. [ Bahasa Melayu ][ English ]


PAUTAN KLUANG
INFO APLIKASI












 
BERITA / PENGUMUMAN

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI Di Kediaman Rasmi PTD. Pada 24 Oktober 2008, bermula jam 8.00 malam.

CARIAN


PETA LAMAN
Klik disini untuk mendapatkan Peta Laman bagi Portal Rasmi Pejabat Tanah Kluang
UNDIAN
Bagaimana dengan Laman Web Pejabat Tanah Yang Baru?
Menarik
Perlu Diperbaiki
Kurang Menarik


Total votes: 4 View results
 
  • RSS
  • ATOM
  • XML



PROFILE PEJABAT TANAH DAERAH KLUANG





Pejabat Tanah Daerah Kluang terletak di Aras bawah bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kluang, di Daerah Kluang, Johor. Kawasan pentadbiran ini meliputi 11 buah mukim dengan anggaran penduduk kini melebihi 250,000 orang dan kawasan Bandar Kluang sahaja mempunyai 140,000 penduduk. Penduduk Kluang merupakan pelanggan kepada perkhidmatan yang diberikan di pejabat ini. Pejabat Tanah Daerah Kluang merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab sebagai pusat penyebar maklumat pengurusan tanah dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada agensi-agensi pembangunan, orang awam dan pihak swasta.


Pejabat Tanah Daerah Kluang diterajui oleh seorang Pegawai Tadbir Gred N52 yang dikenali sebagai Pentadbir Tanah Daerah. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pentadbir Tanah Daerah Gred N44 dan 3 orang Penolong Pentadbir Tanah Gred N41 berserta seramai 79 orang kakitangan sokongan.


Terdapat lapan bahagian di dalam pentadbiran ini iaitu Pentadbiran dan Kewangan, Perundangan, Teknologi Maklumat, Pendaftaran, Pembangunan Tanah dan Pelupusan, Hasil dan Penguatkuasaan. Penjawatan di Bahagian Perundangan dan Teknologi Maklumat merupakan perjawatan yang baru diwujudkan hasil penstrukturan semula di Pejabat Tanah Daerah Kluang.


  [ Baca Selanjutnya ]


LOKASI PEJABAT TANAH DAERAH KLUANG





Pejabat Tanah Daerah Kluang terletak berhampiran dengan Bandar Kluang. Pentadbiran ini terletak di Jalan Pejabat Kerajaan 1 iaitu di antara Pejabat RISDA Kluang dan Pejabat Agama Daerah Kluang. Berpandukan peta di atas, daripada Ayer Hitam, anda akan menyusuri Jalan Batu Pahat. Sila teruskan perjalanan melalui Jalan Batu Pahat dan sila pandu ke arah kanan sebelum anda melintasi landasan keretapi di Bandar Kluang. Seterusnya, sila pandu ke arah kanan dan pandu ke susur kiri. Anda akan lihat Perhentian Bas di sebelah kiri. Sila pandu ke arah kiri selepas melintasi Perhentian Bas. Sekarang, anda sudah berada di Jalan Pejabat Kerajaan 1. Di sebelah kanan anda ialah Perpustakaan Awam. Di sebelah Perpustakaan Awam ialah Surau dan seterusnya ialah Pejabat RISDA Kluang. Pejabat Tanah Daerah Kluang terletak bersebelahan dengan Pejabat RISDA Kluang iaitu terletak di atas bukit. Sila pandu ke arah kanan sebaik sahaja anda nampak bangunan yang tertera Pejabat Tanah dan Daerah Kluang. Anda boleh meletakkan kenderaan sama ada di tempat letak kenderaan yang di sediakan di sebelah atas ataupun tempat letak kenderaan di sebelah bawah.


Untuk penunjuk yang lebih jelas,sila klik pada peta dan anda akan didedahkan dengan peta berimej satelit. Sila ikut anak panah berwarna hijau. Anak panah berwarna merah adalah lokasi sebenar Pejabat Tanah Daerah Kluang.


  [ Baca Selanjutnya ]


VISI


"Menjadikan Pentadbiran Tanah sebagai pentadbiran yang serba lengkap dan berkeupayaan untuk mengimbangkan segala bentuk tuntutan dan cabaran pada bila-bila masa."


MISI


"Menjadikan sebuah agensi kerajaan yang berkesan di dalam menguruskan, merancang dan menyelaras pembangunan sumber tanah dengan berasaskan kepada pembangunan insan, peningkatan alat-alat automasi pejabat dan penentuan tugas-tugas yang teratur." lihat peta



  [ Baca Selanjutnya ]



Sedang Dikemaskini.

  [ Baca Selanjutnya ]



Sedang Dikemaskini.

  [ Baca Selanjutnya ]


PENERAPAN BUDAYA PEJABAT TANAH DAERAH KLUANG





KOMPLIAN berasal dari perkataan Inggeris yang bermaksud mematuhi atau menepati kehendak piawai, peraturan, arahan atau perintah. Melaksanakan arahan yang betul dengan mematuhi kehendak berdasarkan peraturan dengan sebaik-baiknya dalam tempoh masa yang ditetapkan sebagai satu piawai.

KONSISTEN pula bermaksud selaras dan sejajar atau takat mutu penghasilan yang berterusan.

OBLIGASI Kewajipan yang perlu di lunaskan berdasarkan suatu perjanjian meliputi dalam diri, masyarakat, agama dan Negara. Ia di lihat sebagai tanggungjawab bukan bebanan, satu nilai yang tidak dapat dikira tetapi nilai ini perlu ada pada setiap insan. Ia juga meliputi perhubungan antara pihak dengan pihak yang lain.

Kamus Undang-Undang; Terbitan Oxford Fajar (1995) English-English-Malay; Terbitan Fajar Bakti (2006)

ROBUST Dipinjamkan dari perkataan Inggeris bermaksud “Tegap, Sihat dan Kuat”. Ia juga bermaksud “suatu kualiti yang mampu menangani tekanan, stress atau perubahan dalam prosedur dalam keadaan-keadaan tertentu”. Satu sistem, organisma atau rekabentuk dikatakan “Robust” jika ia mampu berdaya saing dengan baik mengikut kepelbagaian (kadangkala dalam keadaan luar jangka) ketika menjalankan operasinya walaupun dengan kehadiran kelemahan, pindaan, hilang daya fungsi yang minima pada ketika itu.

English-English-Malay; Terbitan Fajar Bakti (2006) Robustness, http://en.wikipedia.org/wiki/Robustness; (Wikipedia, 15 April 2009)


  [ Baca Selanjutnya ]

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT TANAH KLUANG

BAHAGIAN KEMAJUAN DAN KUATKUASA
BAHAGIAN PETEMPATAN
BAHAGIAN HASIL
BAHAGIAN PENDAFTARAN
BAHAGIAN KURNIAAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
ACARA
  • Satu
  • Dua
  • Satu
PELABURAN & KEWANGAN
 
ARTIKEL & PELBAGAI
 
TEMPATAN
 
KAUNSELING
 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hakcipta Terpelihara © Pejabat Tanah Kluang 2009
PAUTAN KERAJAAN




SENARAI PTD
Untitled Document
SENARAI PENTADBIR TANAH DAERAH
BIL NAMA TAHUN BERTUGAS
1. MR. I.B. MENDEL 1954 - 1957
2. MR. A.M. MACDONALD 1957 - 1959
3. Y.B. DATO' IBRAHIM BIN MAJID 1959 - 1963
4. Y.B. DATO' A KADIR BIN ABDULLAH 1964 - 1965
5. Y.B. DATO' ABD RAHMAN BIN AHMAD 1966 - 1967
6. Y.B. DATO' OTHMAN BIN WAHID 1967 - 1969
7. Y.B. DATO' ABDULLAH BIN AHMAD 1970 - 1971
8. Y.B. DATO' ABD WAHAB BIN ALI 1972 - 1975
9. ENCIK MUSTAPHA BIN JUMAN 1975
10. ENCIK MOHD SALLEH BIN SAMAD 1975 - 1976
11. ENCIK AYUB BIN MION 1977 - 1978
12. ENCIK JOHARI BIN SURATMAN 1978 - 1982
13. ENCIK PUNIJAN BIN SUTARJO 1982 - 1986
14. ENCIK MOHD RAZALI BIN MAHUSIN 1986 - 1987
15. ENCIK OMAR BIN AWAB 1988 - 1990
16. DR. IBRAHIM BIN ENDAN 1990 - 1992
17. TUAN HAJI MISKON BIN JALAL 1992
18. ENCIK AHMAD BIN ABDULLAH 1992 - 1997
19. TUAN HAJI AWANG BIN HAJI MOHAMAD 1998 - 1999
20. ENCIK OTHMAN BIN JABAR 1999 - 2000
21. TUAN HAJI ABD GHAFFAR BIN HAJI ABDULLAH 2001 - 2002
22. TUAN HAJI OBET BIN TAWIL 2003 - 2004
23. TUAN HAJI MD FUZI BIN AHMAD SHAHIMI 2004 - 2006
24. TUAN HAJI ABD KARIM BIN ABU BAKAR 2006
25. ENCIK KAMARUDIN BIN ABDULLAH 2006 - 2007
26. TUAN HAJI MUHAMAD FUAD BIN HAJI RADZUAN 2007 - 2008
27. ENCIK ABDUL RASHID BIN HAJI ISMAIL 2008 - SEKARANG

PEGAWAI - PEGAWAI KANAN
BIL NAMA TAHUN BERTUGAS
1. TUAN HAJI AZMAN BIN SAMURI 2006 - Sekarang
2. ENCIK KHAIRULFAEZIN BIN HAJI ABU KASSIM 2005 - Sekarang
3. ENCIK MUHAMAD SYAHRIZAT BIN ALWEE 2007 - Sekarang
4. ENCIK NUR FAIZ BIN JAMIL 2007 - Sekarang

PAUTAN PENGGUNA

PERKHIDMATAN & PERJAWATAN
  • Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia
  • Jabatan Tenaga Kerja
  • Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN)
  • Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP)
  • Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN)
  • Institut Intergriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat (IKLAS)
PAUTAN DAERAH
  • Keselamatan
  • Penyelamat Dan Bomba
  • Penjara Dan Pemulihan
  • Kebajikan Dan Kemasyarakatan
  • Pelajaran Dan Pendidikan
  • Perhubungan Dan Penerangan
  • Prasarana Dan Pemuliharaan
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri
DASAR, ETIKA DAN INTEGRITI
IKLAN