


Posted by: JH
Web site:

Message:
Regarding complaints,am I suppose to send it by post to the office?


Posted by: rene
Web site:

Message:
Salaam. saya nak tau prosedur tukar hakmilik tanah dari ibu kpd sy. kenapa sy kn byr processing fee rm150 kpd staff pej tanah? bila mintak resit katanya tak ada resit. bila siap proses di lembaga hasil, utk proceed geran pula ada lagi processing fee RM50, sy percaya tanpa resit juga ni (belum pergi lagi jadi tak pasti). adakah itu prosedur biasa? mengapa tiada resit? atau wang tersebut masuk ke poket staff? entah dah berapa byk duit org kampung yg telah diambil dengan senangnya. kena ingat bukn senang org kg nak cari duit.


Posted by: admin
Web site:

Message:
Prosedur bagi tindakan pertukaran nama hakmilik tanah adalah seperti di MAKLUMAT AM -> Proses Pindah Milik dan maklumat bayaran di bahagian Jenis-jenis Bayaran. Berkenaan bayaran fee RM150, Pejabat Tanah tidak pernah mengenakan bayaran fee tambahan tersebut. Malahan ada juga ulat-ulat lain mengaku sebagai staf Pejabat Tanah. Walaupun begitu, pihak jabatan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat staf pejabat melakukan tindakan tersebut.


Posted by: zalilah bte md zin
Web site:

Message:
Saya salah seorang pemohon yang Berjaya dalam mendapatkan hak milik tanah seluas satu ekar di PAYA KOPI mukim jorak.Saya juga kerap melawat kawasaan tanah tersebut.Masalahnya; 1. Kerja ukur tanah belum dibuat dan saya tidak tahu kedudukan tanah saya.Ini dialami oleh semua pemohon yang Berjaya. 2. Saya salah seorang penduduk pagoh yang tidak bertanah.saya ingin mengusahakannya.Masalah ini menghalang niat saya. 3. Bilakah agaknya kerja ukur tanah akan dilakukan? ATAU apakah rancangan pihak berkuasa terhadap tanah tersebut?. 4. Disebabkan masalah ini juga, ramai pemilik telah menjualkan tanah hak milik tersebut.Ini jelas mengagalkan usaha kerajaan yang ingin memberikan tanah kepada penduduk yang tidak memiliki tanah.


Posted by: jalman
Web site: jalmansawaon@yahoo.com

Message:
assalam... Cuba cek geran no:06/07/17/00002051....No.lot:06/07/04/00005773...mukim jorak. S: kenape ar cukainye mahal sangat rm105.Kebun orang keliling cukainya cume separuh aje dalam lingkungan rm50.Kalu ade kesilapan tolong beritau kita orang...ok.Kita tunggu jawapan anda.


Posted by: terence
Web site:

Message:
Boleh dpt maklumat owner ladang kelapa sawit di sini?saya tahu tempat tapi tak tau maklumat owner itu.


Posted by: admin
Web site:

Message:
terence - Untuk mendapatkan sebarang maklumat tanah di Daerah Muar, anda dinasihatkan untuk membuat 'Carian' di Pejabat Tanah Muar.


Posted by: admin
Web site:

Message:
zalilah bte md zin - J: 1)Untuk makluman puan, kerja-kerja pengukuran hanya dilakukan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM).(Tidak melibatkan Pej.Tanah) 2.Sekiranya ingin mengetahui bila kerja pengukuran akan dilakukan, sila hubungi JUPEM. (Nyatakan no Plot, no. Hakmilik dan permohonan Ukur (PU). 3.Pej Tanah tiada sebarang rancangan keatas tanah tersebut, kecuali pemiliknya sendiri yang mengusahakannya.


Posted by: admin
Web site:

Message:
jalman - Adalah dimaklumkan bahawa cukai tanah tuan adalah sebanyak RM 105 kerana status tanah ialah bukan bumiputera dan bukan rezab melayu sebagaimana tanah disekeliling. Bagi tanah yang berstatus rezab melayu, terdapat potongan 50% untuk cukainya. Harap maklum.


Posted by: Haliza Samat
Web site: akmalrul@yahoo.com

Message:
Salam, Saya ingin bertanya bagaimanakah cara membuat pecahan bahagian tanah, masalah yg dihadapi sekarang ialah dlm 1 geran tu mempunyai 3 nama asal & salah seorangnya cina dan pemilik cina ini telah meletakan kesemua nama anak2nya adakah tanah ini akan menghadapi masalah @ boleh dibuat pecahan bahagian. Bagaimana caranya mohon jasa baik pihak tuan memberi maklumat tkasih.


Posted by: admin
Web site:

Message:
Haliza Samat - Merujuk kepada Seksyen 140 Kanun Tanah Negara 1965 pecah bahagian ialah membahagi tanah mengikut bahagian yang tercatit dalam hakmilik. Bagi tanah yang mempunyai syarat pertanian-setiap pecahan mestilah tidak kurang dari 1ekar. Sekiranya setiap pecahan kurang dari 1ekar, maka ianya hendaklah ditukarkan kepada syarat bangunan, yang mana ianya boleh didaftarkan lebih dari seorang. Permohonan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tanah melalui Jurukur berlesen dan menyertakan pelan-pelan tanah yang memenuhi piawai/standard yang dikehendaki oleh Pentadbir Tanah. Setipa borang permohonan & pelan tanah tersebut hendaklah ditandatangani oleh setipa penama/pemilik berdaftar dalam hakmilik. Permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan sokongan/ulasan dari jabatan-jabatan yang berkaitan. Sekian untuk makluman.


Posted by: Misri Amir B Yasidi
Web site:

Message:
Salam..tuan2/puan2 di PTG Muar..saya ingin bertanya pada pihak tuan bilakah proses permohonan geran baru(daerah 06-Muar,Mukim 13-Seri Menanti,Lot:6010) yang hilang akan siap...bayar dah le mahal RM300 lama pulak tu nak siap...nak dapat geran kereta pun senang...system dah semakin canggih hasil keje masih lambat...


Posted by: Misri Amir B Yasidi
Web site: misri365@streamyx.com

Message:
apa2 hal PTG muar boleh contact aku kat e-mail nih...tq PTG MUOO


Posted by: admin
Web site:

Message:
Misri Amir B Yasidi- Permohonan encik,dalam tindakan pengeluaran Geran baru dan akan siap dalam tempoh terdekat ini. Maaf atas segala kesulitan. Harap Maklum.


Posted by: Harun Bin Yamin
Web site: harunyamin@yahoo.com

Message:
Salam.. Saya ingin menukar nama geran tanah kerana masih atas nama ayah dan telah meniggal dunia..Adik beradik seramai 9 orang dan telah mendapat persetujuan sekeluarga. Apakah prosedur utk menukar nama dan apakah borang dan langkah yg perlu saya ambil..Untuk makluman tuan tanah tersebut berada di Muar.


Posted by: haha
Web site:

Message:
ade org curi pasir di brohol, ledang, johor..guna sungai muar..xtau nak report ke mane


Posted by: admin
Web site:

Message:
HARUN BIN YAMIN- Apabila si mati meninggalkan harta alih dan harta tidak alih bernilai RM2, 000, 000-00 ke bawah, warisnya boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dimana letaknya sebahagian besar dari harta pusaka tersebut. Dokumen Diperlukan 1. Dua (2) salinan Surat Akuan Kematian/Permit Pengkebumian/Surat Perakuan Sumpah/Perintah Anggapan Kematian yang telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Hospital/Balai Polis dan Nombor Kad Pengenalan simati. 2. Salinan asal Dokumen Hakmilik Tanah (Geran Tanah) 3. Salinan resit Cukai Tanah terkini. 4. Salinan resit Cukai Harta terkini. 5. Kad Pengenalan (asal dan salinannya), waris-waris atau Surat Beranak asal bagi waris berumur kurang dari 12 tahun (jika ada). 6. Surat Pengesahan Bank/Institusi Kewangan/Perbendaharaan Negeri/Malaysia sekiranya Hakmilik dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan. Sertakan Surat Perjanjian dengan Institusi Kewangan yang berkenaan (jika ada). 7. Maklumat mengenai hutang piutang simati dengan pihak-pihak lain (jika ada) Sehubungan dengan itu, pihak tuan dinasihatkan untuk terus hadir ke Bahagian Pendaftaran (Pembahagian Harta Pusaka) Pejabat Tanah bagi tindakan selanjutnya. Sekian.


Posted by: admin
Web site:

Message:
HAHA- Sila pihak tuan/puan mengemukakan kepada kami kedudukan sebenar lokasi berlakunya operasi curi pasir tersebut bagi memudahkan pihak kami untuk melakukan siasatan selanjutnya. Kerjasama dari tuan/puan di ucapkan ribuan terima kasih. Sekiranya terdapat aduan lain, pihak tuan/puan boleh mengemukakan secara bertulis kepada pihak kami atau melalui web ini.


Posted by: Azmi Aziz
Web site:

Message:
Saya telah memohon pecah sempadan tanah dan telah mendapat surat hakmilik. Persoalannya kenapa saya mendapat surat hakmilik sementara sedangkan surat hakmilik asal adalah Geran Mukim.


Posted by: admin
Web site:

Message:
AZMI AZIZ- Setelah tanah dipecah sempadan, setiap plot tanah perlu di ukur semula dan hakmilik berasingan perlu dikeluarkan. Oleh kerana proses pengukuran semula mengambil masa yang lama, maka suratan hakmilik sementara dikeluarkan untuk kemudahan sebarang urusan sementara menanti hakmilik kekal dikeluarkan. Hakmilik kekal akan dikeluarkan setelah pengukuran dan pelan baru diluluskan oleh Pengarah Ukur Negeri Johor. Sekian, harap maklum.


Posted by: siti nurliza
Web site: http://www.johordt.gov.my

Message:
adakah pejabat tanah daerah muar terima pelajar untuk prektikal??


Posted by: admin
Web site:

Message:
SITI NURLIZA-Pejabat Tanah Muar menerima pelajar praktikal. Sekiranya ingin praktikal di Jabatan ini, sila kemukakan surat permohonan praktikal ke Bahagian Pentadbiran Pejabat Tanah Muar dan pihak kami akan mempertimbangkannya. Sekian.


Posted by: Yasmin
Web site: zyasmin@hotmail.com

Message:
Salam, Tuan, Semasa hayat aruah ayah saya ada membuat permohonan Tanah Kerajaan untuk Tapak Pertanian dan permohonan itu telah diluluskan - malangnya surat kelulusan pertama pd tahun 1995 - tidak diterima. Dan baru2 Ini kami ada menerima surat kelulusan yang ke2 (tapi surat tersebut telah melebihi tempoh 14 hari). Baru2 ini kami telah ke Pejabat Tanah dan diberitahu bahawa Tanah tersebut masih lagi milik kerajaan. - Bolehkah kami membuat memohon semula dan membuat pertukaran kepada nama ibu. - Bolehkah pihak luar membuat permohonan ke atas tanah tersebut sekiranya beliau mempunyai surat akuan yang ditandatangan oleh kami & juga salinan i/c kami adik beradik. - Apakah kegunaan sebenar surat akuan tersebut.


Posted by: admin
Web site:

Message:
Yasmin - Waris boleh memohon untuk ganti nama pemohon yang telah diluluskan oleh pentadbiran ini. Sila buat permohonan terus ke Bahagian Kurniaan & Pelupusan bagi mendapatkan Borang Jadual 1( Peraturan 2).


Posted by: azlon
Web site:

Message:
salam. macam mana saya nak dapatkantanah kurnia


Posted by: tajab
Web site: ptmuar

Message:
Salam, Saya ingin bertanya mengenai Permohonan Tanah Kocek. 1. Adakah saya mesti membuat carian AM di Pej Tanah Muar dan dapatkan Laporan Awal Status & Keluasan Tanah Kocek Tersebut. Dokumen apa yang perlu dibawa untuk carian Am bagi mendapatkan Laporan Awal ini. 2. Berapa keluasan yg boleh dipohon utk tanah pertanian & bangunan. 3. Apa syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh pemohon yg ingin memohon Tanah Kocek


Posted by: Yahaya
Web site: yahaya.j@felda.net.my

Message:
Assalamualaikum, baru-baru ini saya telah membeli satu unit rumah didaerah Muar. Sebelah rumah saya terdapat satu lot kawasan kosong yang diperuntukkan untuk membina pencawang TNB.Saya difahamkan bahawa pencawang ini dibatalkan pembinaannya kerana taman terlalu kecil dan telah mengunakan pencawang dari taman yang berhampiran. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan diatas lot ini dan lot ini saya cadang untuk dibuat halaman rumah. Jika saya berurusan di PT Muar, dengan siapakah harus saya berjumpa untuk membantu saya. Sekian kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Yahaya 013-8888959


Posted by: nazim
Web site: nazim_k83@yahoo.com

Message:
Salam dan salam 1 Malaysia..mahu inginkan maklumbalas pihak tuan berkenaan masalah status tanah ini. Kedudukan tanah tidak diketahui dan geran masih mengunakan geran lama yang hanya mempunyai no lot dan status tanah adalah tanah kurnia hak milik sementara mukim parit jawa. Jadinya bagaimana saya boleh mengetahui kedudukan tanah ini bagi tujuan membuat kerja ukur dan persempadanan semula tanah serta apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk mengetahui status tanah ini?harap mendapat maklumbalas yang sewajarnya dari pihak tuan.


Posted by: Yahaya
Web site: yahaya.j@felda.net.my

Message:
Asalamualaikum, Saya ingin membuat pertanyaan berkaitan tanah yang direzabkan untuk TNB didalam taman perumahan. Untuk makluman tuan, saya telah membeli satu unit rumah di Daerah Muar dan bersebelahan rumah yang saya beli terdapat satu lot tanah berukuran lebih kurang 40'X50' yang diperuntukkan kepada TNB untuk membina pencawang. Oleh kerana taman ini terlalu kecil, maka pembinaan pencawang telah dibatalkan dan saya bercadang untuk membuat permohonan keatas tapak TNB ini untuk dijadikan halaman rumah. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut dan dengan siapa saya boleh berhubung. Sekian, kerjasama tuan dalam membantu perkara ini terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.


Posted by: AINY HANIM BINTI AWAB
Web site: hanim_aisyah@yahoo.com

Message:
SALAM. BAGAIMANA CARA-CARA YANG SEBENAR UNTUK PERMOHONAN PINDAH MILIK RUMAH MURAH SETELAH SELESAI TAMAT MEMBUAT PEMBAYARAN RUMAH? TERIMA KASIH...


Posted by: nor azmi safar
Web site: azmisa@tnb.com.my

Message:
Salaam. saya nak tau prosedur tukar hakmilik tanah dari ibu kpd sy. Geran tersebut ada dua nama sebanyak 2 ekar dalam satu. satu nama jiran yang telah meninggal dunia geran , .bagaimana caranya.Tanah di Pagoh. boleh ke saya tukar nama emak kepada saya..harap dapat jelaskan


Posted by: Hairulnizam
Web site:

Message:
Assalamualaikum, Saya ingin membuat aduan berhubung Talian Telefon PTG Muar yang tak pernah berangkat dan hanya dijawab oleh mesin sehingga berjam-jam. No. Telefon untuk dihubungi banyak tetapi semuanya dihubungkan dengan operator mesin. Diakhirnya kredit habis/bil melambung tanpa dapat berhubung dengan seorang pun pegawai di PTG Muar. Mohon perkara ini diambil serius.


Posted by: Hani
Web site: ptmuar

Message:
Saya ingin tahu, bagaimana untuk menyemak geran tanah yang telah ditukar hakmilik tanpa pengetahuan waris-waris yang sah? Sebabnya arwah nenek saya ada 3 beradek. nenek yang sulung, ke 2 dan 3 lelaki. Masalahnya anak saudara nenek telah menukar nama waris nenek kepada namanya dengan cara tidak sah kerana waris nenek saya (Pakcik saya)langsung tidak dapat hak beliau. Untuk pengetahuan pihak tuan, Anak saudara nenek saya bekerja di pejabat tanah tempat berkenaan dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, dia menyalahgunakan kuasanya untuk memindahmilik hak Pakcik saya kepada hak nya tanpa pengetahuan pakcik saya.


Posted by: Kabul
Web site:

Message:
Assalamualaikum. Geran tanah saya telah hilang. Apakah proses yang perlu saya buat?


Posted by: admin
Web site:

Message:
AZLON- Permohonan tanah kurnia boleh dibuat sekiranya terdapat pengumuman tanah umum dilakukan oleh pentadbiran tanah.Namun tiada tarikh/masa yang spesifik bagi pengumuman tersebut dan ianya bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Harap Maklum.


Posted by: admin
Web site:

Message:
AZLON- Permohonan tanah kurnia boleh dibuat sekiranya terdapat pengumuman tanah umum dilakukan oleh pentadbiran tanah.Namun tiada tarikh/masa yang spesifik bagi pengumuman tersebut dan ianya bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Harap Maklum.


Posted by: admin
Web site:

Message:
Untuk makluman, permohonan tanah kocek boleh dilakukakan sekiranya, pihak tuan telah mengenalpasti plot tanah yang dimaksudkan. Semakan di Pejabat tanah perlu dilakukan bagi memastikan tanah tersebut tidak bermilik dan boleh dimohon. Sekiranya tanah boleh dipohon, permohonan boleh dibuat menggunakan Borang Jadual 1( Peraturan 2).Sekian.


Posted by: admin
Web site:

Message:
YAHAYA- Tanah tersebut telah dirizabkan untuk tapak pencawang TNB sebagaimana memenuhi syarat kelulusan bagi sesuatu taman perumahan, walaupun pada masa kini ianya masih belum dibangunkan, namun itu adalah keperluan dimasa akan datang. Harap maklum.


Posted by: admin
Web site:

Message:
NAZIM-Sila berhubung terus di Pejabat Tanah & Jabatan ukur bagi mengetahui kedudukan tanah tersebut.(sila bawa hakmilik bagi memudahkan sebarang urusan. Sekian


Posted by: admin
Web site:

Message:
NOR AZMI SAFAR- Pindahmilik tanah bagi bahagian yang dikehendaki daripada emak kepada encik boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang 14A yang boleh dibeli dan didaftarkan dengan kadar bayaran tertentu di Pejabat Tanah Muar. Namun, sekiranya pemilik asal telah meninggal dunia, permohonan pusaka perlu dilakukan.


Posted by: admin
Web site:

Message:
HAIRULNIZAM- Segala kesulitan amat dikesali. Tuan boleh menghubungi pentadbiran ini di talian berikut:- 06-9527130 06-9522777 06-9547137 sekian.


Posted by: admin
Web site:

Message:
BAKAR JAFFAR- Perkara yang dibangkitkan ini adalah diluar bidang kuasa pentadbiran tanah. Sila tuan merujuk kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS)untuk tindakan lanjut. sekian


Posted by: admin
Web site:

Message:
HANI- Semakan terperinci(carian persendirian dengan bayaran yang ditentukan) boleh dilakukan di Pejabat Tanah Muar.Sekiranya terdapat bukti-bukti kukuh bahawa penipuan berlaku, tindakan perundangan boleh diambil. Sekian.


Posted by: admin
Web site:

Message:
KABUL- Sekiranya hakmilik hilang, pemilik boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat Hakmilik gantian dengan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Tanah dan Galian, jika Hakmilik berpegang dengan Hakmilik Daftar atau kepada Pentadbir Tanah yang berkenaan, jika tanah berpegang dengan Hakmilik Pejabat Tanah. Permohonan hendaklah disertai dengan :- Report polis, Surat sumpah menyatakan kehilangan tersebut (jika tanah didaftar atas nama beberapa orang, semua pemilik dikehendaki membuat Surat Sumpah samada bersama atau berasingan),salinan fotostat Kad Pengenalan pemilik tanah, resit cukai tanah terkini dan bayaran RM250.Sekian untuk makluman.


Posted by: TAAT SETIA
Web site:

Message:
SALAM. BAGAIMANA SESESORANG ANGGOTA TENTERA BOLEH MENDAPAT TANAH DARI KERAJAAN NEGERI.KALAU TAK SILAP ADA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI PERKARA INI. TERIMA KASIH


Posted by: suhaila
Web site:

Message:
Sya terima notis Borang 5 F melalui pos. Boleh saya datang hari Sabtu untuk kutip dokumen dari kaunter 5? SAya ddtg dari KL


Posted by: amin
Web site:

Message:
File e-consent.zip (Garis Panduan Permohonan Kebenaran Memindahmilik Tanah Antara Orang Perseorangan Borang PM.1) corrupt. Sila ganti dgn file baru ASAP


Posted by: admin
Web site:

Message:
TAAT SETIA- Merujuk pekeliling PTG Johor Bil 12/1990 terdapat penentuan kreteria pengurniaan tanah kepada kakitangan kerajaan. Jadi tuan selaku kakitangan kerajaan juga boleh memohon tanah kerajaan. Tanah boleh dimohon sekiranya terdapat pengumuman pembukaan tanah kepada umum. Sekian terima kasih.


Posted by: admin
Web site:

Message:
suhaila-Sila puan hadir pada hari pejabat iaitu Isnin-Jumaat Jam 8.00pagi-5.00ptg. Sabtu & Ahad-cuti. Harap maklum.


Posted by: acied
Web site: acab6170@yahoo.com.my

Message:
berapa lama proses tukar syarat dlm geran dan adakah pemilik tanah akan dimaklumkan jika proses tukar syarat tanah selesai?


Posted by: admin
Web site:

Message:
acied-Untuk makluman ubah syarat terbahagi kepada tiga samada ubahsyarat kepada pertanian, bangunan atau industri. Tempoh masa adalah bergantung kepada jenis permohonan yang dimohon dan tiada tempoh yang specifik bagi proses permohonan ubah syarat tersebut. Terdapat banyak prosedur yang perlu dipenuhi termasuk ulasan dari jabatan-jabatan teknikal berkaitan.tempoh:dalam tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan. Pemohon akan diberitahu setelah proses tersebut selesai dan hakmilik dikeluarkan. Terima kasih.


Posted by: Afif Bin Elias
Web site: afifbineliasafif@yahoo.com

Message:
Assalamualiakum, saya pelajar uitm shah alam ingin membuat praktikal di pejabat tanah.siapa yang patut saya hubungi.Sekian


Posted by: SaifulB
Web site: saifulb80@yahoo.com

Message:
Salam, saya ingin mengubah syarat tahan hak milik saya drpd tanah jenis pertanian kepada tanah perumahan/bangunan. tolong berikan secara terperinci prosedur yang perlu diikuti. Adakah terdapat kesulitan utk tanah rezab melayu ditukar syarat seperti di atas. Berapa lama proses tersebut diselesaikan. Terima Kasih.


Posted by: admin
Web site:

Message:
Afif Bin Elias- Pejabat Tanah Muar menerima pelajar praktikal. Sekiranya ingin praktikal di Jabatan ini, sila kemukakan surat permohonan praktikal ke Bahagian Pentadbiran Pejabat Tanah Muar dan pihak kami akan mempertimbangkannya. Sekian.


Posted by: Zahiruddin Hashim
Web site:

Message:
Mana alamat email semua pegawai?


Posted by: Afif Bin Elias
Web site:

Message:
Salam, boleh tak saya minta nama pegawai, no telefon, no faks pegawai yg mengambil pelajar untuk membuat praktikal di pejabat tanah muar. Sekian, kerjesama Cik, Encik amat dihargai


Posted by: admin
Web site:

Message:
Afif Bin Elias - Surat hendaklah ditujukan kepada Bahagian Pentadbiran. no tel, fax dan alamat di bahagian Hubungi Kami dalam website kami. Sekian.


Posted by: Haniza
Web site:

Message:
satu plot tanah boleh buat berapa biji rumah?


Posted by: admin
Web site:

Message:
HANIZA : Bilangan rumah yang boleh dibina di atas satu plot tanah adalah bergantung kepada keluasan plot tersebut dan dipersetujui oleh tuan tanah dan perancang bandar.Walaubagaimanapun, bagi tanah pertanian mengikut Seksyen 115 (4) KTN 1695 mensyaratkan pembinaan rumah tidak boleh meliputi lebih daripada 1/5 keseluruhan tanah @ 2 hektar (mana yang lebih kurang) Sekian,untuk makluman.


Posted by: nazim
Web site: mnazim@mlk.moh.gov.my

Message:
Salam..tuan..saya telah rujuk masalah yang dinyatakan sebelum ini ke Pejabat Tanah(tanah yang tidak diketahui lokasi tetapi geran masih di tangan pemilik dan cukai tanah tidak pernah tertunggak setiap tahun).Di Pejabat Tanah, telah dimaklumkan oleh SO tanah di atas lot PTD 2973 Mukim Parit Jawa (geran lama) perlu dibuat fail baru dan perlu ditukarkan kepada geran dan nombor PT lot yang baru. Tetapi sehingga kini iaitu (setahun) masih belum ada apa-apa berita tentang kedudukan tanah tersebut dan Pejabat Ukur tidak dapat membuat ukuran yang tepat sehinggala pelan baru, no pt lot baru dan geran baru dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Muar. Harap status tanah ini dapat disiasat dan diberi maklumbalas yang sewajarnya...sekian terima kasih.


Posted by: Azhar Abdullah
Web site:

Message:
Saya ingin pecah geran tanah ibu saya yang bahagiannya ialah 110' x 91'. Status tanah itu ialah tanah pertanian. Boleh tak saya membina sebiji rumah berukuran 55' x 55' di atas tanah pertanian itu. Bahagian yang lain, digunakan untuk pertanian kecil kecilan?


Posted by: MOHD RUSHDI JAAFAR
Web site:

Message:
Hasil pemantauan secara mingguan oleh pihak MAMPU didapati Kem/Jab/Agensi ini tidak membuat pengemaskinian bagi perkara-perkara berikut ; 1. Berita, Aktiviti Terkini 2. Pengumuman 3. Keratan Akhbar 4. Poster, Banner 5. Sebut harga, Tender,Jawatan Kosong 6. Pencapaian Piagam Pelanggan 7. Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online Oleh itu pohon kerjasama pihak Kem/Jab/Agensi untuk memastikan pengemaskinian laman web/portal dilaksanakan secara mingguan sebelum pemantauan seterusnya dilaksanakan oleh MAMPU. Hasil pemantauan akan dimaklumkan kepada KSN. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.


Posted by: admin
Web site:

Message:
AZHAR ABDULLAH-Merujuk kepada Seksyen 140 Kanun Tanah Negara 1965 pecah bahagian ialah membahagi tanah mengikut bahagian yang tercatit dalam hakmilik. Bagi tanah yang mempunyai syarat pertanian-setiap pecahan mestilah menghasilkan tidak kurang dari 1ekar. Bagi tanah pertanian rumah boleh dibina - mengikut Seksyen 115 (4) KTN 1695 yang mensyaratkan pembinaan rumah tidak boleh meliputi lebih daripada 1/5 keseluruhan tanah @ 2 hektar (mana yang lebih kurang). sekian untuk makluman.


Posted by: admin
Web site:

Message:
MOHD RUSHDI JAAFAR- Pentadbiran akan mengambil tindakan sewajarnya dalam kadar segera. Terima kasih.


Posted by: MAZNOM BINTI AHMAD
Web site:

Message:
testing


Posted by: SaifulB
Web site: saifulb80@yahoo.com

Message:
Kenapa soalan saya tidak dilayan?


Posted by: lim seng leong
Web site: limsl99@yahoo.com

Message:
good afternoon, sir/madam. adakah boleh menukar geran tempoh tahun 99 tukar ke geran pegangan kekal?


Posted by: admin
Web site:

Message:
SAIPUL B- Untuk makluman ubah syarat terbahagi kepada tiga samada ubahsyarat kepada pertanian, bangunan atau industri. Tempoh masa adalah bergantung kepada jenis permohonan yang dimohon dan tiada tempoh yang specifik bagi proses permohonan ubah syarat tersebut (tempoh:dalam tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan). Terdapat banyak prosedur yang perlu dipenuhi termasuk ulasan dari jabatan-jabatan teknikal berkaitan. Sekiranya pemohon terdiri dari individu: •Borang Permohonan (diperolehi dari Pejabat Tanah) •Salinan Dokumen Hakmilik yang diakui sah •Salinan Resit Cukai Tanah terkini • Surat kebenaran Pemegang Gadaian/Kaveat Lien/Kaveat Pajakan/Sewaan Bebas Daftaran. •Borang Butir Diri Pemohon •Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah. Pemohon akan diberitahu setelah proses tersebut selesai dan hakmilik dikeluarkan. Untuk makluman.


Posted by: admin
Web site:

Message:
LIM SENG LEONG- Untuk makluman pemberimilikan tanah kerajaan yang diberikan adalah berdasarkan peruntukan yang berkaitan.Seksyen 76(a) KTN 1965 menyatakan pemberimilikan untuk satu tempoh yang tidak melebihi dari 99 tahun. Hanya beberapa keadaan yang membolehkan pegangan selamanya (untuk tujuan awam)diberikan sebagaimana Seksyen 76(aa)KTN 1965. Sekian untuk makluman.


Posted by: AFIF BIN ELIAS
Web site:

Message:
Assalamualaikum, saya pelajar UITM, boleh saya tahu keputusan praktikal saya sama ada dilulukan atau tidak. Terima kasih


Posted by: mohammad sallehuddin abd hamid
Web site:

Message:
arwah ibu saya ada tanah di Muar. masalah utamanya ialah geran sudah tiada. bagaimana kami adik beradik nak mendapatkan geran baru bagi tanah tersebut. nombor geran juga tiada dlm simpanan kami. harap dpt jawapan segera.